Saturday, 1 October 2016

CARA SEMBUHKAN ASMA PADA KANAK-KANAK

CARA SEMBUHKAN ASMA PADA KANAK-KANAK



Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. kebanyakan bayi yang berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan.

Adakah keadaan ini serius?
Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.
Tanda-tanda
  • Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.
  • Rasa lemas.
  • Bunyi nafas yang berdehit.
  • Batuk yang berterusan.
  • Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen.
sumber : Utusan Malaysia

Bagaimana Asma Boleh Berlaku Pada Kanak-Kanak?
  • Ia boleh berlaku disebabkan keturunan. Jika ibu bapa ada asma maka ada kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anaknya.
  • Risiko lebih tinggi untuk terkena asma jika anak anda dilahirkan melalui pembedahan, bukannya melalui kelahiran normal. Ini kerana semasa kelahiran normal, badan bayi akan melalui vagina ibu yang mengandungi satu bahan antibakteria yang boleh “membersihkan” kulit bayi dari sebarang jangkitan semasa kelahiran.
  • Anak-anak yang terdedah kepada asap rokok semasa dalam kandungan dan selepas dilahirkan. Jadi awas kepada bapa yang merokok, sayangi anak-anak anda dan lindungi mereka.
  • Bayi yang mempunyai berat badan yang rendah semasa dilahirkan. Kebiasaan bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang adalah bayi yang pramatang. Bayi pramatang adalah lebih sensitif dan mudah diserang dengan jangkitan oleh kerana antibodi mereka lemah.

Kenapa Fish Oil atau Minyak Ikan Disaran Untuk Masalah Asma?

Minyak ikan sangat digalakkan diambil oleh kanak-kanak yang ada asma kerana supplement atau vitamin sudah tentu jauh lebih baik dari “drugs” atau ubatan steroid yang boleh beri kesan jangka panjang.

OMEGA GUARD SHAKLEE


Minyak ikan dari omega guard ini boleh mengurangkan masalah keradangan yang disebabkan pengeluaran “histamine” dari badan yang memberi isyarat untuk sistem imun bertindak dengan bahan asing yang disangkakan sebagai musuh.

Untuk pesanan atau pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi 012-5932706.


0 comments: