Assalamulaikum salam
sejahtera semua.
Hari ni entry saya nak
kongsikan sedikit mengenai wanita hamil dan penerbangan menaiki kapal terbang
serta sedikit info penerbangan untuk wanita hamil bagi MAS dan air-asia. Jom
scroll kebawah.
Berdasarkan laporan Kolej
Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), keadaan persekitaran berkaitan
penerbangan boleh menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah
tinggi naik dan sukar bernafas bagi ibu-ibu hamil yang lemah sistem kardiovaskularnya.
Dalam kenyataan yang sama,
ACOG memberitahu, masa paling selamat untuk terbang adalah apabila kandungan
masuk tiga bulan kedua/trimester kedua.
Kebanyakan keguguran berlaku
dalam tempoh trimester pertama manakala trimester ketiga membawa risikonya yang
tersendiri seperti kelahiran pramatang dan lain-lain komplikasi.
Umumnya tiada sebarang
komplikasi pada ibu atau bayi yang dikandung semasa berada di udara. Kecuali
jika berlaku perkara-perkara yang tidak dijangka misalnya kelahiran mengejut
atau kecemasan obstetrik lain.
Andai kata berlaku kecemasan
seumpamanya, bantuan yang dapat diberikan pada tahap minimum. Ini wajib
diketahui oleh semua wanita hamil sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat.
Menurutnya, dalam kes-kes
tertentu penerbangan tidak digalakkan atas sebab-sebab kesihatan bagi
mengelakkan komplikasi akibat kelewatan atau ketiadaan bantuan jika berlaku
sesuatu yang tidak diingini kerana risikonya terlalu tinggi.
Fenomena Tromboembolisme
(VTE)
Keadaan ini menyebabkan
darah membeku di dalam salurannya. Jika tidak bernasib baik, darah beku itu
kemudiannya beralih tempat ke saluran darah di paru-paru lantas menghalang
pengoksigenan.
Ini boleh membawa kepada
kematian mengejut. Fenomena ini pada awalnya lebih kerap berlaku pada wanita
Barat berbanding Timur. Akibat perubahan gaya hidup, pemakanan dan
saiz badan, insidennya diperhatikan meningkat di dalam masyarakat tempatan
khususnya pada wanita hamil berbadan besar.
Di United Kingdom, fenomena
ini digelar Sindrom Kelas Ekonomi berikutan berlakunya beberapa kes yang
melibatkan kematian mendadak wanita muda yang menaiki pesawat kelas ekonomi
dari perjalanan jauh, melebihi 18 jam.
Semasa di dalam pesawat
terutamanya bagi perjalanan jauh, sangat perlu untuk anda bergerak dari tempat
duduk dari semasa ke semasa. Minum air yang mencukupi. Jika perjalanan terlalu
jauh, penggunaan stoking ketat khas dapat membantu mengurangkan risiko VTE.
Bagi wanita hamil yang
pernah mengalami VTE, ada waris terdekat yang mempunyai masalah sama atau
mempunyai berat badan berlebihan, pemeriksaan kesihatan yang teliti adalah
sangat mustahak sebelum perjalanan.
Kelahiran Tidak Cukup Bulan
Tiada bukti saintifik yang
menyokong bahawa penerbangan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran tidak
cukup bulan.
Kalau pun berlaku, ia
mungkin kerana si ibu stres jika penerbangan mengambil masa yang lama dan dalam
keadaan tidak selesa.
Berlainan dengan ibu yang
hamil lebih daripada seorang janin, mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup
bulan atau, pintu rahim tidak ketat, risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan
adalah lebih tinggi sekali pun tidak menaiki pesawat.
Jika mempunyai rancangan
untuk menaiki pesawat, mereka harus mendapatkan pemeriksaan teliti daripada
pakar perbidanan dan dicadangkan supaya menerima nasihat doktor dengan serius.
Hal ini penting kerana jika
kelahiran berlaku di dalam pesawat, bantuan terhadap bayi yang berisiko tinggi
ini dapat diminimumkan.
Ubat-ubatan Tertentu Dapat
Membantu Mengurangkan Risiko Ini
Semakin tinggi kedudukan
seseorang dari paras laut (altitud), semakin rendah tekanan separa oksigen.
Bagaimanapun, bagi penerbangan komersil, altitud penerbangan lazimnya hanya
memberi perbezaan tekanan separa oksigen yang kecil.
Hal ini, biasanya tidak
memudaratkan bayi di dalam kandungan kerana mereka dianugerahkan sistem
pertahanan yang dapat menahan perubahan tekanan separa oksigen yang tidak
keterlaluan.
Bagaimanapun, perbezaan
kecil ini boleh memberikan kesan negatif terhadap bayi yang dikandung oleh ibu
anemia dan dinasihat mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
Jika perjalanan tidak dapat
dielakkan sebelum anemia dapat dirawat, ibu ini perlu mendapatkan bekalan
oksigen dalam perjalanan.
Bagi pesakit sel sikel
(jarang berlaku di Malaysia), adalah lebih baik jika perjalanan dapat
dielakkan kerana krisis penyakit ini lebih mudah berlaku pada altitud tinggi.
Jika tidak, bekalan oksigen
semasa perjalanan mungkin dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi.
Kemalangan Di dalam Pesawat
Tali pinggang keselamatan di
dalam pesawat harus dipakai di bawah perut supaya jika terdapat sebarang
pergerakan mendadak, bahagian tulang pelvis yang akan menyerap impak tersebut
dan bukannya bahagian bertentangan rahim.
Sekali gus, ini dapat
mengurangkan risiko uri terpisah awal dari kawasan tempelannya pada rahim
ataupun kebocoran rahim. Kedua-dua insidens ini boleh menyebabkan kematian ibu
dan bayi.
Kecemasan Obstetrik
Satu perkara yang mesti
diketahui, kehamilan risiko rendah boleh berubah menjadi berisiko tinggi pada
bila-bila masa dan ada kalanya di luar jangkaan.
Seseorang ibu boleh dengan
tiba-tiba terasa hendak bersalin dan melahirkan bayi dalam waktu yang singkat walaupun
sebelum itu keadaannya adalah normal. Begitu juga dengan komplikasi-komplikasi
kehamilan lain yang boleh berlaku secara mendadak.
Syarikat penerbangan tidak
mempunyai perkhidmatan kesihatan yang mencukupi di udara walaupun kemudahan
asas seperti oksigen dan cecair aliran vena ada disediakan.
Oleh itu, wanita hamil harus
bersedia secara mental untuk menghadapi risiko sekiranya berlaku perkara yang
tidak dijangkakan semasa di dalam penerbangan.
Perjalanan menaiki pesawat
semasa hamil adalah selamat apabila seseorang wanita itu berpengetahuan tentang
risikonya dan mengambil langkah-langkah wajar sebelum dan semasa perjalanan.
Wanita-wanita hamil yang
berisiko tinggi harus sedar akan bahaya yang mungkin dihadapi dan dapat
menimbangkan sama ada risiko yang diambil benar-benar berbaloi. Adalah lebih
baik jika perjalanan ini dapat dielakkan. Mematuhi nasihat doktor adalah sangat
perlu dan mustahak di dalam konteks ini.
Sumber Maklumat (Mingguan Malaysia,
16 Julai 2006)
Saya kongsikan petikan dari laman web air-asia dan MAS
mengenai penerbangan bagi wanita hamil.
Dipetik
dari laman web air-asia
Keselamatan dan kesejahteraan anda
sangat penting buat kami, jadi jika anda tetamu hamil atau mengembara dengan
tetamu hamil, sila ambil perhatian terhadap petua, terma & syarat berikut:
Beberapa petua:
Kami sangat-sangat mengesyorkan agar anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengembara pada bila-bila masa sepanjang kehamilan anda.
1. Supaya lebih selamat, dapatkan surat daripada doktor anda. Tarikh surat ini tidak sepatutnya melebihi 30 hari pada hari perjalanan (penerbangan keluar DAN pulang)
2. Anda tidak akan – dan tidak sepatutnya – mendapat kebenaran doktor sekiranya kehamilan anda dianggap berisiko tinggi.
3. Untuk perjalanan pulang, sila pertimbangkan tarikh jangkaan kelahiran bayi anda. Dan sebelum anda merancang penerbangan rentas negara atau antarabangsa, bayangkan bagaimana anda akan rasa sesak dan terbatas di tempat duduk untuk berjam-jam lamanya.
Penting! Terma & Syarat:
Menjadi kewajiban penumpang hamil untuk memberitahu kami tentang tahap kehamilan mereka ketika menempah Tempat Duduk dan di kaunter daftar masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a. Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/Airasia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
b. Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk):
- Tetamu perlu menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan.
- Surat akuan doktor itu mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan.
b2. Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/Airasia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
c. Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: pengangkutan dalam penerbangan AirAsia/AirAsia X tidak dibenarkan.

Untuk
penerbangan MAS pula:
- Penumpang yang
hamil normal )tanpa komplikasi boleh menaiki pesawat sehingga umur
kehamilan 35 minggu)
- Surat
keterangan doctor harus dibawa untuk mengesahkan bahawa penumpang berada
dalam keadaan fit untuk berada dalam pesawat bergantung kepada tarikh
kelahiran yang dijangkakan (expected due date)
- MAS tidak
membenarkan penerbangan bagi penumpang yang hamil pada bulan terakhir
kehamilan sehingga tujuh hari sebelum tarikh melahirkan yang dijangkakan.
Semoga perkongsian kali
ini bermanfaat unuk anda. Stay tuned for my next entry …
0 comments:
Post a Comment