OBESITI
(KREDIT: MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan
seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan
masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal
pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular
khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan
penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang
membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit
serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung
dan diabetes.
Obesiti
adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai
lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan
berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki
dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% .
Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%.
Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks
Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan
ketinggian.
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai
obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan.
Walau bagaimana pun risiko untuk
mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap
BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai
kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI
yang sama.
CARA KIRA BMI
Cara pengiraan :
Indeks Jisim Tubuh (BMI) Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi
(meter) x Tinggi (meter)
Klasifikasi Kegemukan
(Obesiti)
WHO Klasifikasi Obesiti
untuk populasi Asia (rujukan 7)
Klasifikasi
|
BMI (kg/m2)
|
Risiko Kesihatan
|
Kurang berat badan
|
<18.5
|
Rendah
|
Julat normal
|
18.5 - 22.9
|
Risiko meningkat
tetapi boleh di terima
|
Berlebihan berat
badan
|
> 23
|
|
Pra-Obes
|
23.0 - 27.4
|
Risiko meningkat
dengan ketara
|
Obes 1
|
27.5 - 34.9
|
Risiko tinggi
|
Obes II
|
35.0 - 39.9
|
Risiko sangat tinggi
|
Obes III
|
> 40.0
|
Risiko terlalu
tinggi
|
Mengapa
Perlu Saringan Kegemukan (Obesiti)
Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI,
pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak
normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk
mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh
mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri
rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat
obesiti.
Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4
bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan
berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih
mudah di kawal. Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit
kronik.
Next entry insyaallah saya akan kongsikan faktor yang menyebabkan obesiti ni ye.. stay tuned!!!!
0 comments:
Post a Comment