Monday 13 February 2017

KENAPA KENA ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN 3 IN 1 UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN



Assalamualaikum

Hai korang.. apa khabar? Hari ni saya nak kongsikan info kenapa kalau kina nak turunkan berat badan kena elakkan mengambil minuman atau makanan instant.

Kalo korang perasan, sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat.

Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi korang tau tak bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi?

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, korang  tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang.

Oleh itu, korang perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi!!!

(kredit: Kevin zahari)

Korang dah Nampak kan kenapa kena elakkan instant ni kalo nak turunkan berat badan. Tapi kalo sekali sekala nak minum tak salah cuma lepas tu kena workout la nak bakar kalori J


0 comments: