Assalamualaikum
salam sayang semua.. maafla lama tak menulis atas sebab kesibukan keje hehe..
hari ni nak konsi sikit panduan mengurangkan sakit kepala….
1•
Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu
akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak.
2•
Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari.Kekurangan air antara penyebab
utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula
menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain.
3•
Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan
diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah.
Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau
gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal.
4•
Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau
sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala.
5•
Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan
berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil
memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan
.6•
Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit
kepala.
7•
Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala
dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam
dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara
ini boleh melegakan sakit kepala.
8•
Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala.
9•
Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji
limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika
memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah.
Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian
jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan
hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.
(sumber:
mymetro : 2014/01/27)
Apa suplemen Shaklee yang boleh diamalkan
untuk mengurangkan sakit kepala:
Dua suplemen yang dinyatakan ni bukan sahaja
sesuai untuk mereka yang mengalami masalah pening/sakit kepala malah AMAT
DICADANGKAN untuk wanita yang kerap mengalami PMS (sindrom pra haid). Kalau
rasa tiap-tiap bulan tu, setiap kali 'datang bulan' rasa angin je satu badan,
elok ambil suplemen ni. Juga bagi mereka yang kerap mengalami senggugut.
Nak beli sendiri
thru online nip on boleh.. klik link dibawah…
Untuk keterangan
lanjut boleh hubungi maklumat tertera:
Id:908559
012-5932706
Fb : Nor Ruzanna
Hanee
Fb page: Hanee’s
Wardrobe
0 comments:
Post a Comment