Friday, 9 January 2015

5 Makanan Penambah Selera Makan



Assalamualaiakum salam sayang semua..

Lately ni saya selalu hilang selera makan.. Kadang-kadang terlampau berselera kadang-kadang langsung tak lalu nak makan.. Hari ni jom saya kongsikan 5 makanan yang membantu atasi hilang selera makan.. 

Makanan Penambah Selera Makan

Cubalah makan makanan yang dapat merangsang nafsu makan seperti makanan yang disukai misalnya. Namun jika makanan yang disukai juga tidak 'berhasil' mengembalikan nafsu makan, 5 makanan ini dapat menjadi penambah nafsu makan : 

1) Krim pisang - sebagai penambah nafsu makan, baik untuk anak2 mahu pun orang dewasa. Krim ini akan lebih baik bila ditambah dengan madu sehingga berkhasiat dalam menambah tenaga. 

2) Makanan penyedap rasa - seperti Monododium Glutamat (MSG) atau makanan-makanan yang mengandung pemanis kimia. Sejumlah bukti menunjukkan bahawa pemanis kimia dapat merangsang nafsu makan dan mendorong untuk makan lebih banyak. TETAPI, makanan ini tidak baik bagi tubuh jika diambil terlalu banyak atau kerap kerana boleh menjadi penyebab kanser.



3) Susu dan keju - merupakan makanan berlemak yang kaya besi, magnesium, dan kalium. Keduanya dapat menjadi perangsang nafsu makan yang baik. 

4) Makanan kaya serat - merupakan bahagian penting dari diet namun makanan ini akan menyebab perut kembung jika anda sudah tidak makan secara teratur selama beberapa waktu. Anda masih boleh mendapatkan serat yang mudah dicerna dari makanan seperti kentang dan sayuran, pisang serta nasi. Cubalah mengambil makanan kaya serat dalam jumlah kecil dahulu sehingga selera makan semakin membaik. 

5) Buah berry dengan yogurt - mampu memulihkan selera makan dengan makanan berpenampilan menarik dalam kadar kecil. 


Langkah Atasi Masalah Hilang Nafsu Makan :

Hindari Stress - Stress terbukti merupakan salah satu PUNCA UTAMA hilangnya nafsu makan. Untuk hindari stress amalkan gaya hidup yang tenang/relaks dengan rekreasi atau melakukan kegiatan sesuai hobi anda. Makanlah banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk 'menimbul' kan nafsu makan. Makanlah makanan yang baru dimasak (masih hangat) dan kaya rempah. Makanan yang hangat dan kaya rempah akan meningkatkan nafsu makan secara cepat. 

Gunakan Suplemen Vitamin Penambah Nafsu Makan - Untuk hal ini amat penting dirujuk kepada farmasi, klinik atau doktor yang berkelayakkan.

Nak order vitamin shaklee? Hubungi maklumat tertera:

Id:908559
Fb:nor ruzanna hanee
Fb page: hanee's wardrobe

0 comments: