Friday 5 June 2015

Cadangan vitamin bagi kanak-kanak obesiti dan tips penyediaan makanan untuk anak-anak obesiti

Assalamualaikum salam sayang semua.. hari ni nak share tentang vitamin yang boleh membantu menurunkan berat badan bagi kanak-kanak obesiti. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini (klik sini) obesiti boleh terjadi di kalangan kanak-kanak juga.


Vitamin apa yang boleh bantu kanak-kanak obesity turunkan berat badan?

Terdapat dua jenis vitamin yang sesuai untuk membantu kanak-kanak menurunkan berat badan iaitu mealshake Shaklee dan juga omega guard Shaklee.


Mealshake Shaklee



Mealshake boleh membantu masalah obesiti dikalangan kanak-kanak dimana berperanan memberikan rasa kenyang dan bertenaga. Mealshake memang akan meningkatkan selera makan akan tetapi ia tidak akan menggemukkan badan kerana hanya pengambilan makanan segera dan makanan ringan sahaja akan meningkatkan berat badan.

khasiat mealshake

kandungan mealshake



Omega guard Shaklee




Omega guard Shaklee mempunyai omega-3 yang mengeluarkan lemak-lemak berlebihan disarming menambah daya minda kanak-kanak. Didalam setiap gel omega guard mengandungi 360mg DHA dan 540mg EPA yang membantu kanak-kanak focus dalam pembelajaran dan bersemangat ke sekolah.


omega guard 



Dah tengok fungsi dan khasiat setiap vitamin di atas kan? Sekarang saya kongsikan pula tips penyediaan makanan untuk kanak-kanak obesiti.


4 Tips Sediakan Menu Makanan untuk kanak-kanak Obesiti


Kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti berdepan dengan masalah kesihatan yang membimbangkan di masa hadapan.  Ibu bapa perlulah memainkan peranan di dalam merancang corak pengambilan makanan anak-anak untuk membantu mereka mengatasi masalah ini.


1) Keseimbangan Nutrien


Setiap hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari & makan malam perlu mengandungi kesemua komponen nutrien seperti: 
  • Karbohidrat untuk membekalkan tenaga (nasi, mihun, roti, makan berasaskan tepung, ubi-ubian & sebagainya) 
  • Protein untuk tumbesaran (ikan, ayam, daging, kekacang)
  • Sedikit Lemak (minyak, marjerin, mentega) 
  • Sekurang-kurangnya 2 hidangan sayur-sayuran & buah-buahan setiap hari untuk membantu proses penghadaman
2) Saiz Hidangan Yang Betul


Cara yang paling mudah untuk penetuan saiz hidangan seimbang adalah seperti berikut;
  • Membahagikan pinggan berdiameter 7 inci kepada 4 bahagian yang sama rata 
  • Pastikan 1/4 bahagian pinggan dipenuhi dengan kumpulan Karbohidrat 
  • 1/4 lagi dipenuhi dengan kumpulan Protein 
  • 1/4 lagi dipenuhi dengan Sayur-Sayuran yang pelbagai warna (kanak-kanak suka dengan warna-warni) 
  • 1/4 terakhir dipenuhi dengan Buah-Buahan

3) Menyediakan Pelbagai Jenis Makanan


Kanak-kanak mudah jemu dengan sajian sama yang disediakan maka kepelbagaian makanan akan menjadikan makanan lebih sedap dimakan. Kepelbagaian makanan juga akan memberikan khasiat yang berlainan kepada anak anda kerana setiap makanan mempunyai kelebihan & khasiatnya yang tersendiri.

Bagi kanak-kanak yang tidak menyukai makanan tertentu seperti sayur-sayuran, cara yang paling mudah ialah memperkenalkan makanan ini secara berkala seperti sekali setiap 2 minggu dalam kuantiti yang sedikit serta menggunakan cara masakan yang berbeza. Pengulangan yang berterusan biasanya membuahkan kejayaan serta kekal menjadi tabiat makan mereka sehingga dewasa.


4) Kunyah Secara Perlahan


Kanak-kanak obesiti sering kelihatan gelojoh ketika makan. Nasihati mereka untuk mengunyah makanan secara perlahan. Makanan yang dikunyah dengan perlahan bukan sahaja baik untuk penghadaman malah menjadikan mereka cepat berasa kenyang serta tidak makan secara berlebihan.


Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Id:908559
012-5932706
Fb:hanee’s wardrobe



0 comments: