Tuesday, 23 September 2014

Hari ke 8- Cabaran entry blog

HIJAB- tuntutan agama atau sekadar fesyen?

Hai semua.. Maaf lambat bersiaran.. Hari ini hari penuh dengan urusan.. Tp dalam sibuk sempat saya membaca satu artikel dari sinar harian.. Tgk tajuk entry saya berkisar tentang hijab.. Jom saya kongsikan .. (Gambar dibawah sekadar hiasan)



HIjab bukan sekadar fesyen?!

BENARKAH fesyen berhijab kebanyakan masyarakat hari ini berlebih-lebihan? Jika diperinci bukan sahaja kalangan artis, orang biasa kadang kala tidak ketinggalan 'terlebih' dalam hiasan dan aksesori.

Lihat saja gaya bertudung ada yang ala Lady Gaga, penuh dengan hiasan seperti manik dan labuci di kepala, selain warna 'fancy' yang menarik orang lain untuk melihatnya, hingga nampak seperti berlumba-lumba ingin lebih cantik.

Tidak kurang pula sesetengah mereka bertudung dengan sengaja menampakkan subang besar bergayutan di telinga, sanggul terlalu tinggi seperti bonggol unta, hiasan bunga setompok besar di kepala, serta memakai shawl entah berapa kali lilitan, selain beberapa lapis anak tudung yang diselang-selikan warnanya.

Tudung jenis turban pula dikatakan menjadi pilihan masa kini, dikatakan mudah dipakai, senang bergerak dan mudah digayakan, biarpun kelihatan agak tebal menutupi kepala.

Kita yang melihat ini pula terasa panasnya melihat fesyen sedemikian rupa apatah lagi dalam iklim khatulistiwa negara ini.

Sama ada kurang prihatin dengan maksud sebenar berhijab, kelompok ini seakan tidak peduli dan bangga dengan fesyen tudung digayakan... kononnya mahu mempunyai gaya tersendiri atau mengikut artis atau idola mereka, seperti dalam hati mereka berkata, "Suka hati akulah" atau mungkin "Biarlah apa orang nak kata, janji aku tak kacau orang,".

Bagaimanapun salah satu ayat tentang penggunaan jilbab dalam al-Quran, mungkin boleh menjadi panduan kita iaitu ertinya: "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang". (Surah Al-Ahzab: 59)  

Apa pun, biarpun mahu berfesyen, yang penting perlulah menutup aurat, ada cara atau batasan, selain mengikut kesesuaian agama, iklim, budaya, adab dan adat kita.

Bagi wanita Muslimah, jangan pula terikut-ikut fesyen bertudung, sehingga cara pemakaian menyamai agama atau budaya luar dari Islam.

Memakai tudung bukan sekadar untuk memenuhi kewajipan tapi haruslah tahu makna sebalik tudung itu.

Ada yang menggunakan tudung hanya untuk berfesyen, ada pula yang sememangnya tahu hukum memakainya.

Tudung bukan hanya untuk menutup aurat tapi mendidik kita menjaga akhlak. Jika hanya memakai tudung tapi tidak menjaga akhlak untuk apakah tudung itu dipakai, umpama hanya mahu mempermainkan agama dan tuntutan serta suruhan ALLAH kepada hambanya. Fahamilah makna disebalik tudung...

Moga sedikit perkongsian ini menjadi pengajaran untuk saya dan anda semua.. Hingga bertemu lagi ye :)

Id: 908559
zannahoney@yahoo.com
fb:hanee's wardrobe

0 comments: