Showing posts with label ESP SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label ESP SHAKLEE. Show all posts

Monday, 27 November 2017

CARA MENJAGA KESIHATAN KULIT WAJAH DARI DALAM


Bila sebut tentang kecantikan kulit wajah, terdapat pelbagai cara dan petua serta tips-tips yang boleh kita praktik asalkan tidak memudaratkan. Selain dari tips dan petua-petua yang sedia ada, penjagaan kulit wajah dengan mengamalkan pemakanan makanan tambahan ataupun supplemen juga sangat membantu.


cara mencerahkan kulit tanpa bahan berbahaya


Sejajar dengan itu, shaklee memperkenalkan THE RADIANT 4 khas untuk kesihatan kulit wajah dari dalam. The radiant 4 terdiri daripada vitamin-vitamin yang memang dikhusukan untuk membantu kecantikan kulit wajah. Vitamin-vitamin tersebut ialah:

  • ESP shaklee
  • Vitamin C plus shaklee
  • GLA shaklee
  • Collagen powder shaklee


Ada juga yang bertanya perlukah ambil kesemua vitamin ini? JIka mahukan kesan yang optimum, makan pengambilan kesemua ini adalah perlu. Jom kita tengok kebaikan setiap vitamin di dalam set radiant 4 ini.



ESP Shaklee




Seperti yang kita tahu esp shaklee adalah sumber protien yang terbaik. Kenapa kita perlukan protien dalam menjaga kecantikan wajah? Kerana dengan pengambilan protien yang mencukupi membantu kita untuk dapatkan kulit yang sihat berseri tau! Selain itu, ia membantu menghasilkan cell kulit yang sihat, membaiki dan menghasilkan tisu dan cell baru serta membantu penghasilan asid amino glutathione yang membantu menghalang kerosakan kulit akibat terdedah kepada sinaran matahari.



Vitamin C plus shaklee



Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin c jadi nak tak nak kita kena mengambil makanan yang mengandungi vitamin c. Vitamin c bertindak sebagai agen anti-oksidan yang membantu kulit dari kerosakan akibat radikal bebas.  Vitamin c juga membantu:

  • mengurangkan kedutan dan melembapkan kulit wajah
  • membantu penghasilan kolagen
  • membantu mepenyembukan luka


GLA shaklee


Kulit yang sihat juga bergantung kepada lipid kulit terutamanya Gamma-linolenic acis ataupun GLA. Acid ini memainkan peranan yang penting untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah juga membantu mengatasi keradangan kulit.



Collagen powder shaklee


Kolagen juga merupakan struktur penting kepada kulit kita. Ia membantu mengekalkan keanjalan dan membantu menghalang kedutan, parut dan pengenduran kulit wajah. Kolagen boleh dihasilkan oleh badan kita namun penghasilan kolagen akan mengalamai kekurangan sejajar dengan peningkatan umur. Jadi pengabilan collagen powder shaklee sangat membantu menambahkan kolagen yang diperlukan oleh tubuh kita terutamanya untuk kulit wajah.


Pengambilan set radiant 4 ini membantu untuk membina, memadatkan, menjaga dan melembapkan kulit. Bagaimana nak dapatkan set ini? Mudah sahaja.. Anda boleh follow cara di bawah.


PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:



Sunday, 19 November 2017

RESEPI SOYA VANILA SHAKLEE KEGEMARAN SAYA


Umum dah mengetahui bahawa esp shakkee merupakan hot produk pilihan especially bagi kaum wanita. Ia berperisa soya vanilla melazatkan lagi rasanya.

Saya suka bancuhan esp shaklee secara plain iaitu tidak mencampurkannya dengan minuman lain kerana saya memang penggemar soya dan penggemar perasa vanila.  Cara bancuhan plain  ini sangat mudah dan cepat disediakan. 


Biasanya saya masukkan 2 scoop atau 2 sudu besar esp kedalam shaker dan air sejuk, kemudian shake kan sahaja dan sedia diminum.. mudah kan? Jika anda nak minum suam, anda perlu masukkan air sejuk dahulu baru tuang air yang panas ye.

Walaupun mempunyai rasa vanila, ada juga yang menambah lagi rasa mencapurkannya dengan minuman kegemaran masing-masing. Dibawah ini saya kongsikan pula antara resepi-resepi esp shaklee yang anda boleh cuba. 

Protien oreo smoothie

Tropical pine-o smoothie

Avocado protien shake

Mangosteen energizer

Mango yogurt smoothie


Papaya ginger protien smoothie

Vitamin c booster smoothie


Selamat mencuba.. 

Perhatian: Jangan campurkan esp shaklee dengan minuman berkabonat, teh, kopi dan nescafe kerana akan menghilangkan khasiatnya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Untuk response yang pantas anda juga boleh:




Wednesday, 8 November 2017

Kenapa Parut Jerawat Susah Nak Hilang




Parut jerawat di wajah boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri di khayalak ramai.  Punca parut jerawat pula ialah pengeluaran kolagen yang tak sekata lepas kulit anda cedera. Bila kurang kolagen, parut akan nampak berkawah sebab sel tak diganti dengan cukup. Selain itu terdapat beberapa perkara yang anda harus tahu sebab kenapa parut jerawat susah nak hilang.


Kenapa Parut Jerawat Susah Nak Hilang

1. Kekurangan Protein -  Apabila anda kekurangan protein, ia menyebabkan sel kulit mengalami kesukaran untuk membina sel yang baru untuk menutup kembali lubang-lubang parut serta sukaruntuk membaiki sel rosak.

2. Kekurangan Vitamin C – Seperti yang kita tahu, badan kita tak mampu menghasilakn vitamin sendiri melainkan melalui pengambila makanan. Vitamin C sangat penting untuk kulit di mana ia mampu menghasilkan kolagen untuk membaikpulih kulit yang berparut, yang berkedut serta mampu mencerahkan kesan-kesan lebam parut. 

3. Toksin Dalam Badan - Toksin dalam badan juga adalah salah satu sebab lambatnya proses baikpulih sel kulit. Jadi untuk membuang toksin anda perlu detoks badan anda dahulu.

4. Kafein - minuman berkafein juga melambatkan proses baikpulih sel kulit.

Di bawah saya kongsikan cara bagaimana Puan Nurul menghilangkan liang-liang pori dan parut jerawat.



TESTIMONI: NURUL ZUNORAIN JAAFAR

[ LIANG-LIANG PORI MENGECIL DAN PARUT JERAWAT HILANG ]

Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang mengamalkan Vitamin hebat Shaklee ini.

Sebelum ini saya mengambil set vitamin Shaklee untuk menghilangkan jerawat, tetapi secara tidak langsung saya sedar parut-parut jerawat saya cepat pudar dan hilang.

Ini adalah antara set vitamin yang saya ambil bagi memastikan kulit saya seimbang.
 ESP Shaklee
 Vitamin C
 Vitamin E

Kombinasi antara Vitamin E + Vitamin C + Esp sangat-sangat superb hasilnya. Saya juga menggunakan Vitamin C sebagai masker pada waktu pagi dan Vitamin E sebagai masker diwaktu malam.

Hasilnya setelah mengamalkan vitamin tersebut adalah : 
 Liang2 pori di wajah saya yang besar dahulu akibat kesan jerawat kini semakin kecil dan tertutup.
 Blackhead & Whitehead berkurang
 Ketika saya mengenakan bedak di wajah juga kelihatan lebih rata dan flawless.
 Tak perlu belanja yang besar untuk mencari produk-produk yang mahal.
 Kini saya kurang ke mana2 spa untuk membuat facial,kerana kulit saya kini tidak seperti dahulu yang banyak dengan masalah.
 Kulit saya bertambah sihat dan anjal.
 Saya tidak lagi terpengaruh dengan lambakan produk yang merbahaya di luar sana
 Kulit kekal lembap dan lembut serta tidak berminyak 
 Kurang mengenakan mekup yang tebal dan merimaskan
 Kulit sihat secara semulajadi 
 Tampil lebih yakin

Hanya dengan vitamin Set Kecantikan Shaklee saya dapat mengembalikan kulit remaja saya yang dahulu di mana pernah dirosakkan oleh bahan-bahan kimia yang melekat di wajah saya kerana berpikiran singkat untuk tampak cepat cantik sebelum ini.

Apabila saya mula mengenali vitamin Shaklee baru saya sedar sebenarnya kecantikan luaran itu perlulah terlebih dahulu kita mengutamakan penjagaan dalaman . Yakni dengan mengkonsume vitamin yang cukup mineral, antioksidan, membantu penghasilan kolagen dan reproduktif. Mencegah itu lebih baik daripada merawat

Sekian sahaja perkongsian dari saya,segalanya adalah asbab untuk kita berikhtiar selebihnya Allah jualah yang mengizinkan. In Sha Allah.

P/s ringkas : Pilihlah bahan-bahan semulajadi yang selamat digunakan.


Semoga perkongsian daripada puan nurul ini bermanfaat untuk kita semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:





Thursday, 8 June 2017

CARA HILANGKAN PARUT STRETCH MARKS



Stretch Marks berlaku di mana kulit mengalami regangan yang terlampau. Stretch Mark kebiasaaannya berlaku di perut, paha, punggung dan juga di bahagian payudara. 


CARA HILANGKAN PARUT STRETCH MARKS 

1.MINYAK ZAITUN


Seelok-eloknya, gunakan minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E di dalamnya. Lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan yang mempunyai kesan stretch mark.


2.ALOE VERA

 


Aloe vera mempunyai ciri khusus untuk merawat dan memperbaiki kulit kita. Sebab itulah apabila seseorang mengalami luka atau kegatalan, penggunaan aloe vera amat disyorkan.


3.MADU

 



Madu mengandungi pelbagai ciri antiseptik yang dapat membantu memulihkan kulit daripada parut stretch mark.


Anda boleh menyapukannya secara terus kepada parut stretch mark. Sambil menunggu ianya kering, lakukan urutan lembut pada bahagian tubuh tersebut. Bilas seperti biasa dengan air suam dan ulangi langkah ini setiap hari.


4.KENTANG

 



Menurut sumber, kentang mengandungi phytochemicals, polyphenols, dan carotenoids yang membantu memperbaiki tekstur kulit.


Caranya, potongkan sebiji kentang kepada 2 dan sapukan bahagian isi kentang kepada bahagian tubuh yang terdapat parut stretch mark. Biarkan seketika sehingga jus kentang meresap sepenuhnya ke dalam tubuh sebelum dibilas dengan air suam.


5.ESP SHAKLEE


ESP merupakan sumber protein yang baik. Protein ni amat penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit kita serta membentuk ‘elastic fiber’ untuk penegangan kulit. Ia juga membantu untuk memudarkan parut akibat stretch mark.



TESTIMONIAL PUAN NURUL HAZWANI HAMZAH - PARUT STRETCH MARKS HILANG SELEPAS AMALKAN ESP 



Stretch marks. Ramai ibu2 yang mengalami masalah ini sepanjang kehamilan, terutama sekali apabila kandungan mencecah 8 bulan ke atas. Rasa stress setiap kali terpandang rekahan pada kulit yang dulu licin dan sekata.


Mengalami stretch mark sewal alam remaja



Untuk saya, saya mengalami stretch mark jauh lebih awal. Seawal menjengah alam remaja; 13-14 tahun. Awal kan? Saya dulu, sangat kurus sewaktu di sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ditambah dengan perubahan hormon, (baru nak up orang kata) saya mula dapat berat seimbang.

Tapi kesannya, saya mula perasan terdapat stretch marks pada kawasan-kawasan tertentu pada tubuh saya. Gelap dan hodoh. Memang sebagai remaja, saya akui saya rasa sangat rendah diri. 
Masalah ini tidak pernah selesai, sehinggalah bertahun-tahun kemudian.

Mencuba ESP Shaklee



Suatu hari, kalau tak silap pada 2012, Master Hadha perkenalkan saya dengan ESP. Asalnya beliau beri saya cuba segelas di rumahnya. Kata Master Hadha, bagus untuk lapik perut sambil boleh meningkatkan metabolisme, maklumlah saya bekerja shift adakalanya makan tak menentu lagi pula letih melayan Adam Dzikri yang baru menginjak 2 tahun masa tu.

Seteguk saya rasa, mm sedap. Saya beli 1 canister ESP dengan harapan siapa tak nak kurus kan? Hehe

Pada suatu hari, lebih kurang 2 bulan selepas mengamalkan ESP, saya perasan yang garisan gelap stretch marks pada tubuh saya semakin pudar. Eh, biar benar, detik hati saya. Untuk kepastian, saya hubungi Master Hadha. Alhamdulillah, memang betul rupanya. Haruslah saya teruja dan konsisten terus minum ESP.

Keyakinan diri makin bertambah



Rupanya boleh berkurang kesan stretch marks ni ye. Sekarang dah masuk tahun ke 4 saya mengamalkan ESP. Kesan rekahan pada kulit saya hampir- hampir tak kelihatan. Secara tak langsung keyakinan diri pun bertambah, sampaikan nak bercakap depan orang ramai pun rasa yakin je. 

Seronok sangat





PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:




4 JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU MEMBERI TENAGA KEPADA IBU HAMIL





Ibu-ibu hamil memerlukan tenaga untuk rutin harian mereka. Selain dari mendapatkan rehat yang cukup, makanan yang diambil juga menyumbangkan tenaga buat ibu-ibu hamil.  Dibawah, saya kongsikanantara  4 jenis makanan yang membantu memberikan tenaga kepada ibu-ibu hamil.

4 JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU MEMBERI TENAGA KEPADA IBU HAMIL

1.Tofu


 Kaya dengan protein, iron, kalsium, dan magnesium dan juga  kaya dengan Vitamin A dan  Vitamin K .

2.Prunes


Diperkaya dengan fiber yang membantu dalam sistem perkumuhan semasa mengandung.  Ia juga adalah sumber tenaga segera.


3.Kurma


Juga merupakan  salah satu sumber pemberi tenaga. Kaya dengan potasium dan serat yang akan dicerna serta merta untuk memberi tenaga segera kepada ibu yang hamil.


4.Susu



Kaya denngan kalsium untuk menguatkan tulang ibu dan juga bayi. Minum susu suam juga akan dapat membantu ibu untuk tidur dengan lena .



RAHSIA PUAN FITRIYATUL ASYIQIN KEKAL BERTENAGAN KETIKA HAMIL

Saya kongsikan rahsia Puan Fitriyatul kekal bertenaga ketika hamil.




Assalamualaikum. Nama saya Fitriyatul Asyiqin binti Mohd Rudin. Berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

Pengalaman saya sepanjang mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 2 saya sangat berbeza berbanding anak sulung saya yang mana masa anak sulung saya mengambil supplemen lain. 

Masalah bleeding sepanjang kehamilan pertama

Sepanjang kehamilan anak ke 2 saya alhamdulillah saya tiada masalah yang besar HB cantik cuma alahan je ada tapi berbeza anak sulung dulu yang mana rahim saya lemah dan terpaksa disuntik ubat kuatkan rahim sejak kandungan berusia 5 bulan dan saya mengalami bleeding sepanjang kehamilan. Aktiviti saya juga terpaksa dikurangkan kerana terpaksa berehat dikatil atas nasihat doktor pakar sakit puan. 

Consume set pre-natal Shaklee

Alhamdulillah sepanjang kehamilan ke 2 saya mengambil fullset Set Hamil Shaklee yang mana mengandungi ESP, Vitalea Multivitamin, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C dan juga Omega Guard. Ianya banyak membantu saya kekal cergas sepanjang 41 minggu usia kehamilan saya. Dan ESP dalam Set Hamil ini juga membantu untuk kesihatan dan kuatkan rahim.

Sehingga ke saat akhir kehamilan saya yang ke 2 ini masih mampu memandu kereta sendiri menghantar dan ambil anak dari sekolah. Sangat berbeza berbanding kandungan pertama dulu yang mana saya rasa ketika kehamilan ke 2 ini saya lebih cergas dan bertenaga.

Dan berat badan saya ketika hamil kali ke 2 ni sangatlah berbeza dengan yang pertama. Yang pertama dulu hampir mencecah 90kg tapi kali ke 2 ni tak sampai pun 80kg.

Anak bebas jaundice

Dan Alhamdulillah sangat anak ke 2 ni tiada masalah jaundice. Saya kategori darah O positif yang mana selalunya dimomokkan tak boleh elak dari masalah jaundice nih. Masa anak sulung saya dulu trauma rasanya hampir sebulan jaundice tak hilang sampailah nak cucuk sebulan baru turun jaundisenya.

Alhamdulillah syukur Ya Allah. Dan kalini saya sedang berpantang dan mengamalkan fullset Set Berpantang Shaklee pula.

Inilah Shaklee Effect saya.


KEBAIKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

Multivitamin(Vita-lea) 
Mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.


B Complex 

Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.



Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) 
Vita C shaklee tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.  



Kalsium(Ostematrix) 


Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki rangsangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggang,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung. Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.


ESP(Energy Soy Protein) 

Esp membantu memberikan ibu tenaga bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.


Nota: Ibu-ibu hamil hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum consume apa-apa vitamin.



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh: