Dah macam-macam anda buat untuk turukan berat badan tapi tak menjadi? sampai fedup dah? Dah cari apa puncanya berat terlampau degil taknak turun? Kat bawah ni saya senaraikan 3 sebab kenapa berat badan terlampau degil untuk turun. Jom kita semak sama-sama.
3 SEBAB BERAT BADAN TIDAK TURUN:
1.KURANG TIDUR
Tidur yang normal adalah antara 7 ke 8 jam sehari. Apa akan jadi kalo anda kurang tidur? Hormon insulin akan meningkat jika anda kurang tidur yang akan menyebabkan cepat lapar serta menjadikan resistensi
insulin dimana resistensi tersebut akan membuat tubuh menyimpan banyak lemak. So make sure tidur anda cukup!
2. MAKAN BERLEBIHAN SELEPAS BERSENAM/BERSUKAN
Ada sesetengah daripada kita anggap tak apa kalo makan banyak lepas bersenam. Salah tau anggapan itu!! Memang anda akan berasa lapar selepas bersenam tetapi itu bukan tiket untuk anda pulun makan. Katakan anda bersenam dan hilang 500 kalori tetapi selepas itu anda makan 600 kalori bermakna anda tidak membuang lemak sebaliknya menambahkan lagi lemak!!
3. SKIP WAKTU MAKAN
Yang ni satu lagi cara yang salah yang anda tidak patut ikut. Rules yang betul anda tidak bolek skip waktu makan. Kenapa? sebab anda akan berasa lapar yang teramat sangat bila anda skip makan.. lepas tu confirm anda akan makan dengan banyak.
Jadi jom audit and checking ada tak kita buat salah satu perkara kat atas. kalau ada kena la buang habit tak baik ni ya.. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita. Stay tunued for next entry.
0 comments:
Post a Comment