Showing posts with label Omega 3. Show all posts
Showing posts with label Omega 3. Show all posts

Wednesday, 19 October 2016

KENAPA SURI RUMAH (WORKING AT HOUSE MOM) PERLUKAN OMEGA GUARD?

KENAPA SURI RUMAH (WORKING AT HOUSE MOM) PERLUKAN OMEGA GUARD?



Hari ni saya nak kongsikan kenapa suri rumah tangga perluka omega guard Shaklee. Kalo nak tau sebagai seorang suri rumah, mereka perlukan lebih banyak tenaga dan suri rumah adalah satu pekerjaan yang paling sibuk tau!

Antara kebaikan omega guard untuk suri rumah yang super sibuk ialah:

1. Meningkatkan fungsi GREY MATTER.
Grey matter adalah komponen otak yang utama, yang berfungsi menghantar signal kepada saraf-saraf yang lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.
Jadi kalau asyik sedih, amalkan Omega Guard ye!

2. Dalam satu kajian yg diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter membuktikan bahawa masalah disiplin, ketidakjujuran, malah kecenderungan nak buat benda elok berkaitan dengan kekurangan serum Omega-3 dalam otak.
So, kalo SUKAR NAK MENDISIPLINKAN DIRI, amalkanlah Omega Guard ye.

3. Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa orang yang mengalami tekanan perasaan mengalami kekurangan omega 3 dalam otak.
Kalo selalu STRESS sila amal Omega Guard bersama B Complex.

4. Terdapat banyak kajian yg membuktikan kekurangan Omega 3 berkaitan dgn masalah susah nak ingat terutama benda-benda yg dipelajari.
Jadi kalau nak cepat tangkap & cepat ingat, amalkan Omega Guard ye.

**kesemua fakta di atas back up by studies, bukan cakap-cakap kosong atau assumption je.


Bulan oktober ni promosi omega guard Shaklee tau. So ibu-ibu meh dapatkan omega guard ni pada harga yang sangat istimewa. Omege ni satu keluarga boleh makan, jadinya amat berbaloi untuk dibeli demi manfaat kesihatan seisi keluarga. Nak dapatkan omega dengan saya? Hubungi saya ditalian 012-5932706.

Sunday, 16 October 2016

5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik

5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik
(kredit: vitamin cerdik)




Tips 1: Ketulenan



Ketulenan bermaksud minyak ikan yang anda beli harus bebas daripada logam berat contohnya merkuri, arsenik, lead, dioksin dan furan. Kesemua logam berat ini boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berterusan.

Tips 2: Pilih produk yang telah diuji oleh pihak ketiga

 

Terdapat sebuah organisasi antarabangsa iaitu International Fish Oil Standards (IFOS) yang merupakan organisasi ujian pihak ketiga. Mereka menguji minyak ikan dan menerbitkan analisis terperinci keputusan di laman web mereka untuk rujukan orang ramai. Jadi anda boleh memilih minyak ikan yang tersenarai dalam IFOS dengan senang hati, tanpa was-was.

Tips 3: Pilih produk minyak ikan yang mempunyai gred farmasutikal yang tinggi

 

Untuk mendapatkan dan menghasilkan minyak ikan dengan gred farmasutikal tahap tertertinggi, produk minyak ikan memerlukan melalui proses penyulingan dan penulenan yang berulang kali. Ini menjadikan minyak ikan yang lebih kuat, lebih tulin dan lebih mahal.

Tips 4: Pilih minyak ikan yang diperbuat daripada ikan kecil

 

Minyak ikan daripada ikan kecil seperti ikan bilis, polluck, ikan kembung dan sardine adalah yang terbaik kerana mereka tidak hidup lama dan peluang toksin menyerap ke dalam badan mereka adalah berisiko rendah.

Tips 5: Pilih minyak ikan dengan paras omega 3 yang tinggi

 

Pernahkah anda nampak, kandungan per kapsul adalah 1000mg, namun begitu kandungan Omega 3 dalam setiap kapsul hanya sekitar 15% daripada keseluruhan minyak ikan. Apakah maknanya ini?

Ini bermaksud selebihnya 85% adalah lemak ikan sahaja. Maknanya, kalau 1000mg x 15%, bilangan Omega 3 setiap pil hanya sekitar 150mg sahaja.



Semoga tips diatas bermanfaat .. 

Friday, 14 October 2016

KEBAIKAN MINYAK IKAN OMEGA-3 UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

KEBAIKAN MINYAK IKAN OMEGA-3 UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN



Omega-3 membakar lemak dalam tubuh dengan bertindak balas pada hormon yang dipanggil Leptin. Leptin memberi signal kepada otak untuk mengurangkan selera makan kita dan dengan itu, kita akan makan dengan sedikit.

Leptin dapat meningkatkan tahap metabolisme badan melalui peningkatan output hormon tiroid. Setiap sel dalam tubuh bergantung kepada hormon tiroid untuk mengawal metabolisme badan. Apabila metabolisme badan meningkat, mudah untuk kita menurunkan berat badan.

Jika tindak balas badan dengan Leptin kurang lancar, sebaliknya pula berlaku di mana kita akan berasa lapar yang teramat dan akan menyebabkan kita sentiasa makan dan mengumpul lemak pada tubuh. Apa yang perlu, kita boleh amalkan pengambilan Omega-3 untuk membantu badan bertindak balas lebih lancar dengan Leptin. Untuk itu, metabolisme badan meningkat dan pembakaran lemak juga turut meningkat.


BAGAIMANA MINYAK IKAN OMEGA-3 MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN



1) Minyak Ikan Mengurangkan Lemak dan Membina otot . 

Dalam satu kajian ada menyatakan seseorang yang mengambil kira-kira 2 gram Omega 3 asid lemak ( EPA dan DHA) setiap hari selama 6 minggu. keputusannya mereka hilang lebih daripada 2 lbs. Lemak badan . juga didapati  kurang 1 paun dan bertukar kepada otot.

2) Minyak Ikan mengurangkan Selera .

Jika anda mahu kekal kenyang lebih lama antara waktu makan, ambil beberapa kapsul minyak ikan selepas anda makan boleh membantu anda merasa kenyang.

Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan minyak ikan berasa kenyang lebih lama dan membantu mengurangkan pengambilan makanan. Lama kelamaan , ini akan membantu anda menurunkan berat badan tanpa rasa lapar .

3. Minyak Ikan Menjadikan Program Diet dan Latihan Penurunan Berat Badan Anda Lebih Berkesan.

Dalam satu kajian , subjek mengambil minyak ikan kehilangan berat badan lebih daripada mereka yang mengambil suplemen plasebo. Kedua-dua kumpulan mengikuti program mengurangkan kuantiti makanan dan bersenam di luar beberapa kali seminggu.

4. Minyak Ikan Membantu mengurangkan Penyimpanan Lemak.

Satu kajian menunjukkan bahawa makanan tambahan minyak ikan boleh mengurangkan risiko penyimpanan lemak. Ini kerana minyak ikan meningkatkan  sensitiviti insulin.  Sel-sel badan yang berfungsi dengan baik serta sensitif terhadap insulin adalah kunci untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat . Ini kerana, lebih sensitiviti sel-sel terhadap insulin, lebih sedikit kebarangkalian untuk makanan di simpan sebagai lemak di dalam badan anda.

Anda berminat untuk mencuba makanan tambahan minyak ikan?? boleh dapatkan dari saya dengan konsultasi berterusan. Hubungi saya ditalian 012-5932706


Sunday, 2 October 2016

CARA HILANGKAN SAKIT SENDI

CARA HILANGKAN SAKIT SENDI




Osteoartritis (OA), juga dikenali sebagai radang sendi merosot atau penyakit sendi merosot atau osteoartrosis, ialah sekumpulan keabnormalan mekanikal melibatkan degradasi sendi,[1] termasuk rawan sendi dan tulang subkondral. (WIKIPEDIA)

Masalah osteoartritis terutamanya sendi lutut adalah masalah sendi dan tulang yang paling kerap dijumpai. Pemeriksaan serta rawatan awal adalah amat penting untuk mencegah kerosakan yang keterlaluan pada permukaan sendi.


Tanda-tanda dan Gejala-gejala Penyakit Osteoartritis
Gejala-gejala yang kerap dialami oleh pesakit adalah seperti sendi membengkak, sakit panas dan sukar untuk digerakkan.
Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk di atas bangku dan kadang-kadang sakit tersebut menjadi bertambah serius. Pesakit juga akan merasa sakit dan sukar untuk digerakkan apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan.

ATASI SAKIT SENDI (Osteoartritis) DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Untuk pengetahuan anda, advance joint health tablet belum ada stok lagi dipasaran kita untuk sementara waktu. Jangan risau kerana anda boleh consume omega guard dan ostematrix (sila rujuk dibawah) untuk atasi sakit sendi anda.

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix
 Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di: 012-5932706

Saturday, 1 October 2016

CARA SEMBUHKAN ASMA PADA KANAK-KANAK

CARA SEMBUHKAN ASMA PADA KANAK-KANAK



Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. kebanyakan bayi yang berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan.

Adakah keadaan ini serius?
Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.
Tanda-tanda
  • Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.
  • Rasa lemas.
  • Bunyi nafas yang berdehit.
  • Batuk yang berterusan.
  • Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen.
sumber : Utusan Malaysia

Bagaimana Asma Boleh Berlaku Pada Kanak-Kanak?
  • Ia boleh berlaku disebabkan keturunan. Jika ibu bapa ada asma maka ada kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anaknya.
  • Risiko lebih tinggi untuk terkena asma jika anak anda dilahirkan melalui pembedahan, bukannya melalui kelahiran normal. Ini kerana semasa kelahiran normal, badan bayi akan melalui vagina ibu yang mengandungi satu bahan antibakteria yang boleh “membersihkan” kulit bayi dari sebarang jangkitan semasa kelahiran.
  • Anak-anak yang terdedah kepada asap rokok semasa dalam kandungan dan selepas dilahirkan. Jadi awas kepada bapa yang merokok, sayangi anak-anak anda dan lindungi mereka.
  • Bayi yang mempunyai berat badan yang rendah semasa dilahirkan. Kebiasaan bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang adalah bayi yang pramatang. Bayi pramatang adalah lebih sensitif dan mudah diserang dengan jangkitan oleh kerana antibodi mereka lemah.

Kenapa Fish Oil atau Minyak Ikan Disaran Untuk Masalah Asma?

Minyak ikan sangat digalakkan diambil oleh kanak-kanak yang ada asma kerana supplement atau vitamin sudah tentu jauh lebih baik dari “drugs” atau ubatan steroid yang boleh beri kesan jangka panjang.

OMEGA GUARD SHAKLEE


Minyak ikan dari omega guard ini boleh mengurangkan masalah keradangan yang disebabkan pengeluaran “histamine” dari badan yang memberi isyarat untuk sistem imun bertindak dengan bahan asing yang disangkakan sebagai musuh.

Untuk pesanan atau pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi 012-5932706.


Friday, 30 September 2016

SEMBUHKAN BATUK TANPA UBAT

SEMBUHKAN BATUK TANPA UBAT



APA ITU BATUK?

batuk merupakan tindakan refleks/protective reflex  apabila saluran penafasan kita tersekat atau terganggu. Kahak merupakan lendir pekat yg terdpt di tekak apabila keluar dr hidung lendir ini disebut hingus.



PUNCA BATUK

Batuk terjadi disebabkan oleh virus yang menyebabkan saluran pernafasan mengalami infeksi. Selain virus penyebab infeksi, ada lagi punca yang menyebabkan batuk iaitu:

  • Penyakit keturunan atau jangka panjang seperti asma,chronic obstructive pulmonary disease (COPD), atau bronkitis kronis, sinusitis, pneunomia, dan tuberculosis.
  • Terdedah alergi kepada jerebu dan debu
  • Penyakit refluks gastroesofagus.
  • Penyakit yang berhubungan dengan virus seperti selsema dan influenza.
  • Kebiasaan buruk merokok.


CARA/TIPS SEMBUHKAN BATUK


1.   minum banyak air



banyakkan minum air masak dan elakkan daripada mengambil minuman yang berkarbonat dan bersitrus – kerana boleh memberikan keadaan yang tidak enak kepada tekak anda.


2.   kurangkan makanan yg menyebabkan byk lendir 


-bahan tenusu
-makanan yg diproses byk kali(seperti minyak yg lama digunakan)
-daging
-makanan remeh
-gula pasir
-buah2 manis
-makanan dr tepung seperti roti putih


3.   kurangkan makanan yg menghasilkan angin 



-
kacang2
-kubis
-kubis bunga



4.   makan vitamin

   Pengambilan vitamin juga bleh membantu anda untuk melegakan batuk.           Sebagai contoh vitamin Shaklee yang anda boleh ambil untuk melegakan           batuk ialah omega guard dan vitamin c .

vita c shaklee

omega guard shaklee



Bagaimana Omega Guard dan Vitamin C boleh membantu masalah batuk:

  • Omega Guard berfungsi mencegah keradangan pada saluran pernafasan yang menyebabkan batuk serta selsema.
  • Membantu melegakan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak.
  • Omega Guard dan Vitamin C juga membantu melancarkan peredaran darah serta penghasilan agen anti-radang bagi menguatkan sistem imun tubu



Sekiranya masalah batuk anda berterusan untuk beberapa minggu, anda perlu mendapatkan ubat yang khas untuk masalah anda. Dalam apa-apa penyakit pun, anda tidak boleh mengabaikan kepentingan doktor. Walaupun penyakit batuk tidaklah dianggap kritikal, namun ada masanya penting untuk berjumpa dengan doktor.

Berikut adalah saat-saat di mana anda perlu dapatkan nasihat doktor tentang keadan anda:
·         Penyakit batuk tersebut pada bayi ataupun warga emas.
·         Batuk berterusan selama 4 minggu.
·         Kahak berdarah ataupun berwarna hijau.
·         Kerap mengalami kesukaran bernafas.
·         Sakit dada.

Masalah batuk juga merupakan salah satu simptom kepada penyakit-penyakit yang kritikal yang lain seperti asma, masalah jantung dan mungkin pneumonia.
“CEGAH SEBELUM PARAH…”


Thursday, 29 September 2016

KEPENTINGAN OMEGA 3 UNTUK IBU HAMIL

KEPENTINGAN OMEGA 3 UNTUK IBU HAMIL





Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang
mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)


Diantara manfaat Omega 3 Minyak ikan kepada ibu mengandung adalah:
1.   untuk pembangunan penglihatan dan kognitif bayi
2.   mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi
3.   untuk perkembangan sistem saraf otak bayi
4.   mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi
5.   mengurangkan risiko kemurungan ibu mengandung
6.   mengawal tahap kolestrol ibu mengandung
7.   membantu ibu mengawal berat badan secara semulajadi
8.   meningkatkan sistem pertahanan badan ibu, ibu jarang dijangkiti demam, selesema, batuk dll.

Ibu mengandung perlu mengambil 1500mg DHA dan 800mg EPA sehari untuk menampung keperluan dirinya dan bayi yang dikandungnya. Pengambilan suplemen minyak ikan mengandungi omega 3 juga salah satu yang disarankan oleh Baby Center.



Lebih ramai ibu-ibu sekarang yang mengambil suplemen omega-3 sahaja untuk mendapatkan khasiat omega-3 ini secara direct. Kadang-kadang ada ibu hamil yang tidak lalu makan ikan atau terhad untuk mendapatkan  makanan yang mengandungi omega-3 ini. Untuk itu, suplemen terbaik yang paling disukai ibu hamil pada masa kini adalah tidak lain tidak bukan OMEGA GUARD. Ianya sangat berbaloi buat ibu yang inginkan anak mereka mempunyai IQ yang tinggi serta daya tumpuan yang tinggi semasa mereka mula membesar. 

Sebarang pertanyaan/pesanan: 012-5932706

Wednesday, 5 November 2014

Manfaat omega 3 dalam omega guard shaklee

Assalamualaikum hai semua bersiaran kita langsung dr katil fisioterapi hehe.. Jangan riso saya beransur sihat berkat doa anda semua.. Ni tengah buat daily treatment je :)

Ok hari ni walaupun hari yang sibuk saya nak kongsi sikit manfaat omega 3 dalam omega guard shaklee.. Jom scroll ke bawah.



24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 membantu mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3.  Membantu mencegah salur darah dari tersumbat

4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok

5.  Mengekalkan tekanan normal darah

6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher

7.  Mengurangkan sakit kepala

8.  Merendahkan kolestrol

9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

11. Mengawal masalah obesiti

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung

13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak

16. Membantu menyihatkan paru-paru

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.

21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan

22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 

23. Memelihara fungsi- fungsi sendi

24. Mencegah penyakit gout

Nak order? Boleh hubungi saya your trusted shaklee distributor

Id:908559
zannahoney@yahoo.com
Fb:hanee's wardrobe