Monday 6 November 2017

5 Tips Mengatasi Kulit Muka Yang Kusam Secara Semulajadi



Salah satu masalah kulit wajah yang sering dihadapi ialah masalah kulit kusam. Antara penyebab kulit kusam ialah  daripada tompokan sel kulit mati kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.


Ciri-ciri kulit kusam:

  1. Muncul Kedutan Atau Garis-Garis Halus Pada Kulit Wajah

  1. Lingkaran Hitam Di Sekitar Mata

  1. Kulit Wajah Terasa Kering


Penyebab kulit kelihatan kusam:

  • Stress

  • Pengambilan minuman beralkohol

  • Kurang waktu rehat

  • Diet yang tidak sihat

  • Merokok

  • Kesan produk kecantikan

  • Waktu tidur tidak teratur




Tips Mengatasi Kulit Muka Yang Kusam Secara Semulajadi


1.Sentiasa Memakai Pelindung UV


Sentiasa memakai krim UV untuk kulit yang lebih sihat tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam ofis.


2.Jaga Pemakanan


Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan harian. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi..


3. Hindari Stress


Kawal stress supaya tidak mempengaruhi kecantikan kulit.


4. Minum Air Yang Banyak


Minum air yang mencukupi untuk elak kulit kering. Antara panduan minum air yang popular dan berkesan ialah setiap 25 kg berat badan, perlu mengambil 1 liter air. Jika berat badan anda 50 kg, anda harus minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.


5. Ambil Suplemen

Pengambilan suplemen juga boleh membantu untuk proses menghilangkan kulit kusam. Antara vitamin Shaklee yang membantu ialah VIVIX SHAKLEE.
Vivix  mempunyai 13 kali ganda lebih antioksidan dimana ia membantu dan merawat sel kulit dari rosak.

Sifat utama antioksidan untuk kulit ialah meneutralkan kesan tindakbalas kulit pada serangan seperti sinar UV, hormon tak stabil, bakteria dan sebagainya.Selain itu, antioksidan juga menghalang penimbunan radikal bebas.Radikal bebas ialah sejenis sel yang rosak. Ini berlaku dalam proses penghasilan tenaga oleh sel.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:



3 comments:

Balqisy Baklee said...

Best sgt cara penceritaan ni.... Ringkas,tp sgt informatif

Hendrawati said...

Lepas bersalin tau mau miss Vivix nie.

Rahma Store said...

terimakasih banyak atas informasinya jangan lupa kunjungi kami di www.rahma-store.com