Wednesday, 24 September 2014

Hari ke 9- Cabaran entry blog

Selfie ade keburukan?!

Hai semua.. Salam sejahtera salam satu malaysia.. Hari ni saya nak kongsikan sikit mengenai selfie.. Apa itu selfie?! Adakah ia ada keburukan?!

Selfie membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuat naik ke dalam laman web.      
      
Pada 2013, perkataan ini mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial.

Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, like dan sebagainya.
  



Betul ke ade keburukan suka selfie?! 

Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular ‘selfie’ boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan. (Credit to melvister.com)

Ha .. Rupenye ade jgk keburukan selfie ni.. Dr fanatik kemaruk nk selfie baikla buat sesuatu yg berfaedah .. Tanam bunga ke Berbisness shaklee ke ( cewah promote plak hehe)Tp x salah nk berselfie janji tau had, batasan, masa dan tempatnye.. Ok la.. Hingga ketemu lagi .. Holla semua..

Id:908559
zannahoney@yahoo.com
Fb:hanee's wardrobe




0 comments: