Thursday 31 March 2016

Apa itu Bell Palsy dan bagaimana mencegahnya berulang



Palsi Bell (Inggeris: Bell's palsy) ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersifat sementara. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka sepertibarah otak, strok dan penyakit Lyme. Tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama palsi Bell. Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menemuinya.


Bagaimana Bells Palsy boleh berlaku?


Tiada kajian secara saintifik ditemui yang boleh menyebabkan terjadinya Bells Palsy.
Ada beberapa kajian menunjukkan ia terjadi disebabkan oleh kulat Herpes. Yang mana juga menyebabkan demam campak (chicken pox) ataupun penyakit kayap.
Paling ketara, ia terjadi disebabkan oleh tekanan. Mungkin tidak sedar terlalu banyak kerja di pejabat ataupun tertekan dengan peperiksaan. (Ramai anak gadis sedang mengambil peperiksaan dan ada masalah ini).
Dan wanita paling mudah terkena Bells Palsy nie tau. Terutamanya bagi ibu yang mengandung.
Juga berkemungkinan pengidap migrain mempunyai potensi besar untuk terjadinya Bells Palsy.


Gejala Bells Palsy


Gejala penyakit ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejala ini termasuk:
·         perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
·         kesukaran ketika makan dan minum
·         melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
·         kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
·         mata atau mulut yang kering
·         rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
·         kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
·         sakit kepala
·         kehilangan deria rasa
·         sakit di belakang atau di depan telinga
·         kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
·         gerenyetan di muka
·         rasa lemah di muka


Cara rawat Bells Palsy:



1. Untuk mengurangkan radang dan pembengkakan.
Doktor akan bagi steroid (Prednisone) untuk anti radang pada saraf otot
2. Mengawal jangkitan
Ubat antiviral (anti-virus) akan diberikan seperti acyclovir untuk melawan virus herpes. Untuk menghalangkan jangkitan yang boleh menyebabkan keadaan saraf lebih teruk.
3. Ubat tahan sakit
Ubat penahan sakit seperti aspirin, acetaminophen, dan ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan.
4. Penjagaan mata
Kelopak mata memang tidak boleh ditutup sepenuhnya. Ini menyebabkan mata menjadi kering dan pedih.
Untuk tidur boleh pakaikan penutup mata untuk elak terdedah kepada cahaya. Memang boleh merosakkan mata.
Dapatkan nasihat doktor untuk menggunakan titisan mata (airdrop) yang sesuai. Jangan beli sembarangan di farmasi tanpa nasihat doktor.
Kerapkan titis di mata seandainya anda bekerja dalam suasana ber air-cond.
5. Vitamin Methycobal/ Methycobalamin
Iaitu sejenis supplement untuk saraf kita. Ia adalah vitamin B12. Iaitu membantu fungsi saraf sekaligus mengurangkan keradangan dan tekanan.


AWAS
**Elakkan daripada mengurut dengan mana-mana tukang urut kerana boleh menganggu keadaan otot saraf yang rosak. Mungkin akan lebih memburukkan keadaan.



TESTIMONIAL VIVIX SHAKLEE DAN BELLS PALSY













Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan hubungi ruzanna di talian 012-5932706.

0 comments: