Showing posts with label set kecantikan kulit. Show all posts
Showing posts with label set kecantikan kulit. Show all posts

Tuesday, 21 November 2017

Kebaikan Resveretrol untuk kulit wajah



Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.

Resveretrol membantu membuatkan anda kelihatan awet muda. Ia juga adalah agen antioksidan yang sangat berkuasa.

Vivix Shaklee mengandungi resveretrol. Vivix  mengandungi 10 kali ganda lebih berkuasa dari resveratrol.  Vivix Shaklee juga adalah suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia! 





Vivix membantu melambatkan proses penuaan dan memberikan awet muda serta menyihatkan tubuh badan secara menyeluruh 



Testimonial Vivix Shaklee untuk atasi masalah jerawat




TESTIMONI 1: ASMIDA FAZELI

BEBAS DARI MASALAH JERAWAT DAN MASALAH KESIHATAN

Assalammualaikum...

Hai nama saya Asmida, saya berumur 30 tahun, anak pertama dari lima orang adik beradik. Saya sudah berkahwin dan kini menetap di Alor Setar Kedah.

OK dipendekkan citer, pada umur 30 tahun ini saya enjoy dengan
kesihatan optima hasil istiqamah dengan suplement semulajadi
Shaklee. Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun saya mengamalkan vitamin Shaklee. Alhamdullilah memang tak pernah ke klinik atau hospital, farmasi jauh sekali.

Alhamdullilah dengan kesihatan yang Allah berikan, setakat hari ini
saya tiada masaalah kesihatan dalaman yang terok, selain masalah luaran iaitu masalah JERAWAT yang banyak di muka.

Saya memang bukan jenis suka mengunakan produk kecantikan atau krim-krim yang banyak dijual dipasaran sebab saya takot kulit muka semakin teruk. Saya cuma menggunakan pencuci sabun susu kambing untuk membersihkan muka dan compact powder jer bila kuar rumah.

Saya terjebak dengan vitamin Shaklee nie kerana saya selalu google tentang jerawat, banyak mengatakan sekiranya jerawat banyak ni badan kita banyak toksin dan perlu detoks. Detoks ada banyak jenis jadi saya memilih untuk detoks dengan vitamin sebab berbentuk tablets dan mudah untuk ditelan, jadi saya memilih vitamin shaklee untuk buang toksin dalam badan.

Sejak dari itu saya mengambil vitamin ALFALFA, VIVIX, VITAMIN C, GLA COMPLEX, GARLIC COMPLEX secara konsistent, bersama 3 liter air putih. Saya mengambil 10 biji Alfalfa, 6 biji Vitamin C, 2 biji GLA Complex dan 1 sudu tea Vivix dalam sehari.

Selepas 2 minggu pengambilan ia memang memberi kesan yang menakjubkan, jerawat berkurangan dan paling best dapat bonus lain iaitu badan semakin bertenaga, ringan tidak merasa letih dan paling best period teratur serta keputihan tiada.

Saya amat berpuas hati dengan kesan pengambilan vitamin dari Shaklee. Sehingga sekarang saya masih mengamalkan vitamin Shaklee untuk kesihatan yang berpanjangan. Vitamin ni bila sakit pun boleh diambil. Vitamin ni bukan ubat, ubat kita makan apabila sudah atau semasa sakit, tetapi vitamin perlu dan lebih baik diambil sebelum jatuh sakit.

Walaupun saya tiada sakit yang terok tapi saya perlu pelihara
kesihatan sebagai pencegahan supaya tidak sakit, Sebab bila dah sakit kita terpaksa bergantung dengan ubat. Bagi saya melabur untuk vitamin adalah lebih baik dari terpaksa melabur untuk menanggung kos hospital dan ubatan.

Alhamdulillah.. Yeahhhhhhhh sekarang saya bebas dari semua masalah kesihatan.

Sekian Terima kas
ih.


************************************************************

PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.



Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:

Wednesday, 8 November 2017

Kenapa Parut Jerawat Susah Nak Hilang




Parut jerawat di wajah boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri di khayalak ramai.  Punca parut jerawat pula ialah pengeluaran kolagen yang tak sekata lepas kulit anda cedera. Bila kurang kolagen, parut akan nampak berkawah sebab sel tak diganti dengan cukup. Selain itu terdapat beberapa perkara yang anda harus tahu sebab kenapa parut jerawat susah nak hilang.


Kenapa Parut Jerawat Susah Nak Hilang

1. Kekurangan Protein -  Apabila anda kekurangan protein, ia menyebabkan sel kulit mengalami kesukaran untuk membina sel yang baru untuk menutup kembali lubang-lubang parut serta sukaruntuk membaiki sel rosak.

2. Kekurangan Vitamin C – Seperti yang kita tahu, badan kita tak mampu menghasilakn vitamin sendiri melainkan melalui pengambila makanan. Vitamin C sangat penting untuk kulit di mana ia mampu menghasilkan kolagen untuk membaikpulih kulit yang berparut, yang berkedut serta mampu mencerahkan kesan-kesan lebam parut. 

3. Toksin Dalam Badan - Toksin dalam badan juga adalah salah satu sebab lambatnya proses baikpulih sel kulit. Jadi untuk membuang toksin anda perlu detoks badan anda dahulu.

4. Kafein - minuman berkafein juga melambatkan proses baikpulih sel kulit.

Di bawah saya kongsikan cara bagaimana Puan Nurul menghilangkan liang-liang pori dan parut jerawat.



TESTIMONI: NURUL ZUNORAIN JAAFAR

[ LIANG-LIANG PORI MENGECIL DAN PARUT JERAWAT HILANG ]

Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang mengamalkan Vitamin hebat Shaklee ini.

Sebelum ini saya mengambil set vitamin Shaklee untuk menghilangkan jerawat, tetapi secara tidak langsung saya sedar parut-parut jerawat saya cepat pudar dan hilang.

Ini adalah antara set vitamin yang saya ambil bagi memastikan kulit saya seimbang.
 ESP Shaklee
 Vitamin C
 Vitamin E

Kombinasi antara Vitamin E + Vitamin C + Esp sangat-sangat superb hasilnya. Saya juga menggunakan Vitamin C sebagai masker pada waktu pagi dan Vitamin E sebagai masker diwaktu malam.

Hasilnya setelah mengamalkan vitamin tersebut adalah : 
 Liang2 pori di wajah saya yang besar dahulu akibat kesan jerawat kini semakin kecil dan tertutup.
 Blackhead & Whitehead berkurang
 Ketika saya mengenakan bedak di wajah juga kelihatan lebih rata dan flawless.
 Tak perlu belanja yang besar untuk mencari produk-produk yang mahal.
 Kini saya kurang ke mana2 spa untuk membuat facial,kerana kulit saya kini tidak seperti dahulu yang banyak dengan masalah.
 Kulit saya bertambah sihat dan anjal.
 Saya tidak lagi terpengaruh dengan lambakan produk yang merbahaya di luar sana
 Kulit kekal lembap dan lembut serta tidak berminyak 
 Kurang mengenakan mekup yang tebal dan merimaskan
 Kulit sihat secara semulajadi 
 Tampil lebih yakin

Hanya dengan vitamin Set Kecantikan Shaklee saya dapat mengembalikan kulit remaja saya yang dahulu di mana pernah dirosakkan oleh bahan-bahan kimia yang melekat di wajah saya kerana berpikiran singkat untuk tampak cepat cantik sebelum ini.

Apabila saya mula mengenali vitamin Shaklee baru saya sedar sebenarnya kecantikan luaran itu perlulah terlebih dahulu kita mengutamakan penjagaan dalaman . Yakni dengan mengkonsume vitamin yang cukup mineral, antioksidan, membantu penghasilan kolagen dan reproduktif. Mencegah itu lebih baik daripada merawat

Sekian sahaja perkongsian dari saya,segalanya adalah asbab untuk kita berikhtiar selebihnya Allah jualah yang mengizinkan. In Sha Allah.

P/s ringkas : Pilihlah bahan-bahan semulajadi yang selamat digunakan.


Semoga perkongsian daripada puan nurul ini bermanfaat untuk kita semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:





Tuesday, 7 November 2017

CARA PENJAGAAN KULIT WAJAH AGAR BERSERI DAN CANTIK



Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan panduan untuk menjaga kulit wajah baik secara moden mahupun secara tradisional. Semuanya terpulang individu untuk memilih cara yang paling sesuai dan terbaik unuk kulit wajah mereka.

Di bawah saya kongsikan beberapa cara untuk penjagaan kulit wajah agar kekal berseri dan cantik.


CARA PENJAGAAN KULIT WAJAH


1. Cuci muka sebelum tidur malam

Sebelum tidur seeloknya bersihkan muka anda daripada kotoran-kotoran tersebut untuk mengelakkan timbulnya jerawat. Jangan tidur tanpa menanggalkan make up untuk mengelakkan pori-pori dalam wajah sukar

2. Cuci muka lepas bangun tidur pada waktu pagi

Sepanjang waktu anda tidur juga kulit wajah anda akan mengeluarkan kotoran-kotoran dari muka anda dan akan terkumpul di sekitar wajah anda jadi anda harus mencuci kotoran yang terkumpul tersebut.

3. Bilas muka dengan sempurna

Selepas mencuci muka pastikan muka anda dibilas dengan sempurna. Jangan biarkan kesan sabun yang masih melekat pada wajah kerana kesan sabun itu mengandungi kuman dan akan membahayakan kulit wajah.


4. Kurangkan menyentuh muka

Kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman. Seelok-eloknya cuci tangan anda dengan air atau hand sanitizer sebelum menyentuh muka. Tangan yang kurang bersih akan menyebabkan timbul keradangan pada kulit muka dan jerawat.


5. Minum air kosong secukupnya dalam sehari

Pengambilan air kosong sekurang-kurangnnya 8 gelas sehari membantu untuk menghidratkan kulit wajah dan menyingkirkan bahan toksik dalam badan. Bahan toksik boleh menyebabkan jerawat pada muka jadi banyakkan pengambilan air kosong dalam seharian anda.

6. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Nutrisi dan zat-zat tersebut mempunyai vitamin yang membantu mencantikkan kulit dan menyihatkan kulit seperti lemon, limau nipis, tomato dan sebagainya.


7. Makan vitamin/suplemen

Memakan vitamin atau suplemen bukanlah satu perkara yang wajib, namun ia menjadi pilihan kerana gaya hidup yang sangat sibuk pada masa kini. Namun harus diingat, pemilihan vitamin/ supplemen hendaklan mempunyai cirri-ciri yang selamat, berkesan dan semulajadi.


Shaklee mempunyai beberapa vitamin yang sesuai dan selama di makan untuk menjaga kecantikan kulit wajah.




Esp Shaklee adalah pelengkap untuk kecantikan kulit kerana ianya mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tahukah anda, protein membantu menghasilkan collagen dalam badan dan seterusnya membantu memastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjamin.



Vitamin C Shaklee juga dapat menghasilkan kollagen dalam badan. Untuk anda yang tidak mampu consume Collagen Powder Shaklee, yess, ambillah Vitamin C Shaklee. Di samping sebotol Vitamin C Shaklee tahan sehingga 6 bulan, ianya akan membantu kulit mendapatkan tona yang sekata. Dan ternyata dengan pengambilannya secara konsisten akan menjadikan kulit lebih glowing dan radiant.


Vitamin E Shaklee mempunyai radikal bebas dengan ekstrak grape seed lagi dapat menjadikan kulit tampak lebih muda. Vitamin E Shaklee memang terbukti dapat menghilangkan parut dan mengatasi masalah blackhead dan whitehead. Ianya juga boleh dijadikan masker harian. Pengambilan Vitamin E Shaklee secara ternyata membuatkan kulit wajah lebih licin berseri. Sebotol Vitamin E Shaklee tahan 4 bulan tau.

B Complex Shaklee mengandungi set lengkap Vitamin B( 8 jenis). Wajah lebih glowing dan tidak kusam. Disamping sebotol B Complex Shaklee tahan sehingga 4 bulan ianya juga sebagai anti stress yang dapat mengelakkan jerawat batu dan jerawat biasa tumbuh di kulit wajah. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:





Monday, 6 November 2017

5 Tips Mengatasi Kulit Muka Yang Kusam Secara Semulajadi



Salah satu masalah kulit wajah yang sering dihadapi ialah masalah kulit kusam. Antara penyebab kulit kusam ialah  daripada tompokan sel kulit mati kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.


Ciri-ciri kulit kusam:

  1. Muncul Kedutan Atau Garis-Garis Halus Pada Kulit Wajah

  1. Lingkaran Hitam Di Sekitar Mata

  1. Kulit Wajah Terasa Kering


Penyebab kulit kelihatan kusam:

  • Stress

  • Pengambilan minuman beralkohol

  • Kurang waktu rehat

  • Diet yang tidak sihat

  • Merokok

  • Kesan produk kecantikan

  • Waktu tidur tidak teratur




Tips Mengatasi Kulit Muka Yang Kusam Secara Semulajadi


1.Sentiasa Memakai Pelindung UV


Sentiasa memakai krim UV untuk kulit yang lebih sihat tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam ofis.


2.Jaga Pemakanan


Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan harian. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi..


3. Hindari Stress


Kawal stress supaya tidak mempengaruhi kecantikan kulit.


4. Minum Air Yang Banyak


Minum air yang mencukupi untuk elak kulit kering. Antara panduan minum air yang popular dan berkesan ialah setiap 25 kg berat badan, perlu mengambil 1 liter air. Jika berat badan anda 50 kg, anda harus minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.


5. Ambil Suplemen

Pengambilan suplemen juga boleh membantu untuk proses menghilangkan kulit kusam. Antara vitamin Shaklee yang membantu ialah VIVIX SHAKLEE.
Vivix  mempunyai 13 kali ganda lebih antioksidan dimana ia membantu dan merawat sel kulit dari rosak.

Sifat utama antioksidan untuk kulit ialah meneutralkan kesan tindakbalas kulit pada serangan seperti sinar UV, hormon tak stabil, bakteria dan sebagainya.Selain itu, antioksidan juga menghalang penimbunan radikal bebas.Radikal bebas ialah sejenis sel yang rosak. Ini berlaku dalam proses penghasilan tenaga oleh sel.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:



Thursday, 22 June 2017

PETUA MENCERAHKAN DAN MENCANTKKAN KULIT WAJAH


Korang tengah buat apa tu? Tengah tercari-cari petua untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit? Jom saya kongsikan beberapa petua yang anda boleh cuba.


PETUA MENCERAHKAN DAN MENCANTKKAN KULIT WAJAH

1.Minum Air Putih Secukupnya



Tubuh perlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Minum air sekurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh mendapat air yang cukup, kulit juga kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.


2.Yogurt Asli



Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut tau dengan kesannya nanti.


3.Beras



Cara-caranya:
-Rendam Beras semalaman.
-Keesokan harinya tos dan jemur beras tersebut hingga kering.
-Setelah kering, tumbuk atau kisar sehingga halus bersama-sama dua hingga tiga helai daun sirih, sepotong ibu kunyit dan segenggam pucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur.
-Bancuh campuran tadi dgn air secukupnya dan sapukan pada kulit wajah.
-Selepas 15 hingga 30 minit, barulah cuci wajah anda.
-Sebaik-baiknya guna sebelum tidur,dua atau tiga kali seminggu,selamat mencuba.


4.Vivix Shaklee



-Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel. 

-Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

-Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

-Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)


CARA PUAN AZLINDA ISMAIL MENDAPATKAN KULIT WAJAH CERAH BERSERI.






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Azlinda binti Ismail, pengguna tegar Shaklee dari beberapa tahun yang lalu.



Dulu saya sangat skeptikal nak amalkan Vivix, sebab saya tak ada sebarang penyakit dan rasa tak perlu untuk ambilnya. Saya hanya pastikan ibu saya ambil Vivix setiap hari. Sehinggalah apabila saya melihat perubahan nyata pada ibu saya, saya mula berkongsi botol Vivix dengan beliau.



Saya amalkan sekali dengan Sustained Release Vita-C dan Vitamin E Complex. Alhamdulillah, kulit saya nyata lebih moist dan tidak terlalu kering seperti dahulu. Tumit yang merekah teruk kini semakin halus dan mulus.


Lebih menyeronokkan, berat statik yang saya alami semakin menampakkan penurunan apabila lebih konsisten mengambil Vivix.

Tak sia-sia saya amalkan Vivix walaupun saya rasa saya sihat. InsyaAllah, saya mahu diri saya lebih sihat di hari-hari tua saya nanti, dan akan teruskan pengambilan suplemen yang terbaik

Korang tengah buat apa tu? Tengah tercari-cari petua untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit? Jom saya kongsikan beberapa petua yang anda boleh cuba.



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh: