Showing posts with label stress berat badan tak turun. Show all posts
Showing posts with label stress berat badan tak turun. Show all posts

Sunday, 24 April 2016

KENAPA BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN?



Dah macam-macam anda buat untuk turukan berat badan tapi tak menjadi? sampai fedup dah? Dah cari apa puncanya berat terlampau degil taknak turun? Kat bawah ni saya senaraikan 3 sebab kenapa berat badan terlampau degil untuk turun. Jom kita semak sama-sama.


3 SEBAB BERAT BADAN TIDAK TURUN:


1.KURANG TIDUR





Tidur yang normal adalah antara 7 ke 8 jam sehari. Apa akan jadi kalo anda kurang tidur? Hormon insulin akan meningkat jika anda kurang tidur yang akan menyebabkan cepat lapar serta  menjadikan resistensi insulin dimana resistensi tersebut akan membuat tubuh menyimpan banyak lemak. So make sure tidur anda cukup!




2. MAKAN BERLEBIHAN SELEPAS BERSENAM/BERSUKAN


Ada sesetengah daripada kita anggap tak apa kalo makan banyak lepas bersenam. Salah tau anggapan itu!! Memang anda akan berasa lapar selepas bersenam tetapi itu bukan tiket untuk anda pulun makan. Katakan anda bersenam dan hilang 500 kalori tetapi selepas itu anda makan 600 kalori bermakna anda tidak membuang lemak sebaliknya menambahkan lagi lemak!!





3. SKIP WAKTU MAKAN




Yang ni satu lagi cara yang salah yang anda tidak patut ikut. Rules yang betul anda tidak bolek skip waktu makan. Kenapa? sebab anda akan berasa lapar yang teramat sangat bila anda skip makan.. lepas tu confirm anda akan makan dengan banyak.


Jadi jom audit and checking ada tak kita buat salah satu perkara kat atas. kalau ada kena la buang habit tak baik ni ya.. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita. Stay tunued for next entry.


Saturday, 6 June 2015

Koleksi testimonial pengguna set turunkan berat badan shaklee

Assalamualaikum, hai semua

Kali ni entry kita santai-santai aje ye cuci mata tengok koleksi testimonial pengguna set kurus shaklee atau set turunkan berat badan.

Sebelum tu kalo nak tengok testimonial saya sendiri (malu hehe) boleh klik sini.

Jom mari kita mengembara lihat koleksi-koleksi yang sempat saya compilekan untuk tatapan anda semua.


KOLEKSI TESTIMONIAL PENGGUNA SET KURUS/TURUNKAN BERAT BADAN SHAKLEE 


Testimonial 1
cinch chake, alfalfa,omega,lecithin (mama a.k.a nany shaklee saya)



Testimonial 2
lecithin,herb-lax,alfalfa,esp




 Testimonial 3
herb-lax,lecithin,cinch shake, gla


 
 Testimonial 4

esp




 Testimonial 5
cinch shake,alfalfa,lecithin



Testimonial 6
alfalfa, lecithin




Testimonial 7
herb-lax, lecithin, cinch shake





 Testimonial 8
lecithin,alfalfa, omega




 Testimonial 9
lecithin, alfalfa,herb-lax



Alhamdulillah mereka semua sudah berjaya. Anda pula? Jom kongsikan bersama saya testimonial anda.

Sebarang pertanyaan dan pesanan:

Id:908559
012-5932706
zannahoney2yahoo.com
Fb: hanee's wardrobe

Saturday, 27 December 2014

Stress berat badan tak turun walaupun dah makan set kurus shaklee?! Di mana silapnya?!

Assalamualaikum dalam satu malaysia....

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu terima sms dan whatsapps daripada pengguna-pengguna Set Kurus Shaklee yang mengeluh dan mengadu masalah yang mereka hadapi. Ramai di antara mereka, dan mungkin juga anda yang membaca ni, dah berhabis ratusan ringgit membeli Set Kurus Shaklee… Beli Set Kurus Optimum lagi, bukannya setakat set budjet. Kemudian, dah makan ikut saranan dan jadual yang pengedar berikan… Tapi, kecewa… dan terus kecewa… Berat tetap tak turun…Jarum penimbang masih lagi duduk di takuk yang sama. Malah, badan macam makin dipam-pam besarnya…

Stress kan?

Kenapa agaknya ye?

Di manakah silapnya?

Adakah silap Set Kurus Shaklee yang memang dah sedia kala kita tahu keberkesananya? Ataupun salah diri kita sendiri, yang mungkin terlepas pandang beberapa perkara untuk berjaya dalam misi menguruskan badan?


Kali ni saya nak kongsikan 7 perkara yang nampak mudah, tapi sangat besar impaknya kepada kesan penurunan berat badan kita. Kepada yang dah ambil Set Kurus Shaklee, tapi berat tetap tak turun-turun, badan tetap tak kurus-kurus, sila semak semula 7 point penting ni ye. Supaya anda tahu apa punca diet anda dengan Set Slimming Shaklee kurang berjaya.

 

  • Elak Waktu Makan.

Ramai yang beranggapan, dengan ‘skip’ waktu makan adalah cara yang terbaik untuk cepat kurus. Namun, tahukah anda bahawa, jika kita biarkan perut kita kosong tanpa diisi apabila tiba waktu makan, ia akan membuatkan kadar metabolisme turundan akan menggalakkan kita makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya? Inilah yang menyebabkan badan makin gemuk… Oh…sangat scary 

Seeloknya, setiap kali tiba waktu makan, isilah perut kita dengan an yang seimbang dan berkhasiat. Seperti contoh, jangan sekali-kali tinggalkan waktu breakfast. Isilah perut dengan sumber makanan yang membekalkan tenaga ke pada kita untuk memulakan hari dengan baik. Takdelah lemau je nanti kan? Saranan terbaik daripada saya, boleh ambil Cinch Shake Shaklee ataupun ESP untuk sarapan pagi yang sangat berkhasiat untuk anda. Ingat ye, jangan sekali-kali biarkan perut kita kosong!



  • Malas Nak Bersenam

Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam atau mengeluarkan peluh. Tahukah anda, bila kita mengeluarkan peluh, kita akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Jadi pembakaran lemak akan lebih cepat berlaku. Lebih mudah badan kita nak kurus. Sangat simple kan? Kalau takde masa nak pergi bersenam, amalkan senaman ringkas seperti parking kereta jauh sedikt daripada pejabat, dan jalanlah kaki. Sambil-sambil keluar peluh, boleh dapat kaki yang cantik tau! Tak pun naik tangga dan bukannya lif. Jadikan ianya MUDAH…barulah kita tak rasa tertekan bila buat. Dan kalau nak membantu badan kita untuk lebih cepat berpeluh, boleh amalkan minum Cinch Tea Mix setiap hari. Badan kita akan mudah berpeluh dan rasa ringan jek..



  • Tak Nak Ambil Kalori

Setiap hari badan kita perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak, mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah; 

Lelaki ~ 2000-2500 kalori setiap hari

Wanita ~ 1600-2000 kalori setiap hari

 

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??

Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA. Jadi, walaupun kita sedang dalam fasa menurunkan berat badan, kena ingat.. Tetap kena makan.. Tapi kawal kalori yang anda ambil.. Bukan tak makan langsung.. Kita nak kuruskan badan secara sihat kan?


  • Hanya Makan Buah dan Sayur

Ramai antara kita yang beranggapan, kalau makan nasi berat lagi cepat naik dan takkan turun. Dan kadang-kadang sanggup menahan lapar dan memberi seribu alasan bila diajak makan. Kita tidak perlu takut dengan sumber karbohidrat. Sebaliknya pilihlah makanan yang rendah karbohidrat seperti roti mil penuh. Ataupun boleh juga gantikan dengan pasta. Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi. Terdapat jugak ‘whole wheat’ pasta yang mengandungi serat yang tinggi. Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih sihat.

Dan… kalau nak lebih mudah, amalkan pengambilan Cinch Shake Shaklee dan boleh ditambah bersama ESP untuk ibu-ibu menyusu.


  • Suka Salad Mayonis
Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung. Gerenti berat badan anda takkan turun. Lebih baik ambil salad tanpa mayonis. Kan lebih sihat menunya… Ye tak?

  • Tak Minum Susu Langsung

Tahukah anda bahawa susu dapat membantu mengekalkan berat badan? Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya. Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas. Jadi rajin-rajinlah amalkan pengambilan susu rendah lemak ye.. Ingat…bukan susu pekat manis tau!


  • Cara Pengambilan Set Kurus Shaklee yang Tidak Tepat

Ramai antara anda yang kurang berjaya turunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee adalah mungkin sebab cara pengambilan yang tidak sesuai dengan badan sendiri. Dan ada juga yang beritahu saya, pengedar memberikan info yang salah tentang cara pengambilan dan overdose. Saya berikan jadual yang exclusive serta consultation berterusan HANYA kepada customer Set Kurus Shaklee saya. Sebab ianya memang exclusive. Kerana setiap daripada kita tidak sama kesannya. Namun, sekiranya anda ingin sembang atau tanya pendapat saya mengenai pengalaman saya menurunkan berat dengan Set Kurus Shaklee, boleh hubungi saya melalui whatsapp di 012-5932706. Perkenalkan diri anda dan kita sembang sebagai kawan.. 


 

Jika anda mahu menurunkan berat badan secara sihat dengan Shaklee, dan ingin mendapatkan jadual makan serta consultation yang exclusive daripada saya sebagai pengedar pilihan anda,

Hubungi saya segera, sebelum masalah berat badan ini semakin menyelubungi anda…

SMS/Whatsapp : 012-5932706