Sunday, 5 November 2017

KENAPA BERPANTANG PENTING UNTUK IBU SELEPAS BERSALIN



Berpantang selepas bersalin merupakan fasa rawatan pemulihan untuk mengembalikan kecergasan dan kesihatan tubuh ibu yang telah kehilangan banyak darah semasa melahirkan bayi. Kepentingan berpantang antara lain adalah supaya :

-Memberikan tempoh masa rehat yang secukupnya untuk ibu memulihkan tenaga
-Memberikan ruang agar dapat mencipta hubungan antara ibu dan bayi serta ahli keluarga
-Membekalkan nutrien berkhasiat melalui amalan pemakanan yang sihat dan betul
-Memberikan ketenangan emosi kerana ibu tidak perlu memikirkan tentang tugasan rumahtangga sepanjang tempoh berpantang
-Mengembalikan berat dan bentuk badan asal seperti waktu sebelum mengandung
-Mengelakkan berlakunya sindrom meroyan atau ‘post-natal blues’ yang terjadi akibat perubahan hormon

Selain daripada itu, tempoh berpantang dianggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental. Pada ketika ini juga rahim mulai menguncup, mencerut dan mengecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involusi.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, pantang bersalin dimestikan genap 44 hari kerana itulah tempoh yang mencukupi bagi memulihkan organ kewanitaan “balik seperti sediakala“.


Untuk mengetahui makanan yang harus dielakkan ketika berpantang, anda boleh KLIK DISINI.



SET BERPANTANG SHAKLEE DAN KHASIATNYA

Shaklee juga mempunyai set berpantang yang kini mendapat perhatian dan banyak digunakan oleh ibu-ibu semasa proses berpantang. Vitamin-vitamin yang disarankan boleh membantu memulihkan dan memberi tenaga serta membantu proses pemulihan.

Khasiat Vitamin-Vitamin Yang Disarankan:

set berpantang shaklee


1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Pengambilan vitalea membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu.
  • Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ini boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah.sekaligus mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.
2.  Vitamin B-Complex
  • B-Complex boleh membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang serta membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon.  
3.  Vitamin C
  • Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian.
  • Ia membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin.
  • Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit.
  • Penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.
4. Ostematrix
  • Ostematrix atau kalsium Shakle membantu mengatasi masalah sembelit.
  • Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas 
5. ESP Soy Protein Isolate Powder
  • Membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang. 
6. Alfalfa
  • Membantu meningkatkan imunisasi
  • Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.
  • Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu
5. Omega guard
  • Membantu proses penurunan berat badan bagi ibu.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.




Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh: