Showing posts with label makanan yang mengandungi vitamin e. Show all posts
Showing posts with label makanan yang mengandungi vitamin e. Show all posts

Wednesday, 22 November 2017

5 TIPS CERAHKAN KULIT MUKA TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA




Terdapat pelbagai produk dipasaran yang dapat membantu mencerahkan kulit wajah. Namun, anda harus berhati-hati dalam membuat pilihan kerana sesetengah produk mempunyai bahan kimia yang terlarang dan merbahaya. Tersilap memilih produk akan mengakibatkan kulit wajah akan rosak.

Bagi anda yang nak cerahkan kulit wajah, kenal pasti dahulu punca yang menyebabkan kulit kita menjadi gelap. Mungkin faktor sunburn ketika bersukan, faktor terdedah sinaran matahari yang terlalu lama di tempat kerja dan lain-lain faktor punca kulit menjadi gelap. Setelah dapat dikenalpasti, barulah senang kita mencari jalan penyelesaiannya.

Dibawah saya kongskan tips untuk mencerahkan kulit tanpa perlu menggunakan bahan berbahaya.

5 TIPS MENCERAHKAN KULIT

1. Skrub Tomato

Cara putihkan kulit yang pertama adalah dengan menggunakan tomato. Selepas anda mencuci muka dengan bersih ambil sebiji tomato dan di belah dua, gosok dan sapukan tomato tadi ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih,


2. Minum Air Putih Secukupnya


Apabila tubuh mendapat air yang cukup, kulit juga kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi. Minum air sekurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman dapat berfungsi dengan baik.


3. Air Beras


Air bilasan dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Caranya mudah sahaja ambil air bilasan tadi dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari.


4. Yogurt Asli

 



Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu.



5. Vitamin

Makan vitamin yang bersesuaian dapat membantu mencerahkan kulit. Shaklee juga mempunyai vitamin yang dapat mencerahkan kulit. VITAMIN E SHAKLEE membantu dalam mencerahkan kulit.

Antara kebaikan vitamin e Shaklee untuk kulit ialah:

  • Mengurangkan Kesan ‘Sunburn’
  • Meningkatkan Ketegangan Kulit
  • Mengurangkan Garis Halus dan Kedutan
  • Mengatasi Kulit Kering
  • Menghilangkan Parut

Di bawah saya kongsikan testimonial bagaimana vitamin e membantu pengguna mencerahkan kulit tanpa perlu menggunakan bahan merbahaya.


TESTIMONI: NOR RUZANNA HANEE


Assalamualaikum

Saya Nor Ruzanna Hanee atau lebih manja dipanggil sebagai ana. Dulu-dulu orang panggil saya dengan gelaran ‘dayang senandung', mula-mula tu ok la tapi lama-lama terkesan plak rasanya orang panggil macam tu.. dalam hati Allah je tau betapa sedihnya. Macam-macam usaha saya lakukan nak hilangkan kulit kusam dan berminyak ni sampaikan kulit saya jadi sensitive akibat tersalah menggunakan produk..

Then takdir Allah saya dipertemukan dengan Shaklee. Permulaan saya consume Vitamin E Shaklee ni masa tu Vitamin C Shaklee tiada di pasaran, nak kena tunggu lama then saya decide nak guna vitamin E Shaklee. Masa tu bajet ciput tapi setelah ditambah tolak bahagi saya beli, lagipun Vitamin E ni tahan 4 bulan sebab pengambilannya sebiji je sehari.Bonus lain, Vitamin E ni boleh dijadikan masker, jimat kan hehe.

Alhamdulillah kini , kulit wajah saya beransur hilang kusamnya plus dah kurang berminyak dengan pengambilan Vitamin E secara konsisten. Tona kulit pun menjadi sekata and tiada lagi yang memangil saya dengan gelaran ‘dayang senandung'..





********************************************************


PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.



Untuk response yang pantas anda juga boleh:



Tuesday, 7 November 2017

CARA PENJAGAAN KULIT WAJAH AGAR BERSERI DAN CANTIK



Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan panduan untuk menjaga kulit wajah baik secara moden mahupun secara tradisional. Semuanya terpulang individu untuk memilih cara yang paling sesuai dan terbaik unuk kulit wajah mereka.

Di bawah saya kongsikan beberapa cara untuk penjagaan kulit wajah agar kekal berseri dan cantik.


CARA PENJAGAAN KULIT WAJAH


1. Cuci muka sebelum tidur malam

Sebelum tidur seeloknya bersihkan muka anda daripada kotoran-kotoran tersebut untuk mengelakkan timbulnya jerawat. Jangan tidur tanpa menanggalkan make up untuk mengelakkan pori-pori dalam wajah sukar

2. Cuci muka lepas bangun tidur pada waktu pagi

Sepanjang waktu anda tidur juga kulit wajah anda akan mengeluarkan kotoran-kotoran dari muka anda dan akan terkumpul di sekitar wajah anda jadi anda harus mencuci kotoran yang terkumpul tersebut.

3. Bilas muka dengan sempurna

Selepas mencuci muka pastikan muka anda dibilas dengan sempurna. Jangan biarkan kesan sabun yang masih melekat pada wajah kerana kesan sabun itu mengandungi kuman dan akan membahayakan kulit wajah.


4. Kurangkan menyentuh muka

Kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman. Seelok-eloknya cuci tangan anda dengan air atau hand sanitizer sebelum menyentuh muka. Tangan yang kurang bersih akan menyebabkan timbul keradangan pada kulit muka dan jerawat.


5. Minum air kosong secukupnya dalam sehari

Pengambilan air kosong sekurang-kurangnnya 8 gelas sehari membantu untuk menghidratkan kulit wajah dan menyingkirkan bahan toksik dalam badan. Bahan toksik boleh menyebabkan jerawat pada muka jadi banyakkan pengambilan air kosong dalam seharian anda.

6. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Nutrisi dan zat-zat tersebut mempunyai vitamin yang membantu mencantikkan kulit dan menyihatkan kulit seperti lemon, limau nipis, tomato dan sebagainya.


7. Makan vitamin/suplemen

Memakan vitamin atau suplemen bukanlah satu perkara yang wajib, namun ia menjadi pilihan kerana gaya hidup yang sangat sibuk pada masa kini. Namun harus diingat, pemilihan vitamin/ supplemen hendaklan mempunyai cirri-ciri yang selamat, berkesan dan semulajadi.


Shaklee mempunyai beberapa vitamin yang sesuai dan selama di makan untuk menjaga kecantikan kulit wajah.




Esp Shaklee adalah pelengkap untuk kecantikan kulit kerana ianya mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tahukah anda, protein membantu menghasilkan collagen dalam badan dan seterusnya membantu memastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjamin.



Vitamin C Shaklee juga dapat menghasilkan kollagen dalam badan. Untuk anda yang tidak mampu consume Collagen Powder Shaklee, yess, ambillah Vitamin C Shaklee. Di samping sebotol Vitamin C Shaklee tahan sehingga 6 bulan, ianya akan membantu kulit mendapatkan tona yang sekata. Dan ternyata dengan pengambilannya secara konsisten akan menjadikan kulit lebih glowing dan radiant.


Vitamin E Shaklee mempunyai radikal bebas dengan ekstrak grape seed lagi dapat menjadikan kulit tampak lebih muda. Vitamin E Shaklee memang terbukti dapat menghilangkan parut dan mengatasi masalah blackhead dan whitehead. Ianya juga boleh dijadikan masker harian. Pengambilan Vitamin E Shaklee secara ternyata membuatkan kulit wajah lebih licin berseri. Sebotol Vitamin E Shaklee tahan 4 bulan tau.

B Complex Shaklee mengandungi set lengkap Vitamin B( 8 jenis). Wajah lebih glowing dan tidak kusam. Disamping sebotol B Complex Shaklee tahan sehingga 4 bulan ianya juga sebagai anti stress yang dapat mengelakkan jerawat batu dan jerawat biasa tumbuh di kulit wajah. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:





Tuesday, 6 June 2017

PUNCA JERAGAT DAN CARA MENGATASINYA


Jeragat (secara perubatan dikenali sebagai open comedo) adalah bonggol kuning atau kehitaman atau tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris. Disebalik kepercayaan umum bahawa ia disebabkan oleh keadaan kurang bersih, jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum. Bahan di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kelenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida.  (Wikipedia)

PENYEBAB JERAGAT (kredit:womenonlinemagazine)


Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit sependapat bahawa kehadiran jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

  • Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.

  • Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.

  • Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.

  • Keturunan 
Akibat daripada genetik.


Hilangkan Jeragat dengan Vitamin Shaklee

Antara cadangan vitamin untuk menghilangkan jeragat dari dalaman adalah:


Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan prosespenuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi dan ini membantu mengurangkankejadian jeragat.


Vitamin E : membantu keseimbangan hormon dan dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat.

ESP (Protein) : sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit mati dan kekerapan kejadian jeragat.


GLA Complex : dapat melambatkan menopaus dan melegakan simpton menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tona kulit yang sekata dan justeru kulit tampak lebih muda.

Cadangan pencuci muka untuk menghilangkan jeragat dari luaran adalah:

Gentle Deep Foaming Cleanser

·                     Membersihkan dan menyegarkan kulit
·                     Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
·                     Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
·                     Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
·                     Lembut dan menyegarkan


TESTIMONIAL HILANGKAN JERAGAT DENGAN SHAKLEE

TESTIMONI:ZARITAA BT MAT SALEH



Assalamualaikum... nama saya Nor Zaritaa bt Mat Saleh , berusia 31 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Semasa mengandungkan anak ke dua, suami menegur kulit saya banyak bintik-bintik hitam (jeragat) dan mengesyorkan saya menggunakan produk kecantikan untuk memutihkan dan menghilangkan jeragat.. Oh tidakkk!!! Saya betul-betul sentap kerana suami saya bukan lah jenis yang suka komen...Tapi seandainya dia memberi komen maksudnya perkara tersebut benar-benar serius. Mulanya saya buat endah tak endah kerana saya fikir mugkin alahan masa mengandung. 

Hanya sekadar mencuci muka

Tapi dalam masa yang sama, ada juga saya risik kawan-kawan ditempat kerja dan mereka sarankan agar saya buat rawatan muka.... uhhh...lg saya tertekan sebab saya tak ada masa nak buat rawatan muka. Lama kelamaan saya buat endah tak endah je dengan masalah kulit saya. Mungkin kerja saya yang banyak terdedah kepada matahari buatkan kulit saya berjeragat. Lagi pula, saya tak pakai apa-apa protection untuk kulit. Hanya pakai pencuci muka yang dijual di pasaraya dan bedak compact. Keadaan ini membuatkan kulit saya makin teruk dan berminyak terutamanya menjelang tengahari.

Kulit muka semakin teruk selepas bersalin

Selepas bersalin, saya ingtkan kulit muka saya akan pulih. Tapi makin teruk. Dahla berjeragat, kulit menjadi kering sehinggakan kalau saya pakai bedak compact nampak tak sekata dan menggerutu....Mujurlah cuti bersalin 3 bulan. Jadinya saya tak keluar sangat kecuali ada urusan penting. Masalah kulit masih berlarutan sehingga bulan ke dua selepas bersalin. Masa tu baru saya teringat yang saya ada beli VITAMIN C shaklee (dalam set berpantang).Saya mula makan setiap hari dan bersama-sama ESP. Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. Kulit saya tak lagi kering tapi jeragat masih ada. Saya malu dengan suami.Setiap kali kalau nak keluar dengan suami, saya akan ambil masa yang agak lama untuk bermakeup.... tapi hasilnya mcm opera cina kata suami.....putih bedak sesaje.... Kecik hati saya... 

Vitamin E, ESP, Vitamin C dan Pencuci muka Nutriwhite

Sebelum mula kerja selepas cuti bersalin saya beli foundation. Mula-mula pakai macam ok, tapi lama kelamaan muka saya jadi berminyak. Ini menyebabkan jeragat bertambah banyak. Walaupun saya cuba tutup dengan bedak masih boleh nampak jika muka mula berminyak. Jalan terakhir, saya beli VITAMIN E atas nasihat kakak kesayangan Kak Suhaila kat tempat kerja.Siap saya tunjuk lagi jeragat-jeragat yang bertempek kat muka. Kebetulan masa tu VITAMIN E tengah promosi. Jimat duit . Dalam masa yang sama, saya juga gunakan NUTRIWHITE CLEANSER yang saya dapat percuma dari pertandingan yang saya sertai. Jadinya saya menggunakan ikhtiar dengan ESP, VITAMIN C, VITAMINE dan NUTRIWHITE CLEANSER tu serta tawakal kepada Allah. 

Tiada lagi kulit berminyak dan menggdrutu

Alhamdulillah, setelah makan VITAMIN E beberapa minggu kulit saya tak lagi berminyak pada waktu tengahari. Saya bukan sahaja makan VITAMIN E tu..tapi sapu pada muka juga. Syukur alhamdulillah, walaupun baru beberapa minggu makan VITAMIN E berselang-seli dengan ESP dan VITAMIN C saya nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Kulit rasa lebih licin tak menggerutu seperti sebelum ni dan lembut. Jeragat pun mula nampak pudar walaupun belum hilang sepenuhnya.Kulit muka yang dulu berlubang-lubang akibat parut jerawat dah nampak sekata.

Walaupuan saya terdedah kepada matahari tiada lagi garisan kulit terbakar dan yang paling best kalo nak keluar dengan suami... saya tak perlu nak bermakeup tebal-tebal macam opera cina yang dia cakap tu.. adaķalanya saya makeup pun kalau keluar ke tempat berdekatan dengan rumah. Lagi satu.. yang buat saya senyum sorang-sorang bila ada anak murid tegur muka saya nampak 'flawless' ...hehheeh. Semoga saya terus istiqamah bersama vitamin-vitamin saya dan dapat menyelesaikan masalah jeragat yang dialami dengan Izin Allah. 

SEKIAN TERIMA KASIH



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:


Monday, 15 June 2015

Kesan dan gejala kekurangan vitamin E serta sumber makanan yang mengandungi vitamin e



Assalamualaikum, salam sejahtera semua.. Hari ni nak kongsi sedikit info kesan dan gejala kekurangan  kekurangan vitamin E dalam tubuh kita serta sumber makanan yang mengandungi vitamin E. 

Masalah kekurangan Vitamin E biasanya berkait rapat dengan sel badan yang tidak boleh menyimpan lemak sedangkan Vitamin E adalah bersifat larut lemak dan perlukan lemak untk bergerak ke bahagian yang diperlukan dalam badan.

KESAN KEKURANGAN VITAMIN E

Kekurangan Vitamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

GEJALA-GEJALA KEKURANGAN VITAMIN E

•Anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin) 
•Masalah berkaitan system pembiakan 
•Tanda penuaan pada kulit (age spots) 
•Katarak 
•Rambut kering & gugur 
•Kelemahan otot (myopathy) 
•Luka lambat sembuh 
•Kebas kaki (cramps) 
•Penyakit berkaitan usus 

ANTARA SUMBER MAKANAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN E

•Avokado 


•Biji bunga matahari 




•Kacang soya 




•Buah zaitun 


•Badam 




•Labu 




•Kacang buncis 




•Ubi keledek 




•Sayuran hijau 




•Minyak sayuran, minyak zaitun, minyak jagung dan minyak matahari


PERBEZAAN VITAMIN E SHAKLEE


Vitamin E Shaklee terdiri daripada alpha-tocopherol concentrate lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].Tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik

Sekian perkongsian sedikit info dari saya. Bulan nip on (June’15) vitamin e ade promosi tau hehe (klik sini).. sebarang pertanyaan dan pesanan:

Id:908559
012-5932706

fb: hanee’s wardrobe