Kredit: anugerah.com
Amalan berpantang selepas bersalin
adalah satu kaedah pemulihan secara tradisional di dalam satu jangka masa
tertentu untuk wanita yang baru melahirkan anak. Ianya masih diamalkan sehingga
ke hari ini dan diwarisi sejak turun temurun di kalangan masyarakat Asia
terutamanya orang Melayu.
Tempoh berpantang biasanya berlangsung
selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu dari hari kelahiran anak. Tumpuan
utama rawatan adalah untuk membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal,
memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka akibat kelahiran,
membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Dipercayai jika
rawatan ini tidak dijalankan, dikhuatiri rahim akan kendur dan wanita akan
kelihatan tua daripada usianya.
Kebaikan melalui tempoh
berpantang
Dari
sudut kesihatan, tempoh berpantang ini adalah tempoh rehat serta satu proses
membaikpulih tubuh badan setelah bersalin samada secara normal atau pembedahan.
Ia juga dapat mengelakkan tubuh badan dari dijangkiti kuman dan bakteria.
Dari sudut pemakanan pula, si ibu
akan mendapat khasiat dan nutrien yang diperlukan untuk mengembalikan
kecantikan dan kelangsingan tubuh badan. Selain daripada itu, pemilihan makanan
juga dititikberatkan untuk mengelakkan si ibu mendapat masalah kesihatan.
Waktu berpantang juga dapat
menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan
anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri
sendiri dan anak yang baru dilahirkan. Tempoh berpantang dapat mengeratkan
hubungan di antara ibu dengan anak serta dengan keluarga.
Makanan
yang perlu dielakkan ketika berpantang
MAKANAN BERBISA
Ayam yang bersifat protein dan
sering di jadikan rendang sebagai menu hari raya. Ianya sebenarnya bersifat
'bisa' yang boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin dan boleh menyebabkan
pendarahan bagi ibu yang sedang di dalam pantang. Selain ayam, telur, ikan
bawal, ikan terubuk, ikan pari dan ikan sembilang juga antara makanan
yang berbisa dan tidak di galakkan ibu berpantang untuk mengambil makanan
ini. Ia juga boleh menyebabkan bentan pada pintu rahim. Mengikut petua
Melayu, ikan haruan dan ikan yu antara makanan yang di cadangkan bagi ibu
yang sedang berpantang. Kerana di percayai boleh memperbanyakkan susu ibu,
menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
MAKANAN BERSIFAT SEJUK
Antara buah dan sayuran yang
bersifat sejuk ialah kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang.
Makanan bersifat sejuk ini boleh memudaratkan kesihatan ibu yang sedang
berpantang. Kerana boleh menyebabkan kembung, kejang otot dan sakit badan.
Laksa, bunga kantan dan daun kesum juga tergolong dalam makanan bersifat sejuk
yang perlu ibu berpantang elakkan. Ianya boleh memberi kesan tidak bagus pada
kesihatan yang berkaitan dengan urat.
UBI-UBIAN
UBI-UBIAN seperti keledek,
keladi dan ubi kayu boleh mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu
kembung perut.
Diakui bahawa tiada kajian
perubatan yang mengatakan setiap ibu bersalin perlu berpantang. Tetapi,
kepercayaan turun temurun nenek moyang dahulu telah terbukti amalan ini akan
mengembalikan tenaga dan kesihatan yang baik untuk ibu selepas berpantang.
Vivix Shaklee dan berpantang
Sebenarnya terdapat
beberapa jenis yang boleh dimakan semasa di dalam proses berpantang. Salah satu
daripadanya adalah vivix Shaklee.
Seperti yang kita ketaui
vivix Shaklee mengandungi 1001 khasiat yang dapat membantu proses penyembuhan
penyakit. Jom kita lihat testimonial di bawah bagaimana mereka berpantang
dengan vivix Shaklee.
“luka
jahit banyak sangat sampai nak duduk pon sakit.. selepas 3 hari consume vivix Alhamdulillah
terus hilang sakit….” - Pn ainul fadzilah-
“consume
vivix ketika pantang bagi extra energy dan milk booster….” -pn. fazilah-
Bulan April 2016 ni Shaklee masih lagi teruskan promosi
twin pack vivix Shaklee.. nak tengok lebih lanjut boleh KLIK SINI.
Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya Ruzanna ditalian 012-5932706.
Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya Ruzanna ditalian 012-5932706.
0 comments:
Post a Comment