Friday 10 November 2017

CERITERA HIKAYAT SEORANG YANG BERGELAR PENGEDAR SHAKLEE


Sebenarnya, masa saya sedang menaip entry ni bermacam-macam kisah berputar kembali di kotak masa tentang kehidupan saya sebagai seorang pengedar shaklee. Sebenarnya ada lagi kisah yang lebih hebat dari saya tapi ini adalah sebahagian kisah saya sebagai pengedar shaklee.

Sebagai seorang pengedar shaklee, tujuan utama saya adalah untuk mengajak anda semua sihat bersama-sama bukan hanya sekadar perniagaan, Saya bermula sebagai pengedar pada tahun 2013 lagi.

Namun dugaan terjadi saya pada tahun 2014 bila mana saya disahkan menghidap penyakit slippled dics tulang belakang yang memerlukan major operation. Pada ketika itu ada suara sumbang mengatakan saya sakit disebabkan oleh makan shaklee. Namun saya teruskan jua makan supplemen shaklee ini setelah saya consult dengan doktor kerana doktor telah menghentikan pengambilan ubat iaitu streroid untuk recovery selepas pembedahan. 

Suara sumbang itu tak kedengaran lagi apabila mereka melihat saya makin sihat dan pulih. Malah ada  yang sebelum ini membuat tuduhan saya sakit sebab makan shaklee telah mula menggunakan suplemen shaklee setelah melihat keberkesanannya. 

Orang di sekeliling saya makin sedar dan menghargai kesihatan mereka. Dan semakin ramai yang mengambil suplemen shaklee dan itu merupakan salah satu sebab mengapa saya masih lagi bersama dengan shaklee sebagai seorang pengedar.


Sepanjang bergelar pengedar shaklee ni apa yang saya dapat?



  • Saya dapat menambah kenalan, daripada sebagai hubungan sebagai pelanggan, beralih kepada kawan. 
  • Saya lebih fokus apabila buat kerja. Bukan bermaksud sebelum ni saya tak fokus buat kerja, tapi bila join shaklee ni saya lebih disiplin dan fokus.
  • Sentiasa mencari ilmu untuk menambahkan pengetahun. Seperti yang kita tahu, berniaga memerlukan ilmu dan pengalaman kan. Mana saya dapat semua ni? saya join kelas yang diadakan oleh upline, serta melalui pembacaan. 
  • Sekarang saya sedang dan cuba praktikkan gaya hidup yang sihat. Dulu saya tak kisah pon bab makanan tambahan ni. Rasa macam tak perlu.Tapi sejak kenal shaklee, alhamdulillah saya cuba praktikkan. Macam saya katakan, shaklee bukan sekadar untuk menjual, tapi lebih dari itu.

Apa yang menyebabkan saya suka dengan bisnes shaklee?



  • Sebab utama saya masih kekal dengan bisnes shaklee ni ialah time freedom. Shaklee ni tak membebankan saya langsung. Saya bebas menentukan sendiri hala tuju business saya, dalam erti kata lain tiada paksaan.
  • Upline tak pernah tinggalkan saya. Malah hubungan kami memang erat, saling bantu membantu antara satu sama lain. Hubungan antara sideline dan downline juga amat baik
  • Seperti yang saya nyatakan diatas, saya masih lagi kekal sebagai pengedar sebab nak anda di luar sana sihat bersama-sama dengan saya dan menghargai kesihatan anda. Bak kata pepatah" sakit itu mahal harganya'. Jadi kita kena usaha untuk menjaga tahap kesihatan kita ya.
  • Last but not least, shaklee ni dal lebih 50 tahun dalam pasaran, Pelbagai kajian telah dijalankan dan ia membuatkan saya sendiri yakin untuk membina empayar saya dengan shaklee. 
Apa yang saya coretkan ini hanya sebahagian daripada kisah sebagai seorang pengedar shaklee. Mohon anda semua di luar sana doakan kejayaan saya sbgai seorang pengedar shaklee.Amin...

*********************************************************************************

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di zannahoney@yahoo.com atau sms 012-5932706 untuk maklumat lanjut.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:



 

3 comments:

Ciksue said...

Terbaik kak ana.. Sue doakan kak ana sentiasa berkaya dalam apa jua kak ana lakukan.💪

Rahma Store said...

terimakasih banyak atas informasinya jangan lupa kunjungi kami di www.rahma-store.com

Unknown said...

tq atas doa kalian