Showing posts with label jenis-jenis gemuk. Show all posts
Showing posts with label jenis-jenis gemuk. Show all posts

Saturday, 30 May 2015

OBESITI: SALAH SATU 10 PENYAKIT MERBAHAYA DI MALAYSIA

OBESITI

(KREDIT: MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)


Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes.

Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% . Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan.
Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama. 

CARA KIRA BMI
Cara pengiraan :

Indeks Jisim Tubuh (BMI) Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)
WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia (rujukan 7)
Klasifikasi
BMI (kg/m2)
Risiko Kesihatan
Kurang berat badan
<18.5
Rendah
Julat normal
18.5 - 22.9
Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan
> 23

Pra-Obes
23.0 - 27.4
Risiko meningkat dengan ketara
Obes 1
27.5 - 34.9
Risiko tinggi
Obes II
35.0 - 39.9
Risiko sangat tinggi
Obes III
> 40.0
Risiko terlalu tinggi





Mengapa Perlu Saringan Kegemukan (Obesiti)
Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.
Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal. Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.


Next entry insyaallah saya akan kongsikan faktor yang menyebabkan obesiti ni ye.. stay tuned!!!!

Thursday, 11 December 2014

Gemuk?!! ketahui jenis-jenis gemuk

Assalamualaikum hai semua.. Hari ni nak share sikit tentang jenis-jenis gemuk.. 
 
Gemuk???Apa yang anda tahu tentang gemuk?
 
 
 
Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.
 
Sebelum kita nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badankita kena tahu kita termasuk dalam gemuk yang mana..Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. 
Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.
 
 


Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu gemuk air, gemuk angin, gemuk lemak, gemuk daging.

1- Jenis Gemuk Air

Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan mengeleber dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.
 

2- Jenis Gemuk Angin

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
 

3- Jenis Gemuk Lemak

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

4-Jenis Gemuk Daging
Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. 
 
 
Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita.Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!
 
Next entry nanti saya akan kongsikan pengalaman saya menurunkan berat badan dengan vitamin-vitamin semulajadi .. Ok see u soon 😄

Id:908559
Fb: hanee's wardrobe