Anda
ada masalah haid tidak teratur? Jangan ambil ringan tentang hal ini ya! Jika
masalah ini berterusan untuk jangka masa yang lama, segeralah berjumpa dengan doctor
untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
Antara
punca/masalah haid tidak teratur:
- Amenorrhoea -
Seseorang wanita yang tidak pernah datang haid pada umur 16 tahun atau
haid berhenti sekurang-kurangnya 3 bulan tetapi tidak mengandung. Ia bukan
penyakit tetapi ia di mungkin disebabkan oleh tekanan perasaan, terlebih
bersenam, gangguan pola pemakanan (seperti anorexia), masalah hormon makan
dan PCOS. Rawatan Amenorrhoea ialah dengan
mencari punca masalah tersebut. Contohnya terlalu kuat bersenam, anda
perlu kurangkan aktiviti bersenam. Jika mempunyai masalah berat badan,
anda perlu mengurangkan berat badan. Gaya hidup perlu di ubah.
- Oligomenorrhoea
- Haid datang dalam kitaran 35-90 hari (kitaran normal 28 hari). Ini di
sebabkan pengambilan pil hormon perancang dan ia berlaku kepada wanita
yang menyusukan anak anak kerana hormon prolaktin tinggi di dalam badan.
Pesakit PCOS juga mempunyai Oligomenorrhoea. Kebanyakkan remaja mempunyai
masalah ini sebelum kitaran haid betul-betul tetap. Keadaan ini tidak
membahayakan kerana hanya berkaitan keseimbangan hormon. Apabila berhenti
mengambil pil perancang atau menyusukan anak, insyallah haid pasti normal.
- Ovari pra-matang
- Kilang Ovari berhenti mengeluarkan telur/ovum sebelum sampai waktunya.
Contohnya, seorang wanita yang berusia 25 tahun tidak datang haid kerana
Ovarinya telah menapous. Keadaan ini agak menakutkan bagi wanita yang
inginkan cahaya mata. Jangan tidak percaya ovari juga boleh tua sebelum
waktunya. Proses kehamilan agak sukar tetapi masih boleh di cuba dengan
cara lain. Doktor selalunya akan memberikan pil hormon estrogen dan
hormon-hormon lain bagi membantu ovari wanita mngeluarkan telur seperti
biasa.
- Fibroid rahim - Fibroid rahim adalah
tumor tetapi bukan kanser. Ia selalu terjadi kepada wanita yang pernah
melahirkan anak. Ia terjadi disebabkan terdapat darah haid tidak habis
keluar atau darah nifas yang tidak di keluarkan dengan habis semasa proses
berpantang. Ada wanita walaupun mempunyai fibroid masih lagi boleh
mengandung tetapi ada sesetengah wanita tidak boleh hamil secara
semulajadi. Tanda-tanda fibroid rahim ialah haid yang berpanjangan dan
sakit senggugut yang kuat. Selalunya rawatan yang di cadangkan ialah dengan
pemberian ubat melegakan kesakitan, melambatkan atau menghentikan
pertumbuhan fibroid. Pembedahan juga boleh di lakukan untuk membuang
fibroid.
- Endometriosis - Ia berlaku apabila tisu yang biasanya tumbuh di dalam rahim tetapi ia berkembang di luar rahim. Endometriosis menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa awal period. Endometriosis juga boleh menyebakan kemandulan. Antara rawatan yang di syorkan ialah pil tahan sakit, pil hormon atau pembedahan. Walaubagaimanapun bagi pasagan yang mahukan cahaya mata rawatan secara IVF (persenyawaan in vitro) boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.
- Dysmenorrhoea - Mempunyai sengugut yang teruk. Walaubagaimanapun ia tidak serius tetapi masih perlu di beri perhatian kerana di takuti berlaku di sebabkan jangkitan, endometriosis atau sista ovari.
(kredit:
sweetmom83.blogspot.my)
Antara tips yang dapat membantu melancarkan haid:
1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang -Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.
2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat - Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.
3. Amalkan gaya hidup sihat -Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.
4. Elakkan stress- Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata. Dalam masa sama perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih bermakna.
5. Ambil ubat ikut jadual - Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.
6. Supplemen vivix-Vivix sangat membantu wanita Khususnya masalah dalaman termasuk proses haid.
Ia antioxidant yang menstabilkan hormon wanita. Mengurangkan tekanan oksidasi dalam badan yang selalu menyumbang masalah hormon.
MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE
Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur
32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk
Shaklee telah saya gunakan seperti Alfafa, GLA, Omega, B-Complex, vitamin C,
Vitalea dan kalau boleh disenaraikan semua laa.
Masalah yang saya hadapi sejak dari bujang lagi
ialah masalah haid tidak teratur. Kadang berpanjangan dan kadang langsung tak
datang berbulan-bulan. Kalau yang berpanjangan pula bukan seminggu lebih tetapi
kadangkala sebulan lebih haidnya. Dalam waktu yang sama saya sedang berusaha
untuk hamil, dan bagaimana untuk hamil kalau haid pun tidak teratur. Kalau haid
tidak teratur, nak tahu waktu subur pun susah.
Masalah ini memang mengganggu saya dan suami,
maklumlah umur semakin meningkat. Usia perkahwinan pun sudah memasuki 6 tahun
& masih belum dikurniakan zuriat. Segala usaha telah dilakukan oleh kami
berdoa, perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan Islam dan segala
jenis ubat telah saya telan.
Emosi juga sedikit terganggu. Tipu la kalau tidak
terasa bila melihat kawan-kawan, saudara mara dengan anak-anak mereka. Tapi
saya harus kuatkan diri sendiri,selalu berkata dalam hati “Allah belum
kurniakan aku rezeki anak mungkin kerana Dia merasakan kami belum bersedia
ataupun Dia akan memberikan kami rezeki lain dahulu”.
Dulu saya pernah mengandung, tapi Allah lebih
sayangkan anak syurga saya itu. Baby boy yang sangat comel & kalau ada dia
sudah berumur 5 tahun. Redha dengan kehilangan nya dalam hati hanya Allah yang
tau.
Tapi apa yang saya nak share ni adalah cerita yang
berlaku pada tahun ini dan pilihan yang telah saya buat setelah sekian lama
mengetahuinya. Saya telah mengambil keputusan utk mencuba VIVIX produk yang
paling hot keluaran Shaklee. Bermula pada awal tahun 2016,saya telah
mengamalkan Vivix setiap hari sebelum tidur tanpa skip walaupun sehari. Sebelum
ni pun memang saya mengamalkan ViVix tapi tidak konsisten la.
Pada bulan Januari saya telah period selama sebulan
dari 14.1.2016 sehingga 16.2.2016(35 hari) mungkin darah-darah lama yang
tertinggal didalam. Amat merisaukan juga sebab terlalu lama dan saya telah
pergi berjumpa doctor. Melalui scan doktor memberitahu cyst telah timbul
kembali sebesar 2.5cm dan beliau memberikan ubat berhentikan darah.
Selalunya apabila doctor memberikan ubat, saya
memang TIDAK AKAN makan ubat tersebut. Tetapi setelah dipaksa, saya hanya makan
1 hari sahaja dan haid berhenti, kuat sungguh ubat ni kan. Saya percaya,sangat
tak bagus kalau ubat yang bagi kesan yang sangat segera ini. Selepas itu, saya
terus tak nak ambil apa-apa ubat sintetik lagi dan let see the next flow.
Pada 9.3.2016 haid kembali hadir dengan banyaknye
dan stop setelah 7 hari. Wahhh…sedikit kagum kerana tidak berpanjangan lagi.
Bulan 4 masih menantikan kehadirannya tapi tiada rezeki dan haid turun semula
pada 17.5.2016 dan stop pada 24.5.2016. Wahhh….so amazing cuma 8 hari,
perkembangan yang baik dan senyum semakin melebar.
Kitaran haid saya dah semakin stabil dan normal
& ini memang tujuan utama saya adalah untuk membetulkan kitaran haid. Bila
haid sudah teratur, In Syaa Allah ada rezeki Allah akan makbulkan impian kami.
Check up pada 27/5/16,cyst telah mengecut kepada 1 cm.
Alhamdulilah syukur kehadrat mu Ya Allah. Kini
sedang berusaha ber OPK tuk menentukan waktu subur. Dalam masa yang sama sudah
masuk botol ke-2 Vivix. Memang terbaik la Vivix ini, sangat-sangat membetulkan
dalaman saya,sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari alternatif
yang lebih selamat tanpa memudaratkan diri sendiri untuk masa akan datang.
Saya sangat sarankan wanita di luar sana yang
mengalami masalah haid tidak teratur untuk mencuba Vivix. Ia memang terbaik!!
PERTANYAAN ATAU PESANAN?
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.
0 comments:
Post a Comment