Showing posts with label Omega guard. Show all posts
Showing posts with label Omega guard. Show all posts

Thursday, 25 May 2017

APA ITU PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)?



Apakah itu penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit ringan disebabkan oleh salah satu kumpulan virus Coxsackie. HFMD mendapat namanya daripada kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan di dalam mulut. Ia biasanya dihidapi oleh kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun, walaupun orang dewasa juga boleh mendapat virus ini tetapi kesannya adalah lebih ringan.

Bagaimana ia merebak?

Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.


Tanda-tanda jangkitan



Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.


Langkah pencegahan

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan boleh mengamalkan langkah-langkah seperti berikut.

i. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/ pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

ii. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

iii. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh/merawat lepoh

iv. Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.

v. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

vi. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.



SUPPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN HFMD

Antara supplemen yang membantu:

1. Krim herbal blend


2.Omega guard 


3.Nutriferon


4. Vitalea for kids



Testimonial penyembuhan HFMD dengan vitamin shaklee


HFMD SEMBUH SELEPAS AMALKAN PRODUK SHAKLEE 
TESTIMONI : SHARIFAH NURULKAMARIAH SAYED ABDULLAH




Assalamualaikum,


Saya nak share pengalaman handle anak alami HFMD baru-baru ni. Mulanya dari kakaknya di tadika, tetapi si kakaknya tak lah seteruk adik yang duduk di rumah ni. Tak terfikir pula HFMD akan berjangkit pada adiknya, jadi saya just tumpu pada kakaknya.




HFMD mula berjangkit


Satu pagi tu, sambil-sambil sapu lotion Herbal Blend pada tapak tangan kakaknya, terpandang la kaki adiknya yang dah mula ada tompok-tompok merah, tangan pun dah mula naik sikit-sikit. Lepas balik kerja, keadaan adik bertambah teruk bila tapak tangan, kaki dan mulutnya dah mula ada gelembung – gelembung air.


Pada mulanya kami syak hanya demam campak, tapi bila tengok badannya tak ada sangat gelembung air tu. Untuk kepastian kami pun terus bawa ke klinik, dan doktor sahkan memang HFMD. Kami hanya dapatkan ubat titis dalam mulut sahaja kerana nak cuba dengan Shaklee dahulu.


Nutriferon, Herbal blend, Omega guard & Vitalea for kids


Malam tu juga, saya bekalkan Aleesha Nutriferon 1 sachet dan sapukan lotion Herbal blend sebelum tidur. Alhamdulillah malam tu dia tidur tanpa gangguan.

Untuk keesokan harinya, saya sapukan dia dengan lotion Herbal Blend selepas mandi dan bekalkan Vitalea for Kids selepas breakfast. Kebetulan kakaknya ada hari sukan pada hari tu, jadi saya terpaksa bawanya sekali, dan keadaan bertambah teruk bila dia dah berpeluh-peluh dan tangan tak berhenti menggaru. Kalau dibiarkan maunya berdarah-darah nanti, jadi saya cuba bagi dia Omega Guard, kekerapan menggaru tu dah berkurang nampaknya.




Gelembung air semakin surut dan hilang selepas 3 hari


Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten amalkan Nutriferon, Vitalea for Kids, Omega Guard & lotion Herbal Blend, gelembung-gelombung air di tangan & kaki dah mula hilang sikit-sikit dan parut pun tiada. Kalau diikutkan pergiraan doktor, HFMD ni biasanya akan hilang dalam masa 5-6 hari tapi bila dah recover cepat dari biasa ni syukur sangat-sangat.



Terima kasih Allah menemukan saya dengan Shaklee. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa.  semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat. Membesar menjadi anak yg soleh & solehah.  Aaminnn.


PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.




Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:




Wednesday, 19 October 2016

KENAPA SURI RUMAH (WORKING AT HOUSE MOM) PERLUKAN OMEGA GUARD?

KENAPA SURI RUMAH (WORKING AT HOUSE MOM) PERLUKAN OMEGA GUARD?



Hari ni saya nak kongsikan kenapa suri rumah tangga perluka omega guard Shaklee. Kalo nak tau sebagai seorang suri rumah, mereka perlukan lebih banyak tenaga dan suri rumah adalah satu pekerjaan yang paling sibuk tau!

Antara kebaikan omega guard untuk suri rumah yang super sibuk ialah:

1. Meningkatkan fungsi GREY MATTER.
Grey matter adalah komponen otak yang utama, yang berfungsi menghantar signal kepada saraf-saraf yang lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.
Jadi kalau asyik sedih, amalkan Omega Guard ye!

2. Dalam satu kajian yg diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter membuktikan bahawa masalah disiplin, ketidakjujuran, malah kecenderungan nak buat benda elok berkaitan dengan kekurangan serum Omega-3 dalam otak.
So, kalo SUKAR NAK MENDISIPLINKAN DIRI, amalkanlah Omega Guard ye.

3. Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa orang yang mengalami tekanan perasaan mengalami kekurangan omega 3 dalam otak.
Kalo selalu STRESS sila amal Omega Guard bersama B Complex.

4. Terdapat banyak kajian yg membuktikan kekurangan Omega 3 berkaitan dgn masalah susah nak ingat terutama benda-benda yg dipelajari.
Jadi kalau nak cepat tangkap & cepat ingat, amalkan Omega Guard ye.

**kesemua fakta di atas back up by studies, bukan cakap-cakap kosong atau assumption je.


Bulan oktober ni promosi omega guard Shaklee tau. So ibu-ibu meh dapatkan omega guard ni pada harga yang sangat istimewa. Omege ni satu keluarga boleh makan, jadinya amat berbaloi untuk dibeli demi manfaat kesihatan seisi keluarga. Nak dapatkan omega dengan saya? Hubungi saya ditalian 012-5932706.

Friday, 14 October 2016

KEBAIKAN MINYAK IKAN OMEGA-3 UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

KEBAIKAN MINYAK IKAN OMEGA-3 UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN



Omega-3 membakar lemak dalam tubuh dengan bertindak balas pada hormon yang dipanggil Leptin. Leptin memberi signal kepada otak untuk mengurangkan selera makan kita dan dengan itu, kita akan makan dengan sedikit.

Leptin dapat meningkatkan tahap metabolisme badan melalui peningkatan output hormon tiroid. Setiap sel dalam tubuh bergantung kepada hormon tiroid untuk mengawal metabolisme badan. Apabila metabolisme badan meningkat, mudah untuk kita menurunkan berat badan.

Jika tindak balas badan dengan Leptin kurang lancar, sebaliknya pula berlaku di mana kita akan berasa lapar yang teramat dan akan menyebabkan kita sentiasa makan dan mengumpul lemak pada tubuh. Apa yang perlu, kita boleh amalkan pengambilan Omega-3 untuk membantu badan bertindak balas lebih lancar dengan Leptin. Untuk itu, metabolisme badan meningkat dan pembakaran lemak juga turut meningkat.


BAGAIMANA MINYAK IKAN OMEGA-3 MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN



1) Minyak Ikan Mengurangkan Lemak dan Membina otot . 

Dalam satu kajian ada menyatakan seseorang yang mengambil kira-kira 2 gram Omega 3 asid lemak ( EPA dan DHA) setiap hari selama 6 minggu. keputusannya mereka hilang lebih daripada 2 lbs. Lemak badan . juga didapati  kurang 1 paun dan bertukar kepada otot.

2) Minyak Ikan mengurangkan Selera .

Jika anda mahu kekal kenyang lebih lama antara waktu makan, ambil beberapa kapsul minyak ikan selepas anda makan boleh membantu anda merasa kenyang.

Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan minyak ikan berasa kenyang lebih lama dan membantu mengurangkan pengambilan makanan. Lama kelamaan , ini akan membantu anda menurunkan berat badan tanpa rasa lapar .

3. Minyak Ikan Menjadikan Program Diet dan Latihan Penurunan Berat Badan Anda Lebih Berkesan.

Dalam satu kajian , subjek mengambil minyak ikan kehilangan berat badan lebih daripada mereka yang mengambil suplemen plasebo. Kedua-dua kumpulan mengikuti program mengurangkan kuantiti makanan dan bersenam di luar beberapa kali seminggu.

4. Minyak Ikan Membantu mengurangkan Penyimpanan Lemak.

Satu kajian menunjukkan bahawa makanan tambahan minyak ikan boleh mengurangkan risiko penyimpanan lemak. Ini kerana minyak ikan meningkatkan  sensitiviti insulin.  Sel-sel badan yang berfungsi dengan baik serta sensitif terhadap insulin adalah kunci untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat . Ini kerana, lebih sensitiviti sel-sel terhadap insulin, lebih sedikit kebarangkalian untuk makanan di simpan sebagai lemak di dalam badan anda.

Anda berminat untuk mencuba makanan tambahan minyak ikan?? boleh dapatkan dari saya dengan konsultasi berterusan. Hubungi saya ditalian 012-5932706


Sunday, 2 October 2016

CARA HILANGKAN SAKIT SENDI

CARA HILANGKAN SAKIT SENDI




Osteoartritis (OA), juga dikenali sebagai radang sendi merosot atau penyakit sendi merosot atau osteoartrosis, ialah sekumpulan keabnormalan mekanikal melibatkan degradasi sendi,[1] termasuk rawan sendi dan tulang subkondral. (WIKIPEDIA)

Masalah osteoartritis terutamanya sendi lutut adalah masalah sendi dan tulang yang paling kerap dijumpai. Pemeriksaan serta rawatan awal adalah amat penting untuk mencegah kerosakan yang keterlaluan pada permukaan sendi.


Tanda-tanda dan Gejala-gejala Penyakit Osteoartritis
Gejala-gejala yang kerap dialami oleh pesakit adalah seperti sendi membengkak, sakit panas dan sukar untuk digerakkan.
Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk di atas bangku dan kadang-kadang sakit tersebut menjadi bertambah serius. Pesakit juga akan merasa sakit dan sukar untuk digerakkan apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan.

ATASI SAKIT SENDI (Osteoartritis) DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Untuk pengetahuan anda, advance joint health tablet belum ada stok lagi dipasaran kita untuk sementara waktu. Jangan risau kerana anda boleh consume omega guard dan ostematrix (sila rujuk dibawah) untuk atasi sakit sendi anda.

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix
 Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di: 012-5932706

Saturday, 1 October 2016

CARA SEMBUHKAN ASMA PADA KANAK-KANAK

CARA SEMBUHKAN ASMA PADA KANAK-KANAK



Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. kebanyakan bayi yang berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan.

Adakah keadaan ini serius?
Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.
Tanda-tanda
  • Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.
  • Rasa lemas.
  • Bunyi nafas yang berdehit.
  • Batuk yang berterusan.
  • Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen.
sumber : Utusan Malaysia

Bagaimana Asma Boleh Berlaku Pada Kanak-Kanak?
  • Ia boleh berlaku disebabkan keturunan. Jika ibu bapa ada asma maka ada kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anaknya.
  • Risiko lebih tinggi untuk terkena asma jika anak anda dilahirkan melalui pembedahan, bukannya melalui kelahiran normal. Ini kerana semasa kelahiran normal, badan bayi akan melalui vagina ibu yang mengandungi satu bahan antibakteria yang boleh “membersihkan” kulit bayi dari sebarang jangkitan semasa kelahiran.
  • Anak-anak yang terdedah kepada asap rokok semasa dalam kandungan dan selepas dilahirkan. Jadi awas kepada bapa yang merokok, sayangi anak-anak anda dan lindungi mereka.
  • Bayi yang mempunyai berat badan yang rendah semasa dilahirkan. Kebiasaan bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang adalah bayi yang pramatang. Bayi pramatang adalah lebih sensitif dan mudah diserang dengan jangkitan oleh kerana antibodi mereka lemah.

Kenapa Fish Oil atau Minyak Ikan Disaran Untuk Masalah Asma?

Minyak ikan sangat digalakkan diambil oleh kanak-kanak yang ada asma kerana supplement atau vitamin sudah tentu jauh lebih baik dari “drugs” atau ubatan steroid yang boleh beri kesan jangka panjang.

OMEGA GUARD SHAKLEE


Minyak ikan dari omega guard ini boleh mengurangkan masalah keradangan yang disebabkan pengeluaran “histamine” dari badan yang memberi isyarat untuk sistem imun bertindak dengan bahan asing yang disangkakan sebagai musuh.

Untuk pesanan atau pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi 012-5932706.


Friday, 30 September 2016

SEMBUHKAN BATUK TANPA UBAT

SEMBUHKAN BATUK TANPA UBAT



APA ITU BATUK?

batuk merupakan tindakan refleks/protective reflex  apabila saluran penafasan kita tersekat atau terganggu. Kahak merupakan lendir pekat yg terdpt di tekak apabila keluar dr hidung lendir ini disebut hingus.



PUNCA BATUK

Batuk terjadi disebabkan oleh virus yang menyebabkan saluran pernafasan mengalami infeksi. Selain virus penyebab infeksi, ada lagi punca yang menyebabkan batuk iaitu:

  • Penyakit keturunan atau jangka panjang seperti asma,chronic obstructive pulmonary disease (COPD), atau bronkitis kronis, sinusitis, pneunomia, dan tuberculosis.
  • Terdedah alergi kepada jerebu dan debu
  • Penyakit refluks gastroesofagus.
  • Penyakit yang berhubungan dengan virus seperti selsema dan influenza.
  • Kebiasaan buruk merokok.


CARA/TIPS SEMBUHKAN BATUK


1.   minum banyak air



banyakkan minum air masak dan elakkan daripada mengambil minuman yang berkarbonat dan bersitrus – kerana boleh memberikan keadaan yang tidak enak kepada tekak anda.


2.   kurangkan makanan yg menyebabkan byk lendir 


-bahan tenusu
-makanan yg diproses byk kali(seperti minyak yg lama digunakan)
-daging
-makanan remeh
-gula pasir
-buah2 manis
-makanan dr tepung seperti roti putih


3.   kurangkan makanan yg menghasilkan angin 



-
kacang2
-kubis
-kubis bunga



4.   makan vitamin

   Pengambilan vitamin juga bleh membantu anda untuk melegakan batuk.           Sebagai contoh vitamin Shaklee yang anda boleh ambil untuk melegakan           batuk ialah omega guard dan vitamin c .

vita c shaklee

omega guard shaklee



Bagaimana Omega Guard dan Vitamin C boleh membantu masalah batuk:

  • Omega Guard berfungsi mencegah keradangan pada saluran pernafasan yang menyebabkan batuk serta selsema.
  • Membantu melegakan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak.
  • Omega Guard dan Vitamin C juga membantu melancarkan peredaran darah serta penghasilan agen anti-radang bagi menguatkan sistem imun tubu



Sekiranya masalah batuk anda berterusan untuk beberapa minggu, anda perlu mendapatkan ubat yang khas untuk masalah anda. Dalam apa-apa penyakit pun, anda tidak boleh mengabaikan kepentingan doktor. Walaupun penyakit batuk tidaklah dianggap kritikal, namun ada masanya penting untuk berjumpa dengan doktor.

Berikut adalah saat-saat di mana anda perlu dapatkan nasihat doktor tentang keadan anda:
·         Penyakit batuk tersebut pada bayi ataupun warga emas.
·         Batuk berterusan selama 4 minggu.
·         Kahak berdarah ataupun berwarna hijau.
·         Kerap mengalami kesukaran bernafas.
·         Sakit dada.

Masalah batuk juga merupakan salah satu simptom kepada penyakit-penyakit yang kritikal yang lain seperti asma, masalah jantung dan mungkin pneumonia.
“CEGAH SEBELUM PARAH…”