Showing posts with label haid tak teratur. Show all posts
Showing posts with label haid tak teratur. Show all posts

Wednesday, 14 June 2017

PUNCA MASALAH HAID TIDAK TERATUR


Anda ada masalah haid tidak teratur? Jangan ambil ringan tentang hal ini ya! Jika masalah ini berterusan untuk jangka masa yang lama, segeralah berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan rawatan dengan segera.


Antara punca/masalah haid tidak teratur:

  • Amenorrhoea - Seseorang wanita yang tidak pernah datang haid pada umur 16 tahun atau haid berhenti sekurang-kurangnya 3 bulan tetapi tidak mengandung. Ia bukan penyakit tetapi ia di mungkin disebabkan oleh tekanan perasaan, terlebih bersenam, gangguan pola pemakanan (seperti anorexia), masalah hormon makan dan PCOS. Rawatan Amenorrhoea ialah dengan mencari punca masalah tersebut. Contohnya terlalu kuat bersenam, anda perlu kurangkan aktiviti bersenam. Jika mempunyai masalah berat badan, anda perlu mengurangkan berat badan. Gaya hidup perlu di ubah.

  • Oligomenorrhoea - Haid datang dalam kitaran 35-90 hari (kitaran normal 28 hari). Ini di sebabkan pengambilan pil hormon perancang dan ia berlaku kepada wanita yang menyusukan anak anak kerana hormon prolaktin tinggi di dalam badan. Pesakit PCOS juga mempunyai Oligomenorrhoea. Kebanyakkan remaja mempunyai masalah ini sebelum kitaran haid betul-betul tetap. Keadaan ini tidak membahayakan kerana hanya berkaitan keseimbangan hormon. Apabila berhenti mengambil pil perancang atau menyusukan anak, insyallah haid pasti normal.

  • Ovari pra-matang - Kilang Ovari berhenti mengeluarkan telur/ovum sebelum sampai waktunya. Contohnya, seorang wanita yang berusia 25 tahun tidak datang haid kerana Ovarinya telah menapous. Keadaan ini agak menakutkan bagi wanita yang inginkan cahaya mata. Jangan tidak percaya ovari juga boleh tua sebelum waktunya. Proses kehamilan agak sukar tetapi masih boleh di cuba dengan cara lain. Doktor selalunya akan memberikan pil hormon estrogen dan hormon-hormon lain bagi membantu ovari wanita mngeluarkan telur seperti biasa. 



  • Fibroid rahim - Fibroid rahim adalah tumor tetapi bukan kanser. Ia selalu terjadi kepada wanita yang pernah melahirkan anak. Ia terjadi disebabkan terdapat darah haid tidak habis keluar atau darah nifas yang tidak di keluarkan dengan habis semasa proses berpantang. Ada wanita walaupun mempunyai fibroid masih lagi boleh mengandung tetapi ada sesetengah wanita tidak boleh hamil secara semulajadi. Tanda-tanda fibroid rahim ialah haid yang berpanjangan dan sakit senggugut yang kuat. Selalunya rawatan yang di cadangkan ialah dengan pemberian ubat melegakan kesakitan, melambatkan atau menghentikan pertumbuhan fibroid. Pembedahan juga boleh di lakukan untuk membuang fibroid.



  • Endometriosis - Ia berlaku apabila tisu yang biasanya tumbuh di dalam rahim tetapi ia berkembang di luar rahim. Endometriosis menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa awal period. Endometriosis juga boleh menyebakan kemandulan. Antara rawatan yang di syorkan ialah pil tahan sakit, pil hormon atau pembedahan. Walaubagaimanapun bagi pasagan yang mahukan cahaya mata rawatan secara IVF (persenyawaan in vitro) boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.
  •  Dysmenorrhoea - Mempunyai sengugut yang teruk. Walaubagaimanapun ia tidak serius tetapi masih perlu di beri perhatian kerana di takuti berlaku di sebabkan jangkitan, endometriosis atau sista ovari.

(kredit: sweetmom83.blogspot.my)




Antara tips yang dapat membantu melancarkan haid:

1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang -Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.

2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat - Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.

3. Amalkan gaya hidup sihat -Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.

4. Elakkan stress- Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata. Dalam masa sama perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih bermakna.

5. Ambil ubat ikut jadual - Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.

6. Supplemen vivix-Vivix sangat membantu wanita Khususnya masalah dalaman termasuk proses haid.



Ia antioxidant yang menstabilkan hormon wanita. Mengurangkan tekanan oksidasi dalam badan yang selalu menyumbang masalah hormon.


MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE 


Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee telah saya gunakan seperti Alfafa, GLA, Omega, B-Complex, vitamin C, Vitalea dan kalau boleh disenaraikan semua laa. 


Masalah yang saya hadapi sejak dari bujang lagi ialah masalah haid tidak teratur. Kadang berpanjangan dan kadang langsung tak datang berbulan-bulan. Kalau yang berpanjangan pula bukan seminggu lebih tetapi kadangkala sebulan lebih haidnya. Dalam waktu yang sama saya sedang berusaha untuk hamil, dan bagaimana untuk hamil kalau haid pun tidak teratur. Kalau haid tidak teratur, nak tahu waktu subur pun susah. 

Masalah ini memang mengganggu saya dan suami, maklumlah umur semakin meningkat. Usia perkahwinan pun sudah memasuki 6 tahun & masih belum dikurniakan zuriat. Segala usaha telah dilakukan oleh kami berdoa, perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan Islam dan segala jenis ubat telah saya telan.

Emosi juga sedikit terganggu. Tipu la kalau tidak terasa bila melihat kawan-kawan, saudara mara dengan anak-anak mereka. Tapi saya harus kuatkan diri sendiri,selalu berkata dalam hati “Allah belum kurniakan aku rezeki anak mungkin kerana Dia merasakan kami belum bersedia ataupun Dia akan memberikan kami rezeki lain dahulu”. 

Dulu saya pernah mengandung, tapi Allah lebih sayangkan anak syurga saya itu. Baby boy yang sangat comel & kalau ada dia sudah berumur 5 tahun. Redha dengan kehilangan nya dalam hati hanya Allah yang tau.

Tapi apa yang saya nak share ni adalah cerita yang berlaku pada tahun ini dan pilihan yang telah saya buat setelah sekian lama mengetahuinya. Saya telah mengambil keputusan utk mencuba VIVIX produk yang paling hot keluaran Shaklee. Bermula pada awal tahun 2016,saya telah mengamalkan Vivix setiap hari sebelum tidur tanpa skip walaupun sehari. Sebelum ni pun memang saya mengamalkan ViVix tapi tidak konsisten la.

Pada bulan Januari saya telah period selama sebulan dari 14.1.2016 sehingga 16.2.2016(35 hari) mungkin darah-darah lama yang tertinggal didalam. Amat merisaukan juga sebab terlalu lama dan saya telah pergi berjumpa doctor. Melalui scan doktor memberitahu cyst telah timbul kembali sebesar 2.5cm dan beliau memberikan ubat berhentikan darah.

Selalunya apabila doctor memberikan ubat, saya memang TIDAK AKAN makan ubat tersebut. Tetapi setelah dipaksa, saya hanya makan 1 hari sahaja dan haid berhenti, kuat sungguh ubat ni kan. Saya percaya,sangat tak bagus kalau ubat yang bagi kesan yang sangat segera ini. Selepas itu, saya terus tak nak ambil apa-apa ubat sintetik lagi dan let see the next flow. 

Pada 9.3.2016 haid kembali hadir dengan banyaknye dan stop setelah 7 hari. Wahhh…sedikit kagum kerana tidak berpanjangan lagi. Bulan 4 masih menantikan kehadirannya tapi tiada rezeki dan haid turun semula pada 17.5.2016 dan stop pada 24.5.2016. Wahhh….so amazing cuma 8 hari, perkembangan yang baik dan senyum semakin melebar. 

Kitaran haid saya dah semakin stabil dan normal & ini memang tujuan utama saya adalah untuk membetulkan kitaran haid. Bila haid sudah teratur, In Syaa Allah ada rezeki Allah akan makbulkan impian kami. Check up pada 27/5/16,cyst telah mengecut kepada 1 cm.

Alhamdulilah syukur kehadrat mu Ya Allah. Kini sedang berusaha ber OPK tuk menentukan waktu subur. Dalam masa yang sama sudah masuk botol ke-2 Vivix. Memang terbaik la Vivix ini, sangat-sangat membetulkan dalaman saya,sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari alternatif yang lebih selamat tanpa memudaratkan diri sendiri untuk masa akan datang. 

Saya sangat sarankan wanita di luar sana yang mengalami masalah haid tidak teratur untuk mencuba Vivix. Ia memang terbaik!!



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:




Thursday, 11 June 2015

6 tips kekal segar ketika haid a.k.a datang bulan



Assalamualaikum, hai semua.

Bersiaran kita hari ni, saya nak kongsikan info bagaimana nak kekal sedar ketika haid. Bila datang bulan/haid memang badan kita akan rasa lemah dan kurang cergas (ni kata kat diri sendiri hehe). Selain dari mengamalkan vitamin-vitamin( macam saya makan Shaklee hehe) untuk kekal cergas, berikut ada beberapa 6 tips atau cara untuk kekal segar ketika bendera ‘merah’..

 6 tips kekal segar ketika haid

1-Gunakan pakaian longgar


Menggayakan pakaian ketat adalah kegemaran  segelintir wanita untuk kelihatan bergaya dan berketerampilan. Namun, adakah anda sedar bahawa dengan berpakaian sedemikian hanya membuatkan tubuh berasa tidak selesa. Lebih-lebih pada waktu menstruasi. Ketika itu, tubuh memerlukan ruang yang cukup untuk bernafas dengan selesa setelah kehilangan banyak darah dalam proses berkenaan. Oleh yang demikian, cubalah belajar mengenakan pakaian longgar ketika diserang ‘bendera merah’.

2-Tidur waktu siang


Cubalah tidur pada siang hari ketika anda sedang menstruasi. Pada waktu berkenaan, tubuh berada dalam keadaan yang penat dan lemas lantaran kehilangan banyak zat besi dalam darah. Oleh itu tubuh memerlukan istirahat yang selesa bagi mengembalikan tenaga yang hilang sekali gus membuatkan diri semakin bersemangat untuk meneruskan aktiviti-aktiviti lain.

3-Mandi air panas


Segarkan tubuh yang keletihan dengan mandi menggunakan air panas. Selain memberikan rasa selesa, tubuh juga menjadi lebih bersih. Nikmati ketenangan sepenuhnya ketika air hangat menyiram tubuh yang tidak bertenaga dan rasailah perbezaannya.

4-Kurangkan garam


Kebanyakan orang gemar menikmati makanan masin dalam menu hidangan mereka. Walaupun menyedari akan bahayanya  namun kerana ‘sayangkan’ rasa sedap, risiko penyakit diabaikan sahaja. Oleh sebab itulah garam perlu dikurangkan pengambilannya terutama sekali sewaktu menstruasi. Dikatakan, masalah kembung perut juga mudah berlaku pada waktu itu.

5-Jauhi daging merah


Daging merah disebut juga makanan yang boleh menambah rasa sakit ketika menstruasi. Malah, pada masa sama boleh mengakibatkan pengeluaran darah yang banyak. Ia perlu dielakkan ketika anda datang bulan. Ambillah makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bagi membuatkan diri lebih segar dan bertenaga.

6-Lakukan senaman


Menstruasi bukanlah halangan untuk menghentikan aktiviti bersenam. Walaupun ada yang beranggapan ia hanya menambahkan kesakitan tetapi jika dilakukan dengan betul dan konsisten, ia boleh bertukar menjadi ubat paling mujarab dan melegakan. 

(Kredit:Nadia Mingguan Wanita)

Jadi, bukalah mata dan cuba mempraktikkan tip-tip di atas sekiranya anda tergolong sebagai individu yang bermasalah sewaktu haid disamping mengamalkan vitamin untuk mengatasi masalah yang anda hadapi. (klik sini untuk cadangan vitamin).


Ok la moga tips ni bermanfaat untuk anda semua ye.. hingga bertemu lagi …… bagi sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee boleh roger saya k J

Id:908559
012-5932706
fb:hanee’s wardrobe


Thursday, 2 April 2015

Atasi masalah haid tidak teratur dengan GLA shaklee yang awesome

Punca utama haid tidak teratur




Kitaran haid yang tidak teratur yang dialami oleh sesetengah wanita tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana kitaran haid yang tidak normal merupakan simpton awal wanita tersebut mempunyai masalah horman yang tidak seimbang.

ika dibiarkan berlarutan, ia mungkin akan menyebabkan sistem peranakan & pembiakan wanita itu menjadi kurang subur dan kesukaran untuk menimbang cahaya mata.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan islam (PUSRAWI) Dr. Adilah AhmatKitaran, "Kitaran haid seseorang wanita sebenarnya dipengaruhi oleh dua hormon iaitu ekstrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon ini berperanan dalam proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan dalam uterus/rahim) untuk kehamilan".

Haid yang normal bagi seseorang wanita itu ialah antara 25-35 hari. Kitaran ini dikira pada hari pertama wanita itu keluar darah sehinggalah sehari sebelum kitaran haid seterusnya. Ada sebahagian wanita mengalami kitaran haid yang panjang lebih daripada 35 hari yang disebut sebagai oligomenorea, manakala kitaran haid yang kurang daripada 21 hari disebut polimenore. Kitaran haid yang panjang iaitu oligomenorea boleh mengganggu kesuburan dan boleh menjadi punca menopaus sebelum masanya. Ini kerana haid tidak teratur terjadi akibat gangguan pada hormon yang boleh mengganggu fungsi ovari atau kilang telur wanita tersebut.

Menurut Dr. Adilah lagi, haid yan tidak teratur disebabkan adanya gangguan semasa proses pematangan dan pengeluaran telur. Gangguan inilah yang menjadi tanda-tanda seseorang wanita yang haidnya tidak teratur menghadapi masalah kesuburan. Haid yang tidak teratur menyebabkan peluang untuk hamil adalah sukar kerana ovulasi tidak berlaku pada pusingan haid tersebut.


Antara punca utama haid tidak teratur ialah:


#Hormon yang tidak seimbang

#Stress/Tekanan mental dan emosi
#Berat badan yang tidak seimbang/ideal (terlalu kurus atau gemuk)
#Pengambilan ubat-ubatan tertentu
#Kekurangan nutrisi penting
#Makanan yang tidak seimbang
#Menghidapi penyakit seperti aneroksia atau bulimia
#tempoh peneyembuhan dari penyakit atau pembedahan.



GLA Complex Shaklee dapat membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.

GLA Complex Shaklee diekstrak daripada biji bunga Borage. Bunga borage ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Kanada. GLA Complex Shakleesangat istimewa kerana kandungan GLA yang terdapat di dalamnya antara 17% hingga 25%. Yang mana kandungan asid lemak omega-6 lebih banyak dari EPO (Evening Primrose oil). GLA di dalam EPO hanya 7% hingga 20%. Apa yang menjadikan GLA Complex lebih  istimewa ialah setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E.

Bunga borage


GLA atau nama panjangnya Gamma Linolenik Asid merupakan sejenis asid lemak Omega-6. Ia digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal.

GLA inilah yang membantu membetulkan dan menstabilkan hormon bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur. GLA juga boleh membantu meningkatkan kualiti lendir servik dan sekaligus menambahkan kesuburan seseorang wanita itu.

Jom tengok video kat bawah ni :) :


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Antara kebaikan lain GLA Complex Shaklee .:
o    Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
o    Membantu meningkatkan kesuburan 
o    Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
o    Membantu dalam menangani menopus
o    Menguatkan kuku dan rambut
o    Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
o    Membantu menangani ekzema 
o    Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
o    Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
o    Menguatkan imuniti tubuh
o    Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
o    Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
o    Mengawal kencing manis dan darah tinggi
o    Mengawal kolesterol
o    Untuk fungsi saraf
o    Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin 
o    Membantu mengecutkan cyst


Untuk tempahan atau pertanyaan:
Id:908559

Fb: hanee’s wardrobe