Showing posts with label cara kekal bertenaga. Show all posts
Showing posts with label cara kekal bertenaga. Show all posts

Wednesday, 29 November 2017

VITAMIN UNTUK KEKAL CERGAS SEPANJANG HARI


Rutin harian yang padat memerlukan kita fit dan mempunyai tenaga yang maksimum setiap hari. Pelbagai cara mahupun petua yang kita boleh cuba dan gunakan untuk maintain cergas antaranya cara pengambilan makanan, senaman mahupun pengambilan makanan tambahan. 


Ada pelbagai faktor yang menjadi punca kita menjadi letih dan tidak bertenaga seperti terlalu stress dan tidak cukup tidur. Terdapat juga makanan yang boleh membantu menghilangkan rasa letih seperti oat, bayam dan lain-lain lagi.

klik untuk faktor penyebab letih dan makanan membantu hilangkan rasa letih


VITAMIN SHAKLEE UNTUK KEKAL CERGAS SEPANJANG HARI

Vitamin-vitamin shaklee yang membantu untuk mengekalkan tenaga ialah:


  • ESP shaklee
  • Vitale @ multivitamin shaklee
  • B-complex shaklee
  • Vitamin C shaklee

1) Esp


Adalah protein sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya  rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama.


2) Vitalea




Mengandungi kesemua 28 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk iron. Vitalea membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.


3) B-Complex


Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 vitamin B penting untuk keperluan harian badan..


B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.


4) Vitamin C 





Bekalan vitamin C yang berterusan amat penting untuk menyokong segala proses dalam badan. Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gusi dan gigi serta kesihatan keseluruhan. Individu yang sering rasa penat, letih, lesu dan tidak bermaya mungkin tanda-tanda kekurangan vitamin C didalam badan.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.



Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:




Wednesday, 21 June 2017

TIPS KEKAL BERTENAGA KETIKA MENGERJAKAN UMRAH ATAU HAJI DI TANAH SUCI


Mengerjakan haji dan umrah di tanah suci sememangnya menjadi impian utama bagi umat islam. Gembira tak terkata apabila dijemput menjaji tetamu Allah ke sana. Alhamdulillah, saya berpeluang mengerjakan umrah pada tahun 2014. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila menjejakkan kaki kesana.

Persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum berangkat ke tanah suci. Selain persedian wajib iaitu passport,visa, suntikan dan lain-lain, saya kongsikan beberapa tips penjagaan kesihatan dan kebersihan ketika berda di sana. Antara tips atau panduannya adalah:

  • Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca di tanah suci sama ada cuaca sejuk atau panas.
  • Tutup mulut dan hidung dengan topeng muka (face mask) atau kain nipis apabila berada di kawasan yang berdebu.
  • Minum air kosong atau air zam-zam setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan. Amalkan minum 2-3 liter sehari khususnya apabila panas.
  • Setiasa menjaga kebersihan diri, sentiasa basuh tangah agar tidak mudah dijangkiti penyakit berjangkit.
  • Amalkan pengambilan supplement yang dapat membantu anda kekal sihat dan bertenaga.



Semasa di tanah suci, saya membawa supplemen Shaklee iaitu vitamin c, vitalea dan performance drink. Vitamin C saya ambil untuk imunisasi dan vitalea dan PD saya ambil untuk menambah tenaga. Alhamdulillah supplemen ini membantu saya sepanjang berada di sana.



Dibawah ini saya kongsikan pula kisah puan hartini, pengalaman beliau semasa berada di tanah suci.


UMRAH BERTENAGA, KEMBALI KE TANAH AIR DENGAN SIHAT DAN GEMBIRA


SYUKUR dan gembira rasa hati bila kami sekeluarga dijemput menjadi tetamu Allah. Sebagai persediaan, selain menambah ilmu tentang ibadah, Saya banyak baca pengalaman mereka yang dah pergi. Ramai yang kata ibadat umrah ni menuntut tenaga, terutama tenaga kaki. Dan juga biasanya perubahan cuaca menyebabkan kita mudah terkena demam selsema. Terutamanya bila dah nak balik atau dah kembali ke tanah air.


Kami pergi bulan Disember musim sejuk. Memang sejuk sangat. Semasa di Madinah sangat sejuk, keluar solat subuh ke Masjid yang tak sampai 100meter pun mengetar-ngetar kesejukan walau memakai baju sejuk. 
Hari terakhir di Madinah tu dah rasa tangan nak mengelupas, bibir dah kering. Mujur saya bawak krim herba. Cepat-cepat sapu, Jadikan lotion dan pelembab muka jugak. Kulit saya jenis kering jadi bila dah mula nak mengelupas, saya sapukan krim.


Untuk kuatkan imun badan Vitamin C memang vitamin wajib setiap hari, malah Chewable Vitamin C saya letak di dalam beg sandang senang untuk dimakan dan dipas pas kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sebelah di dalam bas bila-bila masa. Masamnya tu pun menghilangkan loya di dalam bas. 


Kat sana kita takde urusan lain melainkan tumpu untuk ibadah. Di sini tidur memang tak dapat lama. Tidur lambat, bangun awal. Rugi rasanya kalau buang masa untuk tidur. Semasa di Makkah, masih sejuk tapi kurang sikit berbanding Madinah. Seawal mungkin lebih kurang dua jam sebelum Subuh tu kami dah keluar. Kalau lambat pintu favourite untuk solat di depan Kaabah akan ditutup. Kalau dah tutup kena la solat kat perkarangan masjid. Sejak saya baca buku Prof Kamil, saya nekad seboleh mungkin akan pegang tangan mak untuk bawak mak solat depan Kaabah. Maka ikhtiar selalu untuk datang masjid awal.


Jadi nak elakkan mengantuk, sebelum keluar ke masjid saya bancuhkan Performance Drink + Cinch Tea Mix. Siap bubuh dalam botol lagi. Kami bancuh dengan air zam zam biasanya. Mak saya jenis mudah juga terlelap maka ni wajib saya suapkan. Ini memang "rahsia" mata terbuka luas. InsyaAllah segar mata nak menjalani ibadat sehingga Dhuha. Nak keluar ziarah pun alhamdulillah rasa bertenaga. Kalau lupa bancuh takpe kamk bawak je siap-siap letak Cinch Tea Mix beberapa sachet kat dalam beg, nanti beli air mineral dan tuangkan. 


Ibadat tawaf dan saie memang menuntut kekuatan kaki. Saie ni ada beberapa tingkat tau. Pernah sekali kami "terpergi" di bahagian berbukit tinggi. Saya berdua bersama kakak ipar Menolak mak mertua menaiki wheelchair. sangat mencabar, memang memerlukan kudrat di sini. Alhamdulillah diberi kekuatan. Balik bilik memang wajib telan Ostematrix pil kalsium. Yang insyaAllah dapat menghilangkan lenguh lenguh letih kaki berjalan.


Yang bestnya dengan izinNya walaupun dah kembali ke tanah air. Walau dengan perubahan cuaca dan penat menjalani ibadah, kami sihat saja. Tiada demam atau batuk. Syukur alhamdulillah. 


Selain doa, kita juga perlu berikhtiar usaha untuk membolehkan kita dapat melakukan ibadah yang terbaik semasa di sana. Dan ini ikhtiar kami. 
Jika anda atau keluarga ingin menunaikan umrah, jangan lupa masukkan suplemen Shaklee sebagai list wajib untuk dibawa ke sana. Segalanya dengan izinNya



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.






Untuk response yang pantas anda juga boleh:




Thursday, 8 June 2017

4 JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU MEMBERI TENAGA KEPADA IBU HAMIL





Ibu-ibu hamil memerlukan tenaga untuk rutin harian mereka. Selain dari mendapatkan rehat yang cukup, makanan yang diambil juga menyumbangkan tenaga buat ibu-ibu hamil.  Dibawah, saya kongsikanantara  4 jenis makanan yang membantu memberikan tenaga kepada ibu-ibu hamil.

4 JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU MEMBERI TENAGA KEPADA IBU HAMIL

1.Tofu


 Kaya dengan protein, iron, kalsium, dan magnesium dan juga  kaya dengan Vitamin A dan  Vitamin K .

2.Prunes


Diperkaya dengan fiber yang membantu dalam sistem perkumuhan semasa mengandung.  Ia juga adalah sumber tenaga segera.


3.Kurma


Juga merupakan  salah satu sumber pemberi tenaga. Kaya dengan potasium dan serat yang akan dicerna serta merta untuk memberi tenaga segera kepada ibu yang hamil.


4.Susu



Kaya denngan kalsium untuk menguatkan tulang ibu dan juga bayi. Minum susu suam juga akan dapat membantu ibu untuk tidur dengan lena .



RAHSIA PUAN FITRIYATUL ASYIQIN KEKAL BERTENAGAN KETIKA HAMIL

Saya kongsikan rahsia Puan Fitriyatul kekal bertenaga ketika hamil.




Assalamualaikum. Nama saya Fitriyatul Asyiqin binti Mohd Rudin. Berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

Pengalaman saya sepanjang mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 2 saya sangat berbeza berbanding anak sulung saya yang mana masa anak sulung saya mengambil supplemen lain. 

Masalah bleeding sepanjang kehamilan pertama

Sepanjang kehamilan anak ke 2 saya alhamdulillah saya tiada masalah yang besar HB cantik cuma alahan je ada tapi berbeza anak sulung dulu yang mana rahim saya lemah dan terpaksa disuntik ubat kuatkan rahim sejak kandungan berusia 5 bulan dan saya mengalami bleeding sepanjang kehamilan. Aktiviti saya juga terpaksa dikurangkan kerana terpaksa berehat dikatil atas nasihat doktor pakar sakit puan. 

Consume set pre-natal Shaklee

Alhamdulillah sepanjang kehamilan ke 2 saya mengambil fullset Set Hamil Shaklee yang mana mengandungi ESP, Vitalea Multivitamin, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C dan juga Omega Guard. Ianya banyak membantu saya kekal cergas sepanjang 41 minggu usia kehamilan saya. Dan ESP dalam Set Hamil ini juga membantu untuk kesihatan dan kuatkan rahim.

Sehingga ke saat akhir kehamilan saya yang ke 2 ini masih mampu memandu kereta sendiri menghantar dan ambil anak dari sekolah. Sangat berbeza berbanding kandungan pertama dulu yang mana saya rasa ketika kehamilan ke 2 ini saya lebih cergas dan bertenaga.

Dan berat badan saya ketika hamil kali ke 2 ni sangatlah berbeza dengan yang pertama. Yang pertama dulu hampir mencecah 90kg tapi kali ke 2 ni tak sampai pun 80kg.

Anak bebas jaundice

Dan Alhamdulillah sangat anak ke 2 ni tiada masalah jaundice. Saya kategori darah O positif yang mana selalunya dimomokkan tak boleh elak dari masalah jaundice nih. Masa anak sulung saya dulu trauma rasanya hampir sebulan jaundice tak hilang sampailah nak cucuk sebulan baru turun jaundisenya.

Alhamdulillah syukur Ya Allah. Dan kalini saya sedang berpantang dan mengamalkan fullset Set Berpantang Shaklee pula.

Inilah Shaklee Effect saya.


KEBAIKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

Multivitamin(Vita-lea) 
Mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.


B Complex 

Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.



Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) 
Vita C shaklee tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.  



Kalsium(Ostematrix) 


Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki rangsangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggang,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung. Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.


ESP(Energy Soy Protein) 

Esp membantu memberikan ibu tenaga bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.


Nota: Ibu-ibu hamil hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum consume apa-apa vitamin.



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:




Friday, 2 June 2017

CARA HILANGKAN RASA LETIH DAN KEKAL BERTENAGA


Seharian bekerja menyebabkan badan kita berasa letih. Namun ada juga faktor lain yang menyebabkan badan kita letih. Jangan ambil mudah apabila badan berasa letih!


Faktor menyebabkan keletihan

1.Diet yang tidak seimbang.
Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan paras glukosa berkurang dan membawa kepada rasa letih.





2. Kurang minum air kosong.
Yang ni memang selalu kita abaikan dan terlepas pandang apabila sibuk

3. Kurang sel darah merah.
Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan lah tiada rehat kan. So sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan yang sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu. Bagi wanita pula, kehilangan darah ketida haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.

4. Sentiasa dehidrasi.
Badan yang sentiasa berpeluh mengakibatkan banyak nutrisi hilang bersamanya.

5. Tekanan emosi.
Badan kita akan mudah lemah dan tak bertenaga dengan tekanan yang perlu ditanggung oleh otak dan badan kita. 

6. Kurang tidur.
Sering tidur lewat dan berjaga malam juga faktor menyebabkan keletihan.


4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih(kredit:vitamin celik)

1. Bijirin Oat



Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal yang menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrient yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.

2. Yogurt



Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik- bacteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bacteria berbahaya.
Kajian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

3. Bayam



Bayam penuh dengan kandungan nutrient penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Zat besi memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia.

4. Kekacang Dan Biji-bijian



Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.


Supplemen Shaklee yang membantu menambahkan tenaga

1.Performance drink

Membekalkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan fizikal serta keseluruhan tubuh.

2.Ostematrix



Sumber kalsium, membantu tidur yang lena.


Tetimonial pengguna set energy booster shaklee


TESTIMONI: ASMIDA


Assalammualaikum

Kisah MY CINTA HATI a.k.a ENERGY BOOSTER

Hai...nama saya ASMIDA, lebih mesra kalau pangil AS je..As anak jati JOHOR, kini telah berkahwin dan menetap di ALOR SETAR KEDAH, sekarang As bekerja di sebuah RESTORAN PIZZA yang terkenal di ALOR SETAR juga terkenal dengan roti pizzanya yang lembut. Jawatan As sebagai PELATIH PENGURUS.

Haa di pendekkan cerita, As bekerja 10 jam setiap hari. Selalunya As memang keletihan ,badan lesu keesokkan harinya dan kaki selalu sangat kejang dan sampai sakit tak hingat...

Tapi sejak As amalkan ENERGY BOOSTER SHAKLEE, semuanya berubah.. Ceritanya bermula dengan As mengenali Ahaklee dan FALL IN LOVE buat PERTAMA kali dengan Shaklee pada tahun 2011 dan konsisten mengamalkan beberapa jenis vitamin. Antara yang As amalkan ialah OSTEMATRIK dan PERFOMANCE DRINK. Dan kedua-dua vitamin ni adalah MY CINTA HATI dan RAHSIA ENERGY BOOSTER As sekarang!!

Kenapa As kata macam tu ya? Kalau tak ada my cinta hati ni, rasanya As tak mampu nak kerja yang memerlukan tenaga yang banyak disebabkan pula terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu dan dipertanggungjawabkan pula dengan kerja,rutin harian yang memenatkan,As akan mula letih ,cepat mengantuk,tidak bertenaga,lesu dan kurang produktif,ini satu cabaran tau sebab nak menghadapi jugak masalah JEREBU hari tu.

As suka Ostematrik dan PD disebabkan kedua- duanya ada persamaan untuk menambahkan TENAGA LUAR BIASA,Ostematrik lebih kepada KALSIUM dan bagus untuk tulang,manakala PD terdapat campuran unik yang sangat bagus untuk menghidrat badan serta memberi tenaga kepada badan lebih cepat berbanding minuman ISOTONIK yang lain,memang TERBAEK la untuk my body haha...yang paling best SEMULAJADI yeee..

As suka OSTEMATRIX sebab:

As paling tak suka bila sakit,nak buat apa pun tak boleh,tapi kuasa Allah. As cuma mampu untuk merancang...so as merancang untuk SENTIASA SEHAT 
As nak badan cukup kalsium jadi setiap malam sebelum tidur as akan ngap 4 biji ostematrik untuk tidur yang lena dan mimpi yang indah haha..Keesokkan harinya bangun je tidur mesti badan akan lebih fresh dan bertenaga,bagus juga untuk melawaskan pembuangan air besar..no sembelit - sembelit.

PD pulak As minum suka bancuh dengan air putih pastu sejukkan ..perrghhh memang sodapp...As jugak selalu bawak air PD yang siap dibancuh dalam botol dan dibawak kemana ja As pergi.
..
Kalau uolls nak tahu my husband pun suka tau PD dan Ostematrix.my husband suka diserang sakit kepala tapi sejak amalkan Ostematrix dan PD badan makin bertenaga dan yang paling best dah tak pernah diserang sakit kepala..

Jadi sekarang Ostematrix dan PD adalah my cinta hati yang tak dapat dipisahkan, konsisten pengambilan jugak dah jadi perkara wajib dalam rutin harian,kalau tak memang akan terasa kekurangannya..

Tak kenal maka tak cinta tau..bila dah kenal PD dan OSTEMATRIX sure FALL IN LOVE!!







PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh: