Assalamualaikum, salam sayang semua.
Kali ni entry saya nak kongsikan sedikit
info mengenai G6PD. Dulu orang dok sebut G6PD ni tapi saya sendiri blurr
tentang masalah ini , Mula-mula saya dengar mengenai G6PD ni pon setelah join
jadi ahli Shaklee..(nampak sangat tak ambik tau kan huu).. Jom sama-sama kit abaca apa itu G6PD.
Apa
itu Penyakit G6PD?
G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis
enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan
enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan,
ubatan tertentu ataupun makanan.
Penyakit ini biasanya berlaku kepada
kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan
enzim G6PD. Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia
normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis
perlu dielakkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan
kekurangan enzim G6PD?
Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab
mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD
(Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah
merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau
apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan
sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik
anemia.
Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD?
Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD,
hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit
mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin,
sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava
beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus
juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD
ini.
Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan,
jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria
(hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap.
Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.
Jaundis dapat dilihat pada bahagian mata putih pesakit apabila berlakunya
hemolisis di dalam pesakit kekurangan enzim G6PD.
Bagi bayi baru lahir, kekurangan
enzim G6PD boleh menyebabkan jaundis(kekuningan) yang patologik. Jaundis pada
bayi-bayi yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah perlu
menjalani transfusi darah.
Walaupun ramai yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD ini, tetapi ramai
yang tidak pernah menghadapi gejala-gejala atau tanda-tanda seperti di atas.
Seriuskah masalah kekurangan enzim G6PD?
Jika diberi rawatan dan nasihat yang betul, pesakit boleh hidup dengan gaya hidup yang normal. Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang masalah dalam tempoh yang panjang. Walaubagaimanapun apabila episod hemolitik anemia berlaku,ia perlu dirawat dengan rawatan yang sesuai.
Pesakit mengalami masalah kekurangan
enzim G6PD, apakah yang patut dilakukan?
kacang parang perlu dijauhi oleh pesakit G6PD
Anda dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang,
makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang
soya atau produk soya,semua jenis kacang atau produk kacang dan gula-gula dan
makanan berperisa menthol.
Apabila berjumpa dengan doktor, anda hendaklah memberitahu doctor yang anda
mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan
ubat yang boleh menyebabkan anemia kepada anda.Anda juga dinasihati supaya
tidak mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic dan lain-lain ubat-ubatab
tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
Sumber:Penyakit Kekurangan Enzim G6PD. ( G6PD deficiency )
Semoga
perkongsian ringkas saya ini bermanfaat untuk kita bersama ye.. :)
0 comments:
Post a Comment