Thursday, 14 April 2016

KENAPA BADAN KITA PERLU DETOX

Kredit: azneysamsudidn.com



Mengapa detox / mencuci usus penting??


Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Dari mana datang toksin?


Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :

• UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
 • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
• UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
• RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
• MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
• DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia.


Tanda-tanda anda perlu DETOX


 • Masalah penghadaman
 • Sembelit
• Sakit kepala
• Jerawat
 • Penuaan pra-matang
• Letih
• Berat badan berlebihan
• Insomnia


Jadual tubuh membuang racun


1. jam 21.00 – 23.00 malam hari adalah waktu pembuangan zat-zat yang tidak berguna/beracun (detoxin) di bahagian sistem antibodi (kelenjar getah bening). Selama durasi waktu ini, kita harus dalam suasana tenang atau mendengarkan musik. Jangan sibuk bekerja di waktu-waktu ini.

2. jam 23.00 – 01.00 dinihari terjadi proses detoxin dibahagian hati 

3. jam 01.00 – 03.00 dinihari proses detoxin dibahagian empedu, juga berlangsung dalam kondisi tidur.

4. jam 03.00 – 05.00 dini hari terjadi detoxin dibagian paru-paru, sebab itu akan terjadi batuk selama 
durasi waktu ini. karena proses pembersihan (detoxin) telah mencapai saluran pernafasan, maka takperlu minum obat batuk agar tidak merintangi proses pembuangan kotoran.

5. pagi pukul 05.00 – 07.00 detoxin dibahagian usus besar, harus buang air, jangan ditahan-tahan.

6. pukul 07.00 – 09.00 pagi : waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, jadi harus makan pagi/ sarapan.


Untuk next entry saya akan kongsikan cara untuk detox secara semulajadi ye.. stay tuned!

0 comments: