Friday, 19 September 2014

Hari ke 4- Cabaran entry blog

TIPS KEMAS RUMAH

Salam sayang semua.. Hari ni kita bersiaran langsung dari dewan fisioterapi hospital, tengah berfisio pon boleh menaip entry heheh.. Hari ni saya akan kongsikan vitamin ke 3 yang saya makan dikala sakit ni tapi sebelom tu saya akan kongsikan sedikit tips cara untuk mengemas rumah..

Berikut ada beberapa tips mudah untuk membersihkan rumah dengan pantas atau cepat. (Credit to women online magazine)

1. Basuh pakaian setiap hari

Jangan tunggu hujung minggu dengan pakaian penuh dan berselerak barulah hendak dibasuh. Jadikan tabiat basuh satu ‘load’/mesin setiap hari.

Sebaik saja bangun tidur masukkan pakaian dalam mesin basuh. Selepas siap, jemur . Jikalau ada mesin pengering kain lagi bagus. Selepas pakaian sudah kering , segeralah melipatnya. Usah ditangguh!

2. Jadikan  kerja mengemop lantai

Salah satu tugasan yang penting adalah mengemop lantai. Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan.

Oleh itu kerja-kerja mengemop senang dilakukan dan sebaiknya dibuat pada ketika cuaca panas. Jika dilakukan pada waktu hujan atau tidak berapa panas, lantai akan jadi lambat kering.

3. Pengurusan memasak yang mudah

Kadang-kadang memasak memang memenatkan sebab apabila sebut memasak, banyak kerja-kerja yang terlibat seperti proses menyediakan bahan, membasuh pinggan mangkuk, menggelap meja, dapur dan lain-lain.

Tips yang paling mudah adalah sediakan bahan-bahan masak terlebih dahulu. Kalau rancang apa yang hendak kita masak selama seminggu, lagi bagus. Bolehlah bahan-bahan tersebut kita sediakan pda hujung minggu. Jadi, apabila bahan-bahan masakan sudah sedia,proses memasak pun akan jadi lebih mudah, cepat dan menyeronokkan.

4. Pengurusan kain baju yang mudah

Bila sebut kain baju, ada tiga langkah yang memang akan kita buat iaitu basuh, lipat dan susun. Tapi bahagian yang paling malas hendak buat adalah melipat baju!

Tips paling mudah dilakukan adalah sewaktu menyidai pakaian tersebut, gantung atau disangkutkan sahaja. Contohnya seperti kemeja. Ketika mengangkat pakaian, ambil kemeja tersebut dan terus sangkut dalam almari. Siap satu kerja!

5. Gunakan bantuan mesin

Masa kini begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah.

Contohnya penggunaan penyedut hampagas, penggunaannya lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi iaitu penyapu.

Ha, memgemas mengemas juga tapi pastikan ia dilakukan dengan posture badan yg betul dan tidak memudaratkan tulang anda.


Untuk menjaga kesihatan tulang , bolehlah mengamalkan ostematrix shaklee.. Ostematrix menjadi peneman saya selepas pembedahan slipped disc.



Ostematrix mengandungi 120 tablet tahan diantara 1-2 bulan bergantung kepada cara penggunaannya.. Ostematrix baik untuk kesihatan tulang, untuk ibu hamil &untuk insomnia.. Pada yang tak suka minum susu ostematrix adalah pilihan terbaik untuk anda.

Sekian dulu nantikan next entry saya.. Stay tune :)

Id:908559
Fb:hanee's wardrobe
Email:zannahoney@yahoo.com

0 comments: