Sunday, 12 February 2017

RESEPI IKAN MASAK TAUCU

Assalamualaikum salam sejahtera salam sayang semua..

Korang buat apa hari minggu? Kalo tnya saya .. keje masak and makan jela hehe..


Sebab semalam dah makan ayam, hari ni menu ikan pulak.. godek punya godek petai ais orang bujang ni jumoa taucu cap opah.. apa lagi terus la bersilat masak..



Bahan-bahan:
-Ikan-goreng dulu ye (ikut suka nk ikan apa, temenung boleh, selayang boleh, tenggiri boleh pendek kata ikut selera sendiri)

-taucu (saya guna cap opah)

-bawang merah, bawang putih, halia(hiris halus)

-sedikit minyak

-air (ikut anggaran kuah)

-asam keping(nak guna sam jawa pon boleh)

-cili hijau(belah tak putus) nak add on timun atau tomato pon boleh


Cara-cara:

Masukkan minyak then tumis bahan hirisan. Lepas dah garing masukkan taucu 2 sudu (kalo nknbuat kuah lebih boleh tambahkan lagi taucu). Tumis seketika.. lepas tu masukkan air dan kacau sebati.. masukkan ikan dan cili hijau serta asam keping. Dah mendidih rasa, jika perlu tambah garam.. tak tambah awak garam sebab taucu dan ikan goreng sah ada rasa garam ..


Selamat mencuba :)

0 comments: