Assalamualaikum salam sayang semua..
Hari cuti korang masak apa? Hari ni saya masak mee kari.. dok umah bujang ni apa yang ada kita masak.. bahan tak cukup yang penting masak dengan kasih sayang hehe
Tengok gambo.. ok la kan nama pon mee kri bujang.. meh saya kongsikan resepi.
Bahan-bahan:
-Satu ulas bawang besar, 3 ukas bawang putih dan 1 inci halia(blender)
-kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
-rempah kari ayam dan daging babas(nak guna rempah lain pon boleh)
-santan kotak (kalo ada santan segar lagi ok)
-isi ayam plus tulang sikit baru umph
-daun sup daun bawang
-sedikit minyak
-mee
Bahan lain kalo ade daun kari pastu isi nak letak udang ke ketam ke pon boleh.
Cara nak masak:
1. Panas minyak pastu masukkan kulit kayu manis bunga lawang dan buah pelaga.
2. Next masukkan bahan blender.. tumis sampai air kering sikit. Lepas tu masukkan rempah kari. Saya tak bancuh dengan air terus je masuk dalam periuk, anggaran dalam 4 sudu makan. Lepas tu terus masukkan sedit air dalam setengah cawan. Tumis sampai naik minyak ye.
3. Dah naik minyak masukkan air (ikut nak banyak mana kuah)diikuti isi ayam dengan santan sedikit. Tunggu sampai mengelegak.
4. Ayam dah empuk masukkan santan yang lebih dan sila kacau sampai mengelegak, perasakan dengan garam.
Untuk mee pulak saya cuma celur dengan air panas lepas tu tos kan.
Masa nk makan tu add on hirisan daun bawang dan daun sup.
Mudah kan resepi saya.. selamat mencuba ..
0 comments:
Post a Comment