Thursday 18 September 2014

Hari ke 3- Cabaran entry blog

Assalamualikum & salam sayang semua followers :) hari ni saya nak kongsi vitamin kedua yang saya makan selepas pembedahan..tp sebelum tu saya akan ceritakan sedikit info tentang penyakit yang saya hadapi iaitu slipped disc..

Slipped disc secara ringkasnya bermaksud tulang belakang yang teralih atau meggelongsor dari kedudukan asal yang disebabkan oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan.Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan yang melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas dan pergerakan akan terbatas.

Slipped disc boleh dirawat melalui 3 kaedah:

1-Phisiotherapy: menjalanj sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.

2-Stereoid: untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan.

3-Pembedahan: Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepinga  besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.

Mcm kes saya saya perlu menjalani pembedahan dimana tulang dan disc yang terkeluar dikikis.. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar.. 


Untuk penyembuhan luka pembedahan, saya mengambil zinc shaklee..



Zinc shaklee mengandungi 120 tablet dan tahan sehingga 4 bulan.. Zinc shaklee mempunyai manfaat untuk menyembuhkan luka.. Selain itu ia baik untuk mengawal kelemumur dan untuk kesihatan kaum adam..

Sekian coretan saya untuk hari ini.. Nantikan next entry saya.. Salam sayang :)

Id:908559
Fb:hanee's wardrobe
Email:zannahoney@yahoo.com

2 comments:

Faiz Saaid said...

Hooo bagus makan zinc

Unknown said...

Aah, sgt2 membantu proses penyembuhan luka :)