5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik
(kredit: vitamin cerdik)
Tips
1: Ketulenan
Ketulenan bermaksud minyak ikan
yang anda beli harus bebas daripada logam berat contohnya merkuri, arsenik,
lead, dioksin dan furan. Kesemua logam berat ini boleh memudaratkan kesihatan
jika diambil secara berterusan.
Tips 2: Pilih produk yang telah diuji oleh pihak
ketiga
Terdapat sebuah organisasi antarabangsa iaitu International Fish Oil
Standards (IFOS) yang
merupakan organisasi ujian pihak ketiga. Mereka menguji minyak ikan dan
menerbitkan analisis terperinci keputusan di laman web mereka untuk rujukan
orang ramai. Jadi anda boleh memilih minyak ikan yang tersenarai dalam IFOS
dengan senang hati, tanpa was-was.
Tips 3: Pilih produk minyak ikan
yang mempunyai gred farmasutikal yang tinggi
Untuk mendapatkan dan menghasilkan minyak ikan dengan
gred farmasutikal tahap tertertinggi, produk minyak ikan memerlukan melalui
proses penyulingan dan penulenan yang berulang kali. Ini menjadikan minyak ikan
yang lebih kuat, lebih tulin dan lebih mahal.
Tips 4: Pilih minyak ikan yang diperbuat daripada ikan
kecil
Minyak ikan daripada ikan kecil seperti ikan bilis, polluck,
ikan kembung dan sardine adalah yang terbaik kerana mereka tidak hidup lama dan
peluang toksin menyerap ke dalam badan mereka adalah berisiko rendah.
Tips 5: Pilih minyak ikan dengan
paras omega 3 yang tinggi
Pernahkah anda nampak, kandungan per kapsul adalah 1000mg, namun
begitu kandungan Omega 3 dalam setiap kapsul hanya sekitar 15% daripada
keseluruhan minyak ikan. Apakah maknanya ini?
Ini bermaksud selebihnya 85% adalah lemak ikan sahaja. Maknanya,
kalau 1000mg x 15%, bilangan Omega 3 setiap pil hanya sekitar 150mg sahaja.
Semoga
tips diatas bermanfaat ..
0 comments:
Post a Comment