Showing posts with label Jenis-jenis detoks. Show all posts
Showing posts with label Jenis-jenis detoks. Show all posts

Friday, 17 November 2017

PROGRAM HEALTH TALK BERSAMA SHAKLEE




Jika anda perasan, para pengedar shaklee banyak menghadiri talk dan kelas-kelas samada anjuran upline mereka sendiri mahupun yang dianjurkan oleh pihak shaklee sendiri. Alhamdulillah saya juga berkesempatan menghadiri beberapa kelas anjuran upline dan juga anjuran pihak shaklee.

Salah satu program anjuran pihak shaklee yang saya hadiri ialah PROGRAM HEALTH TALK berkenaan dengan DETOKS BERSAMA SHAKLEE. Program ini telah dianjurkan di branch shaklee penang dan di lead oleh pakar nutrisi shaklee sendiri.


Apa yang saya dapat dari program health talk detoks ni?

Alhamdulillah dengan program ini saya dapat mengetahui lebih dalam lagi mengenai cara detoks yang betul dan manfaatnya. Actually, ramai sebenarnya tak tau tentang kepentingan detoks ni. Ada juga yang sudah mencuba detoks tapi tidak menggunakan cara yang betul. 

Secara amnya, detoks ni ada 5 jenis iaitu detoks usus, detoks hati, detoks logam, detoks parasit dan juga detoks seluruh badan.


klik untuk ketahui details jenis-jenis detoks



Selain dapat mengetahui lebih mendalam mengenai detoks, saya juga dapat mendengar dan berkongsi pengalaman  detoks diantara perserta-peserta yang hadir. Kami juga berkongsi tips dan cara pemakanan yang berkaitan dengan detoks.


klik untuk ketahui tips detoks


Bagaimana program health talk detoks ni membantu saya sebagai seorang pengedar shaklee?




Program sebegini sebenarnya banyak membantu kami sebagai seorang pengedar. Impian kami untuk mengajak anda sihat bersama-sama dengan kami bukan semata-mata untuk menjual dan promosi produk sahaja.


Bagi saya, helath talk ini sangat membantu saya sendiri kerana sememangnya saya juga melakukan detoks. Selain itu, saya juga dapat berkongsi maklumat dan pengalaman saya dengan pelanggan-pelanggan shaklee serta legasi shaklee saya tentang ilmu detoks. 


Tak kira la apa yang kita lakukan, kita kena ada ilmu. Untuk menuntut ilmu, kita kena rajin mencarinya ya .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Untuk response yang pantas anda juga boleh:






Tuesday, 19 April 2016

6 LANGKAH UNTUK KEKALKAN USUS SIHAT




Sudah menjadi tabiat saya jika saya makan di kedai atau gerai,  sementara tunggu makanan yang dipesan sampai saya akan belek suratkhabar. Tup tup saya jumpa satu artikel yang menarik, bertepatan pulak dengan kempen detoks yang dilancarkan oleh Shaklee. Artikel mengenai kekalkan usus yang sihat di harian metro...So hari ni saya akan kongsikan 6 langkah untuk kekalkan usus yang sihat dengan anda semua.



6 LANGKAH KEKALKAN USUS SIHAT


1. Makan lebih serat


Kenapa kita kena makan lebih serat? kehadiran serat dapat membantu melembutkan najis serta dapat mencegah sembelit serta mengurangkan simptom gangguan penghadaman seperti buasir dan sindrom iritasi usus. Sumber serat di dalam makanan seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buah dan sayur sayuran dapat membantu anda untuk mengekalkan usus yang sihat.



2. Banyakkan minum air



Serat bertindak seperti span yang menyerap air, tanpa cecair serat tidak dapat berfungsi dengan baik dan akan menyebabkan sembelit. Anda haruslah mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, dan pada bila-bila masa yang anda rasa dahaga. And kalo anda nak tahu air putih ni takde kalori tau!!



3.Hadkan pengambilan kafein




Minuman yang mengandungi kafien seperti kopi, kola dan minuman ringan boleh meningkatkan asid di dalam perut yang boleh lead kepada masalah pedih hulu hati. Dulu saya pon peminat tegar kafein ni, sekarang saya dah beransur hilang ketagih dengan pengambilan cinch tea mix shaklee :)




4.Dapatkan Pro dan Prebiotik secukupnya



Seperti yang kita tahu, dalam usus kita ni ade bakteria yang baik dan juga bakteria yang memudaratkan. So kita kena kekalkan keseimbangan antara keduanya.Macam mana nak kekalkan keseimbangan? jawapannya ambil makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogourt , susu kultur dan makanan yang kaya dengan prebiotik seperti bijirin penuh dan bebeberapa jenis sayuran contohnya bawang dan lik.



5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak.




Burger, sosej dan kentang goreng adalah contoh makanan yang berlemak tinggi yang melambatkan proses penghadaman. Pengambilan makanan yang tinggi lemak boleh mempengaruhi komposisi bakteria usus! So makanlah makanan yang rendah lemak tau.




6.Banyakkan bersenam




Banyakkan aktiviti bersebam fizikal seperti berjalan, berlari dan menari ataupun sebarang senaman yang dapat meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung yang mana dapat juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Ini dapat merangsang otot usus dan menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.


Itulah dia 6 langkah untuk kekalkan usus sihat. Actually ade satu lagi langkah yang boleh anda lakukan untuk kekalkan usus yang sihat iaitu dengan pengambilan vitamin. Macam saya semestinya saya consume vitamin shaklee. Nak tengok vitamin apa yang shaklee tawarkan untuk usus ni boleh KLIK SINI


oklah, kalo ade sebarang pertanyaan atau nak buat pembelian hubungi saya, ruzanna ditalian 012-5932706. Have a nice day ya :)





Monday, 18 April 2016

5 TIPS DETOKS PARASIT


Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, Parasit memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Samada kita sedar atau tidak , setiap hai kita terdedah kepada parasit yang masuk kedalam tubuh kita melalui pelbagai cara. So hari ni saya nak kongsikan 5 tips untuk detoks parasit.


5 TIPS DETOKS PARASIT




1. Sebelum makan, sila pastikan buah-buhan dan sayur-sayuran anda dicuci sebersih-bersihnya terutama buah & sayuran organik.





2. Elakkan makanan yang diragui kebersihannya.





3.Cuci tangan anda dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum menyediakan makanan.





4. Mandi dan cuci anggota badan dengan bersih terutama selepas mandi di kolam awam.



5. berhenti atau kurangkan makanan pembiak parasit, contohnya:


  • Gula putih

  • Gandum dan sumber gluten
  • Makanan diproses

  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna

  • Makanan ringan

  • Minuman bergula

Semoga tips ini bermanfaat untuk kita. Untuk pengambilan vitamin pula, anda boleh KLIK SINI untuk melihat jenis vitamin yang sesuai untuk proses detoks anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan , hubungi ruzanna di talian 012-5932706.



Saturday, 16 April 2016

TESTIMONI DETOKS PARASIT BERSAMA SHAKLEE

Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsikan satu testimonial berkenaan dengan detoks.. Entry sebelum ni saya dah kongsikan kenapa kita perlu detoks, cara detoks dan jenis-jenis detoks bersama shaklee. Kali ni kita tengok hasilnya melalui testimonial Pn Ebby.









2009 tu masa kawen umur nak masuk 20Tahun berat masa tu 120kg tinggi 170cm masa ni karada x de..so x tau la brp body age...
😹😹
😹

2012 anak 2 berat 140kg umur 23Tahun...masa ni dah kenal shaklee (2011)...beli repackaging shaklee (alfafa, herb lax & letcitin) dr seorang kawan FB..bukan dr group ni...GBS ke apa nama group tu...set nyusu n kurus..sbb b tendem nursing...tp b x konsisten...so ignore..2012 masa kenduri kawSariza Saidriza SaidSaid b d paksa rela kot oleh upline masuk shaklee..kikiki😹 tp b x buat belian jgak..belian pertama b alfafa je...pastu herb lax..pastu letcitin...ebby FTHW...so paham² la...nak membeli kalo x de duit dr suami ssh la kan...he³ðŸ˜… tp sbb shaklee ni set dia bnyak² so, beli sikit² bulan depan beli lg n lg...

So, jangan tya set apa b makan sbb b x blh jawab..sbb b x amik set..tp b blh senarai apa y b amik...
Alfafa, herb lax, omega, crotomax, esp, ostematrix, letcitin, vita C, vitalea, pd...


Nowww...b buat parasit detoks untuk kesihatan..tp hasil dia...da x de craving² ni..x makan nasi sehari pon no hal lahh...pejam mata je..kadang² paksa makan..dlu nsi lemak time lapar 2bungkus skali hadap..skrg beli sbungkus pon kadang tgh makan burpp kenyanggg...g kedai pikir² nak makan apa...sbb selera x de last² order je apa²...air da xde minat ngan air² manis ni...

So, sape y ada kastemer nak diet..b sajes..suh buat detoks parasit dlu..sbb bila da detoks..automatik kita da xde rasa craving² ni...

Buat 5hr pon blh nampak hasil dah...


Itu dia perkongsian dari puan ebby.. Beliau sudah anda bila lagi. Jom join bersama saya kita detoks bersama-sama. untuk sebarang pertanyaan hubungi saya ditalian 012.593.2706.

Friday, 15 April 2016

JENIS-JENIS DETOKS BERSAMA SHAKLEE




Dalam entry sebelum ni saya dah kongsikan kenapa kita perlu detoks (KLIK SINI) dan Cara detoks secara semulajadi (KLIK SINI). Hari ni saya nak kongsikan 5 jenis detoks yang ada dengan Shaklee.


1. DETOKS USUS


Usus adalah organ yang terpenting dalam penyerapan zat makanan. Usus yang kotor akan menyebabkan badan kita tidak sihat. Oleh yang demikian, kita perlu membuat detoks usus agar kerak-kerak yang terdapat didalam usus kita dapat dibuang supaya zat makanan kita dapat diserap dengan optimum.

Cadangan set vitamin shaklee untuk detoks usus :






2. DETOKS HATI


Hati merupakan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia dan menjalankan pelbagai fungsi, Meneutralkan racun atau zat-zat asing yang masuk ke dalam tubuh kita merupakan salah satu fungsinya. Tubuh kita mengenali keperluannya sahaja iaitu nutrien, dan menganggap benda-benda lain termasuk ubat-ubatan sebagai bendasing dan mungkin racun. oleh yang demikian kita disarankan untuk membuat detoks hati.

Cadangan set vitamin shaklee untuk detoks hati :





3. DETOKS LOGAM


Kenapa kita kena detoks logam??? Kerana kita terdedah kepada logam berat dalam kehidupan kita. Antaranya ialah:

Plumbum: cat rumah, sistem paip, tanah pertanian
Merkuri: hasil laut yang dicemari merkuri
Kadium: dari perokok, barang-barang berkadium seperti bateri.

Pendedahan terhadap logam boleh memberikan kesan terhadap sistem saraf utama, organ dalaman,tulang dll.


Cadangan set vitamin shaklee untuk detoks logam :





4. DETOKS PARASIT



Parasit memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Samada kita sedar atau tidak , setiap hai kita terdedah kepada parasit yang masuk kedalam tubuh kita melalui pelbagai cara. Sering letih, lesu dan  sugar craving  adalah antara simptom jangkitan parasit yang mungkin anda tidak sedar berlaku pada diri anda.

Cadangan set vitamin shaklee untuk detoks parasit :





5. DETOKS SELURUH BADAN.


Toksin bukan sahaja berkumpul didalam organ tertentu sahaja tetapi boleh berkumpul dimana-mana bahagian tubuh badan kita. Anda disarankan untuk membuat detoks secara berkala bagi membuang semua toksin yang bersarang dalam badan. 

Cadangan set vitamin shaklee untuk detoks seluruh badan :







5 jenis detoks ini adalah saranan dan cadangan untuk anda, anda boleh memilih mengikut keperluan badan anda. Macam saya sekerang dalam proses detoks parasit. alhamdulillah badan rasa lebih segar dan sihat. Jom bersama-sama kita detoks supaya badan kita lebih sihat dan bertenaga.


Untuk sebarang pertanyaan/pesanan hubungi saya Ruzanna di talian 012.5932706