Bersiaran
kita hari ni, saya nak kongsikan info bagaimana nak kekal sedar ketika haid.
Bila datang bulan/haid memang badan kita akan rasa lemah dan kurang cergas (ni
kata kat diri sendiri hehe). Selain dari mengamalkan vitamin-vitamin( macam saya
makan Shaklee hehe) untuk kekal cergas, berikut ada beberapa 6 tips atau cara
untuk kekal segar ketika bendera ‘merah’..
6 tips kekal
segar ketika haid
Menggayakan pakaian ketat adalah kegemaran
segelintir wanita untuk kelihatan bergaya dan berketerampilan. Namun, adakah
anda sedar bahawa dengan berpakaian sedemikian hanya membuatkan tubuh berasa
tidak selesa. Lebih-lebih pada waktu menstruasi. Ketika itu, tubuh memerlukan
ruang yang cukup untuk bernafas dengan selesa setelah kehilangan banyak darah
dalam proses berkenaan. Oleh yang demikian, cubalah belajar mengenakan pakaian
longgar ketika diserang ‘bendera merah’.
Cubalah tidur pada siang hari ketika anda sedang
menstruasi. Pada waktu berkenaan, tubuh berada dalam keadaan yang penat dan
lemas lantaran kehilangan banyak zat besi dalam darah. Oleh itu tubuh
memerlukan istirahat yang selesa bagi mengembalikan tenaga yang hilang sekali
gus membuatkan diri semakin bersemangat untuk meneruskan aktiviti-aktiviti
lain.
Segarkan tubuh yang keletihan dengan mandi
menggunakan air panas. Selain memberikan rasa selesa, tubuh juga menjadi lebih
bersih. Nikmati ketenangan sepenuhnya ketika air hangat menyiram tubuh yang
tidak bertenaga dan rasailah perbezaannya.
Kebanyakan orang gemar menikmati makanan masin
dalam menu hidangan mereka. Walaupun menyedari akan bahayanya namun
kerana ‘sayangkan’ rasa sedap, risiko penyakit diabaikan sahaja. Oleh sebab itulah garam perlu dikurangkan
pengambilannya terutama sekali sewaktu menstruasi. Dikatakan, masalah kembung
perut juga mudah berlaku pada waktu itu.
Daging merah disebut juga makanan yang boleh
menambah rasa sakit ketika menstruasi. Malah, pada masa sama boleh
mengakibatkan pengeluaran darah yang banyak. Ia perlu dielakkan ketika anda datang bulan.
Ambillah makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bagi
membuatkan diri lebih segar dan bertenaga.
Menstruasi bukanlah halangan untuk menghentikan
aktiviti bersenam. Walaupun ada yang beranggapan ia hanya menambahkan kesakitan
tetapi jika dilakukan dengan betul dan konsisten, ia boleh bertukar menjadi
ubat paling mujarab dan melegakan.
(Kredit:Nadia Mingguan Wanita)
Jadi, bukalah mata dan cuba mempraktikkan
tip-tip di atas sekiranya anda tergolong sebagai individu yang bermasalah
sewaktu haid disamping mengamalkan vitamin untuk mengatasi masalah yang anda hadapi. (klik sini untuk cadangan vitamin).
Ok
la moga tips ni bermanfaat untuk anda semua ye.. hingga bertemu lagi …… bagi
sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee boleh roger saya k J
Id:908559
012-5932706
fb:hanee’s
wardrobe
0 comments:
Post a Comment