Tekanan Darah (Hypertension)
Tekanan darah tinggi atau hypertension
juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak
memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit
belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan
jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya
termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup
seseorang tersebut.
5 TIPS TURUNKAN
TEKANAN DARAH TINGGI
(KREDIT TO KEVIN ZAHARI)
1.
Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan
atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan
impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
2.
Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk
bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu.
Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
3.
Kurangkan pengambilan garam kepada kurang
daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan
darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan
yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
4.
Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah
sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari,
tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
5.
Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam
lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik
stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan
jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak
dari stres yang berpanjangan.
6. Makan
makanan yang mengandungi omega 3.
Omega 3 baik untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Vitamin Shaklee iaitu
Omega Guard Shaklee mengandungi Omega 3.
Selain
dari tips diatas, anda boleh mengamalkan pengambilan vitamin untuk membantu
menurunkan tekanan darah tinggi. (klik sini untuk cadangan vitamin).
“SAYANGI
DIRI ANDA, CEGAH SEBELUM PARAH”
0 comments:
Post a Comment