Showing posts with label VITA C 500MG. Show all posts
Showing posts with label VITA C 500MG. Show all posts

Monday, 27 November 2017

CARA MENJAGA KESIHATAN KULIT WAJAH DARI DALAM


Bila sebut tentang kecantikan kulit wajah, terdapat pelbagai cara dan petua serta tips-tips yang boleh kita praktik asalkan tidak memudaratkan. Selain dari tips dan petua-petua yang sedia ada, penjagaan kulit wajah dengan mengamalkan pemakanan makanan tambahan ataupun supplemen juga sangat membantu.


cara mencerahkan kulit tanpa bahan berbahaya


Sejajar dengan itu, shaklee memperkenalkan THE RADIANT 4 khas untuk kesihatan kulit wajah dari dalam. The radiant 4 terdiri daripada vitamin-vitamin yang memang dikhusukan untuk membantu kecantikan kulit wajah. Vitamin-vitamin tersebut ialah:

  • ESP shaklee
  • Vitamin C plus shaklee
  • GLA shaklee
  • Collagen powder shaklee


Ada juga yang bertanya perlukah ambil kesemua vitamin ini? JIka mahukan kesan yang optimum, makan pengambilan kesemua ini adalah perlu. Jom kita tengok kebaikan setiap vitamin di dalam set radiant 4 ini.



ESP Shaklee




Seperti yang kita tahu esp shaklee adalah sumber protien yang terbaik. Kenapa kita perlukan protien dalam menjaga kecantikan wajah? Kerana dengan pengambilan protien yang mencukupi membantu kita untuk dapatkan kulit yang sihat berseri tau! Selain itu, ia membantu menghasilkan cell kulit yang sihat, membaiki dan menghasilkan tisu dan cell baru serta membantu penghasilan asid amino glutathione yang membantu menghalang kerosakan kulit akibat terdedah kepada sinaran matahari.



Vitamin C plus shaklee



Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin c jadi nak tak nak kita kena mengambil makanan yang mengandungi vitamin c. Vitamin c bertindak sebagai agen anti-oksidan yang membantu kulit dari kerosakan akibat radikal bebas.  Vitamin c juga membantu:

  • mengurangkan kedutan dan melembapkan kulit wajah
  • membantu penghasilan kolagen
  • membantu mepenyembukan luka


GLA shaklee


Kulit yang sihat juga bergantung kepada lipid kulit terutamanya Gamma-linolenic acis ataupun GLA. Acid ini memainkan peranan yang penting untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah juga membantu mengatasi keradangan kulit.



Collagen powder shaklee


Kolagen juga merupakan struktur penting kepada kulit kita. Ia membantu mengekalkan keanjalan dan membantu menghalang kedutan, parut dan pengenduran kulit wajah. Kolagen boleh dihasilkan oleh badan kita namun penghasilan kolagen akan mengalamai kekurangan sejajar dengan peningkatan umur. Jadi pengabilan collagen powder shaklee sangat membantu menambahkan kolagen yang diperlukan oleh tubuh kita terutamanya untuk kulit wajah.


Pengambilan set radiant 4 ini membantu untuk membina, memadatkan, menjaga dan melembapkan kulit. Bagaimana nak dapatkan set ini? Mudah sahaja.. Anda boleh follow cara di bawah.


PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:



Wednesday, 21 June 2017

TIPS KEKAL BERTENAGA KETIKA MENGERJAKAN UMRAH ATAU HAJI DI TANAH SUCI


Mengerjakan haji dan umrah di tanah suci sememangnya menjadi impian utama bagi umat islam. Gembira tak terkata apabila dijemput menjaji tetamu Allah ke sana. Alhamdulillah, saya berpeluang mengerjakan umrah pada tahun 2014. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila menjejakkan kaki kesana.

Persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum berangkat ke tanah suci. Selain persedian wajib iaitu passport,visa, suntikan dan lain-lain, saya kongsikan beberapa tips penjagaan kesihatan dan kebersihan ketika berda di sana. Antara tips atau panduannya adalah:

  • Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca di tanah suci sama ada cuaca sejuk atau panas.
  • Tutup mulut dan hidung dengan topeng muka (face mask) atau kain nipis apabila berada di kawasan yang berdebu.
  • Minum air kosong atau air zam-zam setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan. Amalkan minum 2-3 liter sehari khususnya apabila panas.
  • Setiasa menjaga kebersihan diri, sentiasa basuh tangah agar tidak mudah dijangkiti penyakit berjangkit.
  • Amalkan pengambilan supplement yang dapat membantu anda kekal sihat dan bertenaga.



Semasa di tanah suci, saya membawa supplemen Shaklee iaitu vitamin c, vitalea dan performance drink. Vitamin C saya ambil untuk imunisasi dan vitalea dan PD saya ambil untuk menambah tenaga. Alhamdulillah supplemen ini membantu saya sepanjang berada di sana.



Dibawah ini saya kongsikan pula kisah puan hartini, pengalaman beliau semasa berada di tanah suci.


UMRAH BERTENAGA, KEMBALI KE TANAH AIR DENGAN SIHAT DAN GEMBIRA


SYUKUR dan gembira rasa hati bila kami sekeluarga dijemput menjadi tetamu Allah. Sebagai persediaan, selain menambah ilmu tentang ibadah, Saya banyak baca pengalaman mereka yang dah pergi. Ramai yang kata ibadat umrah ni menuntut tenaga, terutama tenaga kaki. Dan juga biasanya perubahan cuaca menyebabkan kita mudah terkena demam selsema. Terutamanya bila dah nak balik atau dah kembali ke tanah air.


Kami pergi bulan Disember musim sejuk. Memang sejuk sangat. Semasa di Madinah sangat sejuk, keluar solat subuh ke Masjid yang tak sampai 100meter pun mengetar-ngetar kesejukan walau memakai baju sejuk. 
Hari terakhir di Madinah tu dah rasa tangan nak mengelupas, bibir dah kering. Mujur saya bawak krim herba. Cepat-cepat sapu, Jadikan lotion dan pelembab muka jugak. Kulit saya jenis kering jadi bila dah mula nak mengelupas, saya sapukan krim.


Untuk kuatkan imun badan Vitamin C memang vitamin wajib setiap hari, malah Chewable Vitamin C saya letak di dalam beg sandang senang untuk dimakan dan dipas pas kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sebelah di dalam bas bila-bila masa. Masamnya tu pun menghilangkan loya di dalam bas. 


Kat sana kita takde urusan lain melainkan tumpu untuk ibadah. Di sini tidur memang tak dapat lama. Tidur lambat, bangun awal. Rugi rasanya kalau buang masa untuk tidur. Semasa di Makkah, masih sejuk tapi kurang sikit berbanding Madinah. Seawal mungkin lebih kurang dua jam sebelum Subuh tu kami dah keluar. Kalau lambat pintu favourite untuk solat di depan Kaabah akan ditutup. Kalau dah tutup kena la solat kat perkarangan masjid. Sejak saya baca buku Prof Kamil, saya nekad seboleh mungkin akan pegang tangan mak untuk bawak mak solat depan Kaabah. Maka ikhtiar selalu untuk datang masjid awal.


Jadi nak elakkan mengantuk, sebelum keluar ke masjid saya bancuhkan Performance Drink + Cinch Tea Mix. Siap bubuh dalam botol lagi. Kami bancuh dengan air zam zam biasanya. Mak saya jenis mudah juga terlelap maka ni wajib saya suapkan. Ini memang "rahsia" mata terbuka luas. InsyaAllah segar mata nak menjalani ibadat sehingga Dhuha. Nak keluar ziarah pun alhamdulillah rasa bertenaga. Kalau lupa bancuh takpe kamk bawak je siap-siap letak Cinch Tea Mix beberapa sachet kat dalam beg, nanti beli air mineral dan tuangkan. 


Ibadat tawaf dan saie memang menuntut kekuatan kaki. Saie ni ada beberapa tingkat tau. Pernah sekali kami "terpergi" di bahagian berbukit tinggi. Saya berdua bersama kakak ipar Menolak mak mertua menaiki wheelchair. sangat mencabar, memang memerlukan kudrat di sini. Alhamdulillah diberi kekuatan. Balik bilik memang wajib telan Ostematrix pil kalsium. Yang insyaAllah dapat menghilangkan lenguh lenguh letih kaki berjalan.


Yang bestnya dengan izinNya walaupun dah kembali ke tanah air. Walau dengan perubahan cuaca dan penat menjalani ibadah, kami sihat saja. Tiada demam atau batuk. Syukur alhamdulillah. 


Selain doa, kita juga perlu berikhtiar usaha untuk membolehkan kita dapat melakukan ibadah yang terbaik semasa di sana. Dan ini ikhtiar kami. 
Jika anda atau keluarga ingin menunaikan umrah, jangan lupa masukkan suplemen Shaklee sebagai list wajib untuk dibawa ke sana. Segalanya dengan izinNya



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.






Untuk response yang pantas anda juga boleh:




Friday, 12 June 2015

Penyakit Skurvi, antara kesan akibat kekurangan vitamin C



Assalamualaikum hai semua.. kali ni entry saya nak kongsikan sedikit info mengenai penyakit skurvi yang terjadi akibat daripada kesan kekurangan Vitamin C. Sebelum tu kita tengok dulu apakah tanda-tanda yang terjadi apabila kita kekurangan vitamin C.

TANDA-TANDA KEKURANGAN Vitamin-C yang sangat ketara:

1) Mudah tertekan
2) Kulit sangat kering dan bersisik
3) tapak kaki keras dan kasar
4) Luka lambat sembuh
5) Mudah Selsema atau bersin
6) Wajah tambah lebih tua berbanding umur kerana Vitamin C penting utk pembentukan Collagen
6) Mudah mendapat ulcer
7) Mudah demam
8) Penyakit skurvi


APA ITU PENYAKIT SKURVI?
MYMETRO: Oleh Faizatul Farlin Farush Khan



Skurvi mungkin penyakit yang jarang berlaku dalam masyarakat di negara ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang asing dan berpunca daripada kekurangan vitamin C yang berpanjangan dalam diet seseorang. Bagi mereka yang tidak gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran, selain tidak mengambil suplemen vitamin C, mereka tetap boleh terdedah kepada skurvi sekiranya keadaan itu dibiarkan dalam tempoh yang lama.

Skurvi boleh menyebabkan seseorang berasa lemah, mengalami kerosakan gigi, tulang rapuh, penghasilan kolagen terjejas, kekurangan darah, pendarahan pada gusi dan sekitar liang roma selain bulu roma berkerinting. Tubuh manusia tidak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan vitamin C dan ia perlu dimasukkan di dalam diet melalui pengambilan makanan yang kaya vitamin C.
Dengan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan yang ditambah vitamin C setiap hari, seseorang dapat mengelak daripada mengalami penyakit skurvi.

Kandungan vitamin C dalam tubuh boleh kehabisan dalam tempoh satu hingga tiga bulan dan ia perlu ditambah dari masa ke masa. Penyakit itu dikesan berlaku sejak zaman purba lagi apabila rekod menunjukkan masyarakat Mesir seawal 1550 sebelum Masihi mengalami simptom skurvi.
Ia juga sering dialami oleh pelayar pada zaman Renaissance iaitu sekitar kurun ke-16 hingga ke-18 yang pada mulanya pernah disalah erti sebagai penyakit berjangkit.

Pada kurun ke-17, dua pakar perubatan iaitu John Woodall dan James Lind berjaya membantu mengurangkan kadar kematian akibat skurvi.Woodall menyenaraikan jus lemon sebagai penawarnya dan menyarankan Syarikat Hindia Timur membekalkan jus berkenaan untuk pelayarnya pada 1617.
Manakala, pada 1747 pula Lind yang bertugas sebagai pakar bedah tentera laut mendapati buah oren dan lemon mampu menyembuhkan penyakit skurvi. Bagaimanapun, Lind mengambil masa selama 41 tahun untuk meyakinkan Tentera Laut Diraja British supaya membekalkan jus limau kepada pelayarnya. Sebaik jus limau dibekalkan kepada anak kapal, masalah kesihatan akibat kekurangan vitamin C dalam kalangan pelayar British berkurangan secara mendadak.
Pengetahuan mengenai kadungan vitamin C dalam makanan penting kerana ia boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seseorang.

Manusia mendapat 90 peratus jumlah vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kandungan vitamin C dalam makanan berkenaan boleh berkurangan sehingga 40 peratus apabila ia dimasak. Pada masa sama, vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik mudah teroksida dan simpanan di dalam tubuh pula banyak digugat oleh faktor alam sekitar dan gaya hidup seperti merokok serta keadaan biologikal seperti keradangan atau mengambil zat besi secara berlebihan.

Faktor lain yang membawa kepada kekurangan vitamin C adalah sikap jahil mengenai pemakanan apabila ada yang mendidihkan jus buah, menyekat sesetengah makanan dalam diet, alahan ataupun mengalami masalah mengambil makanan secara oral. Selain masalah pemakanan yang tidak seimbang, penyakit skurvi turut berlaku kepada pesakit anoreksia, mental, buah pinggang serta barah atau mereka yang mengelak makanan berasid.

Kematian secara mengejut boleh berlaku dalam kalangan pesakit skurvi, oleh itu memastikan vitamin C sentiasa cukup dalam diet adalah kunci utama rawatan. Apabila dirawat dengan betul, skurvi adalah penyakit yang mudah sembuh. Semua masalah berkaitan skurvi akan sembuh dalam masa beberapa minggu sekiranya mendapat dos tepat untuk menampung semula simpanan vitamin C di dalam tubuh. Sebaik pesakit skurvi diberikan dos vitamin C yang cukup, pendarahan secara spontan akan berhenti dalam masa sehari, sengal otot dan tulang akan hilang dengan cepat, pendarahan dan kesakitan gusi akan pulih dalam tempoh antara dua ke tiga hari dan perubahan warna kulit akibat pendarahan pula pulih secara perlahan-lahan dalam tempoh 12 hari.


Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah-buahan sitrus terutamanya limau gedang dan lemon, buah beri, tembikai susu dan sayur-sayuran termasuk brokoli, bayam, lada hijau, tomato, kentang serta kubis.

Saya pon baru tau mengenai penyakit skurvi ini. Semoga perkongsia saya bemanfaat untuk anda semua. Bulan June 2015 ni promosi vitamin c tau.. boleh klik sini untuk info lanjut.. hingga bertemu lagi ye!


Wednesday, 17 September 2014

Hari ke -2 cabaran entry blog

ORANG SAKIT BOLEH CANTIK?!

Hai semua salam sayang slamat tengah hari.. Hari ni hari kedua saya menulis entry bersiaran dari katil hospital yang gebu ni hehe..

Rentetan dari entry saya semalam, ramai yang tak sabar nak tau vitamin apa yang saya amalkan ketika sakit ni.. Hari ni saya nak kongsi salah satu vitamin yang saya amalkan tuk kesihatan plus kecantikan.. Bak kata orang 2 in 1.. Sihat plus cantik.. Hehe tu mesti ada yang tertanya-tanya boleh ke cantik masa sakit?! Jawapan nye ye boleh :)

Alkisahnya duduk ward ni nurse akan pantau blood preasure dengan demam.. Hari pertama dengan hari kedua tu perasan la jgk nurse dok tengok-tengok saya.. Ingatkn kenapa.. Masuk hari hr keempat lepas ambik blood preasure nurse tnya: "awak ni umur brapa ?".. (Nurse kan bertukar shift jadinye yg mana baru masuk shift baru la nk knal kita) saya jawab:"30 nurse".. Nurse kata "betul ke umo 30, ingatkn sebaya saya umo 25 tahun".. Dalam hati kembang semangkuk saya hehe.. Awet muda la kot ..

Time sakit ni salah satu vitamin saya makan ialah vitamin c. Baik tuk sistem imun, anti-oksidan dan yg penting tuk kecantikan kulit.. Sape kata orang sakit tak boleh cantik?! ;) 


Vitamin C shaklee ni tahan sampai 6 bulan tau , ade 180 biji sehari makan sebiji sahaja.. Jimat kan ;) boleh hubungi saya sid:908559 di talian 012-5932706 untuk tempahan or pertanyaan.. Sampai sini je dulu perkongsian tuk hari ini.. Nantikan entry saya yg seterusnya saya akan kongsikan lagi vitamin apa yang saya ambil ketika sakit .. Stay tune :)

Fb:hanee's wardrobe
Email: zannahoney@yahoo.com





Thursday, 13 February 2014

KEBAIKAN SUSTANED RELEASE VITA C 500MG

KEBAIKAN SUSTANED RELEASE VITA C 500MG
Selamat tengah hari.. Hai semua.. hari ni nak share sikit kebaikan vitamin C shaklee yg menjadi hot produk di pasaran.. hehe.. Taknak celoteh panjang jom scroll kebawah.....



MANFAAT VITAMIN C 500MG SHAKLEE
 
Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

 Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

 Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat

Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

 Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi


Jom tengok kenapa kita perlukan Vitamin C




Retail Price: Sustained Release Vita C 500mg 180 tabs RM92.50

Fb: Hanee's Wardrobe
Id:908559
Tel:0125932706