Monday, 20 November 2017

TIPS CARA CEPAT HAMIL



Menjadi impian bagi setiap pasangan yang berkahwin untuk mempunyai cahaya mata. Ada yang dikurniakan rezeki cepat mendapat anak , namun ada juga yang masih belum mempunyai rezeki. Hakikatnya rezeki ini adalah kurniaan dari-Nya, kita sebgai hamba hendaklah berusaha dan janga berputus asa.

Terdapat pelbagai  cara dan petua untuk cepat hamil baik secara moden mahupun cara tradisional.Untuk entry kali ini, Kali ni saya kongsikan 10 tips cepat hamil daripada Dr Hamid Arshat.

Tips Cepat Hamil

1. Kahwin awal.

-Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan.

2. Pemeriksaan doktor lebih awal.
-Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Semak kesihatan bersama.
-Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.

4. Hubungan seksual.
-Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Waktu subur yang tepat.
-Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari.

Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit. Cara banyakkan cecair subur agar cepat melekat



6. Hubungan yang kerap sewaktu subur.
-Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam.

Baca al-Fatihah, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.

Jika ada peluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Berada dalam keadaan tenang.
-Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan.
·         Lakukan senaman selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , berjogging, mengayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
·         Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
·         Baca quran 2-3 muka setiap hari.
·         Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Berat badan.
-Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Makanan yang berkhasiat.
-Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah – buah-buahna dan sayur-sayuran.
Minum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods .

10. Mengambil vitamin.
-Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
-Dr Hamid Arshat-



Terdapat juga makanan tambahan atau vitamin yang membantu kesuburan untuk membantu proses kehamilan. Antara vitamin Shaklee yang membantu ialah:

-Vitamin E shaklee
-Vitamin C shaklee
-B-complex shaklee
-Esp Shaklee
-GLA shaklee




PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:


1 comments:

Balqisy Baklee said...

Byk tips berguna ni.... Tq