Assalamualaikum, hai salam sejahtera semua
Hari ni saya nak kongsi sedikit info mengenai DHA. Selalu kalo
kita tengok iklan kat tv ada sebut tentang DHA ni kan. Apa dia DHA ni? Adakah DHA ni terlalu penting
untuk kanak-kanak? Makanan apa yang ada DHA? Jom scroll kebawah tengok sediit
perkongsian dari saya.
Apa itu DHA?
DHA (asid dokosaheksaenoik) sejenis asid lemak omega-3 yang
boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh ianya sangat diperlukan untuk
perkembangan otak selain daripada zat besi, folic acid dam zinc.
Apa kepentingan DHA
untuk kanak-kanak?
1) Meningkatkan daya fokus
2) membantu untuk perkembangan otak yang baik
3) Menajamkan penglihatan
4) Meningkatkan sistem imun
5) Mencegah eczema
Jumlah
DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:
1) 1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
2) 2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
3) 4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.
Makanan
yang kaya dengan DHA
Telur
Telur dapat memenuhi nutrisi lemak omega -3. Sebiji telur mengandungi 40-250 mg asid lemak DHA dan EPA.
Minyak
canola
Minyak canola mampu menjaga kesihatan jantung kerana
ada asid lemak omega-3 di dalamnya. Mengganti minyak goreng biasa dengan minyak
canola adalah salah satu cara mendapatkan nutrisi di dalamnya.
Selain itu, minyak canola juga boleh dititiskan
ke atas salad sayur sebagai pengganti mayonis.
Ikan Salmon
Ikan salmon yang terkenal tinggi kandungan EPA
dan DHA-nya, dapat memberikan sekira 1.600 miligram asid lemak omega-3 yang baik
bagi pertumbuhan otak anak anda.
Bayam
Bayam juga merupakan sumber makanan kaya dengan asid lemak omega-3.
Bayam juga rendah kalori dan tinggi zat besi.
Diharap info ini bermanfaat untuk kita bersama ye. Stay
tuned for my next entry.
1 comments:
DHA memang sangat penting loh buat otak anak.Ada vitamin dha untuk anak bernama Tara Kid. Sangat layak dicoba.
Post a Comment