Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris =
diabetes mellitus merupakan
sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi
kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air,
dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak
2,000 tahun dahulu. Perkataanmellitus kemudiannya
ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes
Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing
manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan
hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Punca
berlakunya Kencing Manis/Diabetes
1)
Berat Badan Berlebihan
Lebih dari 85 % penderita diabetes diketahui memiliki lebihan berat badan. Obesiti sering dikaitkan dengan risiko diabetes
2)
Pemakanan Tinggi Gula & Lemak
Salah satu faktor utama penyebab diabetes adalah gemarnya seseorang dalam pengambilan makanan yang tinggi gula dan lemak. Makan makanan tinggi gula dan lemak menjadi punca kenaikan berat badan, yang pada akhirnya akan meningkatkan insulin sehingga risiko terkena diabetes pun menjadi meningkat.
3)
Faktor Disebabkan Dari Keturunan
Satu kajian yang dijalankan ke atas penduduk tempatan mendapati 11.7% daripada pesakit diabetes yang dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur mempunyai sejarah penyakit diabetes yang positif. Kajian awal ada menunjukkan penyakit diabetes sering menimpa pasangan kembar serupa. Kebarangkalian 60% untuk seorang kembar mengalami penyakit ini setelah dewasa jika kembar seorang lagi mempunyai penyakit diabetes iaitu diabetes yang tidak bergatung pada insulin.
4)
Kurang Aktiviti Bersukan
Tidak aktif dan kurang bersenam berkaitrapat dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Senaman dapat melindungi seseorang dari mendapat kencing manis iaitu dengan cara meningkatkan kesan atau sensitiviti insulin.Senaman yang dilakukan secara teratur baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan ia akan mengurangkan kandungan gula dalam darah.
· - Sering
dahaga dan sering perlu minum air.
· -Sering
ketandas.
· -Terasa
badan lemah.
· -Berat
badan turun dengan cepat
· -Penglihatan
semakin kabur.
· -Terasa
pening kepala.
Kadang-kala pengidap kencing
manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat
menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang
berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing
manis sekali setiap tahun.
Berikut
adalah 8 makanan bagi diet kencing manis anda untuk membantu anda menurunkan
paras gula dalam darah:
1. Ubi
keledek
Makanan glisemik yang rendah akan membantu anda mengurangkan paras gula Ubi keledek mengandungi serat yang tinggi daripada kentang biasa, tinggi anti-oksidan, dipercayai mempunyai kesan positif kepada rintangan insulin. Komponen Vitamin B6 yang tinggi yang ditemui dalam ubi keledek juga membantu mengurangkan risiko kencing manis penyakit jantung.
Hasil penyelidikan mendapati salah satu rempah iaitu Cinnamon atau kulit kayu manis dapat membantu menurunkan bacaan gula dalam darah.
3. Avacado
Lemak sihat buah-buahan ini telah menunjukkan untuk meningkatkan sensitiviti insulin anda dan merendahkan paras gula dalam darah.
4. Kacang
Seperti avacado, kacang juga tinggi dalam lemak, dimana dapat membantu lebih rendah rintangan insulin. Contoh kacang yang sihat adalah pecans, badam, cashews, walnut dan kacang tanah.
5. Cuka
Kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Arizona menunjukkan bahawa cuka, bahan aktif asid asetik, mengurangkan tahap glukosa berpuasa dan selepas makan. 2-3 Sudu besar setiap hari cuka epal adalah dos berkesan.
6. Buah ceri
Buah ceri adalah makanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis jenis 2. Ia mengandungi tahap anti-oksidan yang tinggi dan serat yang membantu anda meningkatkan pengeluaran insulin anda dan mengurangkan kolesterol anda. Mereka anda juga rendah kalori.
Selain
pemakanan, pengambilan supplement juga boleh membantu menuunkan bacaan gula
dalam darah. KLIK SINI untuk lihat bagaimana supplemen Shaklee-VIVIX membantu menurunkan
bacaan gula dalam darah.
Untuk
pertanyaan atau pesanan.. hubungi saya ruzanna di talian 012-5932706
0 comments:
Post a Comment