Thursday, 25 May 2017

APA ITU PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)?



Apakah itu penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit ringan disebabkan oleh salah satu kumpulan virus Coxsackie. HFMD mendapat namanya daripada kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan di dalam mulut. Ia biasanya dihidapi oleh kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun, walaupun orang dewasa juga boleh mendapat virus ini tetapi kesannya adalah lebih ringan.

Bagaimana ia merebak?

Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.


Tanda-tanda jangkitan



Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.


Langkah pencegahan

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan boleh mengamalkan langkah-langkah seperti berikut.

i. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/ pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

ii. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

iii. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh/merawat lepoh

iv. Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.

v. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

vi. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.



SUPPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN HFMD

Antara supplemen yang membantu:

1. Krim herbal blend


2.Omega guard 


3.Nutriferon


4. Vitalea for kids



Testimonial penyembuhan HFMD dengan vitamin shaklee


HFMD SEMBUH SELEPAS AMALKAN PRODUK SHAKLEE 
TESTIMONI : SHARIFAH NURULKAMARIAH SAYED ABDULLAH




Assalamualaikum,


Saya nak share pengalaman handle anak alami HFMD baru-baru ni. Mulanya dari kakaknya di tadika, tetapi si kakaknya tak lah seteruk adik yang duduk di rumah ni. Tak terfikir pula HFMD akan berjangkit pada adiknya, jadi saya just tumpu pada kakaknya.




HFMD mula berjangkit


Satu pagi tu, sambil-sambil sapu lotion Herbal Blend pada tapak tangan kakaknya, terpandang la kaki adiknya yang dah mula ada tompok-tompok merah, tangan pun dah mula naik sikit-sikit. Lepas balik kerja, keadaan adik bertambah teruk bila tapak tangan, kaki dan mulutnya dah mula ada gelembung – gelembung air.


Pada mulanya kami syak hanya demam campak, tapi bila tengok badannya tak ada sangat gelembung air tu. Untuk kepastian kami pun terus bawa ke klinik, dan doktor sahkan memang HFMD. Kami hanya dapatkan ubat titis dalam mulut sahaja kerana nak cuba dengan Shaklee dahulu.


Nutriferon, Herbal blend, Omega guard & Vitalea for kids


Malam tu juga, saya bekalkan Aleesha Nutriferon 1 sachet dan sapukan lotion Herbal blend sebelum tidur. Alhamdulillah malam tu dia tidur tanpa gangguan.

Untuk keesokan harinya, saya sapukan dia dengan lotion Herbal Blend selepas mandi dan bekalkan Vitalea for Kids selepas breakfast. Kebetulan kakaknya ada hari sukan pada hari tu, jadi saya terpaksa bawanya sekali, dan keadaan bertambah teruk bila dia dah berpeluh-peluh dan tangan tak berhenti menggaru. Kalau dibiarkan maunya berdarah-darah nanti, jadi saya cuba bagi dia Omega Guard, kekerapan menggaru tu dah berkurang nampaknya.




Gelembung air semakin surut dan hilang selepas 3 hari


Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten amalkan Nutriferon, Vitalea for Kids, Omega Guard & lotion Herbal Blend, gelembung-gelombung air di tangan & kaki dah mula hilang sikit-sikit dan parut pun tiada. Kalau diikutkan pergiraan doktor, HFMD ni biasanya akan hilang dalam masa 5-6 hari tapi bila dah recover cepat dari biasa ni syukur sangat-sangat.



Terima kasih Allah menemukan saya dengan Shaklee. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa.  semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat. Membesar menjadi anak yg soleh & solehah.  Aaminnn.


PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.




Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh: