Assalamualaikum hai semua.. kali ni entry saya nak kongsikan
sedikit info mengenai penyakit skurvi yang terjadi akibat daripada kesan
kekurangan Vitamin C. Sebelum tu kita tengok dulu apakah tanda-tanda yang
terjadi apabila kita kekurangan vitamin C.
TANDA-TANDA
KEKURANGAN Vitamin-C yang sangat ketara:
1) Mudah tertekan
2) Kulit sangat kering dan bersisik
3) tapak kaki keras dan kasar
4) Luka lambat sembuh
5) Mudah Selsema atau bersin
6) Wajah tambah lebih tua berbanding umur kerana Vitamin C penting utk pembentukan Collagen
6) Mudah mendapat ulcer
7) Mudah demam
8) Penyakit skurvi
APA ITU PENYAKIT SKURVI?
MYMETRO: Oleh
Faizatul Farlin Farush Khan
Skurvi mungkin penyakit yang jarang berlaku dalam masyarakat di
negara ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang asing dan berpunca daripada
kekurangan vitamin C yang berpanjangan dalam diet seseorang. Bagi mereka yang
tidak gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran, selain tidak mengambil
suplemen vitamin C, mereka tetap boleh terdedah kepada skurvi sekiranya keadaan
itu dibiarkan dalam tempoh yang lama.
Skurvi boleh menyebabkan seseorang berasa lemah, mengalami
kerosakan gigi, tulang rapuh, penghasilan kolagen terjejas, kekurangan darah,
pendarahan pada gusi dan sekitar liang roma selain bulu roma berkerinting. Tubuh
manusia tidak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan vitamin C dan ia perlu
dimasukkan di dalam diet melalui pengambilan makanan yang kaya vitamin C.
Dengan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan yang
ditambah vitamin C setiap hari, seseorang dapat mengelak daripada mengalami
penyakit skurvi.
Kandungan vitamin C dalam tubuh boleh kehabisan dalam tempoh
satu hingga tiga bulan dan ia perlu ditambah dari masa ke masa. Penyakit itu
dikesan berlaku sejak zaman purba lagi apabila rekod menunjukkan masyarakat
Mesir seawal 1550 sebelum Masihi mengalami simptom skurvi.
Ia juga sering dialami oleh pelayar pada zaman Renaissance iaitu
sekitar kurun ke-16 hingga ke-18 yang pada mulanya pernah disalah erti sebagai
penyakit berjangkit.
Pada kurun ke-17, dua pakar perubatan iaitu John Woodall dan
James Lind berjaya membantu mengurangkan kadar kematian akibat skurvi.Woodall
menyenaraikan jus lemon sebagai penawarnya dan menyarankan Syarikat Hindia
Timur membekalkan jus berkenaan untuk pelayarnya pada 1617.
Manakala, pada 1747 pula Lind yang bertugas sebagai pakar bedah
tentera laut mendapati buah oren dan lemon mampu menyembuhkan penyakit skurvi. Bagaimanapun,
Lind mengambil masa selama 41 tahun untuk meyakinkan Tentera Laut Diraja
British supaya membekalkan jus limau kepada pelayarnya. Sebaik jus limau
dibekalkan kepada anak kapal, masalah kesihatan akibat kekurangan vitamin C
dalam kalangan pelayar British berkurangan secara mendadak.
Pengetahuan mengenai kadungan vitamin C dalam makanan penting
kerana ia boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seseorang.
Manusia mendapat 90 peratus jumlah vitamin C daripada
sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kandungan vitamin C dalam makanan
berkenaan boleh berkurangan sehingga 40 peratus apabila ia dimasak. Pada masa sama, vitamin C yang juga dikenali sebagai asid
askorbik mudah teroksida dan simpanan di dalam tubuh pula banyak digugat oleh
faktor alam sekitar dan gaya hidup seperti merokok serta keadaan biologikal
seperti keradangan atau mengambil zat besi secara berlebihan.
Faktor lain yang membawa kepada kekurangan vitamin C adalah
sikap jahil mengenai pemakanan apabila ada yang mendidihkan jus buah, menyekat
sesetengah makanan dalam diet, alahan ataupun mengalami masalah mengambil
makanan secara oral. Selain masalah pemakanan yang tidak seimbang, penyakit
skurvi turut berlaku kepada pesakit anoreksia, mental, buah pinggang serta
barah atau mereka yang mengelak makanan berasid.
Kematian secara mengejut boleh berlaku dalam kalangan pesakit
skurvi, oleh itu memastikan vitamin C sentiasa cukup dalam diet adalah kunci
utama rawatan. Apabila dirawat dengan betul, skurvi adalah penyakit yang mudah
sembuh. Semua masalah berkaitan skurvi akan sembuh dalam masa beberapa minggu
sekiranya mendapat dos tepat untuk menampung semula simpanan vitamin C di dalam
tubuh. Sebaik pesakit skurvi diberikan dos vitamin C yang cukup, pendarahan
secara spontan akan berhenti dalam masa sehari, sengal otot dan tulang akan
hilang dengan cepat, pendarahan dan kesakitan gusi akan pulih dalam tempoh
antara dua ke tiga hari dan perubahan warna kulit akibat pendarahan pula pulih
secara perlahan-lahan dalam tempoh 12 hari.
Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah-buahan
sitrus terutamanya limau gedang dan lemon, buah beri, tembikai susu dan
sayur-sayuran termasuk brokoli, bayam, lada hijau, tomato, kentang serta kubis.
Saya pon baru tau mengenai penyakit skurvi ini. Semoga perkongsia
saya bemanfaat untuk anda semua. Bulan June 2015 ni promosi vitamin c tau..
boleh klik sini untuk info lanjut.. hingga bertemu lagi ye!
0 comments:
Post a Comment