Thursday, 9 November 2017

Cara tingkatkan sistem imunisasi badan secara semulajadi




Sistem pertahanan tubuh badan (sistem imun) adalah satu sistem badan yang memastikan tubuh sesaorang itu dapat melawan serangan luar dan dalam tubuh manusia.

Sistem imun secara amnya terdiri dari dua komponen yang berbeza.
Pertama, tubuh kita menggunakan sel sebagai salah satu alat pertahanan. Sel darah putih, sel dendritic dan sel-sel yang terdapat pada lapisan usus mampu mempertahankan kehadiran anasir yang berbahaya kepada badan.
Kedua, tubuh kita mengeluarkan bahan kimia yang bersifat humoral, iaitu bahan yang mampu menukar sesuatu bahan yang merbahaya kepada bahan yang pasif.


4 jenis masalah sistem imun

Terdapat 4 jenis terhadap masalah sistem imun kita. Antaranya adalah:

1. Sistem imun terlalu lemah contohnya bubble boy disease. Penyakit ini memerlukan pembedahan atau transplant bone marrow untuk menghasilkan sistem imun badan.
2.   Mendapat penyakit yang boleh melemahkan sistem badan contohnya  virus zika.
3.   Individu yang mempunyai sistem imun yang sangat aktif boleh mengakibatkan penyakit seperti asthma.
4.   Masalah auto imun seperti penyakit SLE yang mana sistem imun menyerang sel sihat.


Faktor yang melemahkan sistem imun

Antara faktor yang boleh menyebabkan sistem imun badan kita lemah adalah:

§  Tidur tidak mencukupi..
§  Gula yang tinggi dalam darah.
§  Stres atau tekanan.
§  Penggantungan kepada ubat-ubatan.


Bagaimana cara meningkatkan sistem imunisasi badan secara semulajadi?

1.Makanan berkhasiat



Makanan berkhasiat membekalkan anak kepada nutrisi yang lengkap. Banyakkan makan buah- buahan dan sayur sayuran.

2. Bersenam 


Bersenam dapat meningkatkan sistem imun agar kita lebih cergas.

3. Tidur yang mencukupi



Tidur nyeyak  selama sekurang-kurangnya  lapan jam sehari juga boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

4. Kawal stres anda



Mengawal tekanan darah anda akan membantu anda meningkatkan sistem imun

5. Amalkan pengambilan makanan tambahan.

Suplimen adalah makanan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan tidak dapat dengan lengkap daripada makanan.

Antara supplemen yang sesuai ialah:

a.   Nutriferon



Nutriferon diperbuat daripada 4 ramuan penting. Keempat ramuan ini apabila digabungkan akan membantu tubuh menghasilkan interferon secara semulajadi.

b.   Vitamin C



Pengambilan vitamin C turut membantu meningkatkan sistem imun kerana makanan sel darah putih adalah vitamin C. Beberapa sel sistem imun seperti phagocytes dan t-sel telah terbukti memerlukan vitamin C untuk mengekalkan fungsi mereka. Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik adalah terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti kiwi, acerola dan camu camu. Ini membantu meningkatkan sistem imun dengan menyerang asid nukleik virus.

c.   Garlic Complex 


Makan bawang putih boleh meningkatkan jumlah T-sel dalam badan anda.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERTANYAAN ATAU PESANAN?


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Untuk response yang pantas anda juga boleh:





3 comments:

balqisy baklee said...

tq.. info yang padat n berguna

suzana idris said...

Nutriferon dan vitamin c best.. Mek dira makan kejap ja kebah demam dia.👍

Rahma Store said...

terimakasih banyak atas informasinya jangan lupa kunjungi kami di www.rahma-store.com