Wednesday, 20 April 2016

5 jenis sayuran yang membantu diet untuk menurunkan berat badan



Prinsip utama untuk menurunkan berat badan adalah dengan kawalan pemakanan. Namun harus diingat, diet dengan skip makan samada waktu sarapan, makan tengah hari mahupun malam adalah cara yang tidak tepat.

Diet yang sebenar adalah kena makan tetapi dalam kuantiti yang diperlukan sahaja. So, hari ni saya nak kongsikan 5 jenis sayuran yang boleh membantu diet anda untuk menurunkan berat badaan. Actually banyak lagi makanan dan sayuran mahupun buah-buahan lain yang boleh membantu diet anda, tetapi hari ni saya kongsikan sayuran yang mudah didapati dan selalu kita makan. 



5 jenis sayuran yang membantu diet untuk menurunkan berat badan.


1.Timun


Timun merupakan sayuran yang baik dalam diet menurunkan berat badan yang mana ia mempunyai  jumlah air yang banyak dan mengandungi 45 kalori dimana dengan kombinasi ini dapat memberikan tenaga dan mengeyangkan perut agar tidak lapar .


2. Bayam

Bayam memiliki kandungan serat yang tinggi dimana serat adalah baik untuk sistem pencernaan. Dikatakan bayam mampu mengurangkan kadar air yang berlebihan di dalam badan sekaligus membantu anda untuk menurunkan berat badan.



3. Kubis


Kubis mengandungi vitamin c dan anti-oksidan dimana ia baik untuk sistem imunisasi badan kita. Ia juga syuran yang baik dalam membantu diet anda menurunkan berat badan.



4. Brokoli



Sayuran hijau ini terkenal dengan kandungan anti-oksidan yang tinggi . Rasa pahit yang terkandung didalam brokoli (sesetengah tidak rasa)  akan membantu memecahkan lemak dalam badan. 



5. Tomato



Kandungan kalori yang sangat  rendah di dalam tomato adalah baik untuk membantu diet menurunkan berat badan dan juga bagi mereka yang sedang berusaha untuk mengempiskan perut.


Demikian 5 jenis sayuran yang anda boleh jadikan menu dalam diet harian anda. Namun harus diingat bukan lima jenis sayuran ini shaja yang dapat membantu anda menurunkan berat badan. Banyak lagi sayuran lain, cuma kali ini saya ketengahkan lima jenis sahaja. Untuk cadangan buah-buahan pula anda boleh KLIK SINI untuk info. 

Stay tuned for my next entry...........

0 comments: