Friday 9 October 2015

Kepentingan DHA untuk kanak-kanak



Assalamualaikum, hai salam sejahtera semua 

Hari ni saya nak kongsi sedikit info mengenai DHA. Selalu kalo kita tengok iklan kat tv ada sebut tentang DHA ni kan.  Apa dia DHA ni? Adakah DHA ni terlalu penting untuk kanak-kanak? Makanan apa yang ada DHA? Jom scroll kebawah tengok sediit perkongsian dari saya.

Apa itu DHA?
DHA (asid dokosaheksaenoik) sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh ianya sangat diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, folic acid dam zinc.

Apa kepentingan DHA untuk kanak-kanak?

1) Meningkatkan daya fokus
2) membantu untuk perkembangan otak yang baik
3) Menajamkan penglihatan
4) Meningkatkan sistem imun
5) Mencegah eczema

Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:
1) 1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
2) 2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
3) 4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.

Makanan yang kaya dengan DHA

Telur


Telur dapat memenuhi nutrisi lemak omega -3. Sebiji telur mengandungi 40-250 mg asid lemak DHA dan EPA.



Minyak canola



Minyak canola mampu menjaga kesihatan jantung kerana ada asid lemak omega-3 di dalamnya. Mengganti minyak goreng biasa dengan minyak canola adalah salah satu cara mendapatkan nutrisi di dalamnya.

Selain itu, minyak canola juga boleh dititiskan ke atas salad sayur sebagai pengganti mayonis.




Ikan Salmon



Ikan salmon yang terkenal tinggi kandungan EPA dan DHA-nya, dapat memberikan sekira 1.600 miligram asid lemak omega-3 yang baik bagi pertumbuhan otak anak anda.



Bayam


Bayam juga merupakan sumber makanan kaya dengan asid lemak omega-3. 
Bayam juga rendah kalori dan tinggi zat besi.




Diharap info ini bermanfaat untuk kita bersama ye. Stay tuned for my next entry.

1 comments:

Unknown said...

DHA memang sangat penting loh buat otak anak.Ada vitamin dha untuk anak bernama Tara Kid. Sangat layak dicoba.