Assalamualaikum salam sayang semua.. semalam saya dah kongsikan mengenai obesiti atau kegemukan yang menjadi salah satu daripada 10 penyakit berbahaya di malaysia (klik sini). ..hari ni saya nak kongsikan sikit faktor yang boleh mempengaruhi obesiti.
Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh
berlaku kepada anda?
Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih
daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan
disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat
daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa
hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa
bulan dan tahun.
Indeks Jisim Tubuh (BMI) Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
Nota:
Walau bagaimanapun, formula ini
tidak boleh digunakan jika anda:
• berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
• mengandung atau menyusukan anak
• seorang ahli sukan yang aktif
• berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
• mengandung atau menyusukan anak
• seorang ahli sukan yang aktif
Faktor risiko obesiti
adalah:
·
Umur. Peningkatan umur akan
menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan
ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat
pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan
.
·
Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian
untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita
mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi
di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila
wanita mencapai menopause.
·
Faktor
keturunan.
·
Aktiviti
fizikal. Kurang melakukan
aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting
di dalam peningkatan obesiti.
·
Faktor
psikologi. Ramai individu yang
makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan
emosi.
·
Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku
kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit
di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
·
Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat
kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti
Next entry saya akan kongsikan kesan atau implikasi akibat dari obesiti ni ye...
0 comments:
Post a Comment