Apabila kita memulakan sesuatu perniagaan, banyak perkara yang perlu diambil kira. Ramai diluar sana yang berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri tetapi tidak mengetahui cara memilih perniagaan yang menguntungkan.
Di bawah saya kongsikan tips memilih perniagaan yang menguntungkan. (kredit:zulpress)
1. Pilih jenis perniagaan yang diminati.
Memilih perniagaan yang diminitai amatlah penting kerana kita akan lebih fokus dan bersemangat berbanding dengan menjalankan busines ikut-ikutan yang akan membuatkan anda cepat jemi dan tidak bersemangat.
2. Test produk / Validasi produk
Pastikan produk/servis yang kita jual adalah mendapat permintaan di kawasan tersebut atau di dalam internet. Kaji permintaan produk dahulu baru produk akan laku keras.
3. Pilih lokasi yang strategik
Perniagaan offlone seperti kedai makan memerlukan lokasi yang strategik untuk memudahkan pelanggan mendapatkan produk daripada kita.
4. Pilih yang kos permulaan paling rendah.
Sesetengah perniagaan memerlukan modal yang besar untuk dimulakan. Anda boleh membuat kajian terperinci tentang modal sebelum memulakan perniagaan. jika boleh pilih pernigaan yang memerlukan modal yang rendah. Ini akan dapat membantu anda untuk memusingkan semula modal dalam masa yang singkat.
5. Fokus
Setiap perniagaan memerlukan fokus yang tinggi. Sebab itu pemilihan jenis perniagaan yang diminati penting untuk membantu anda fokus. Perlu diingat,perniaggan ini untuk sepanjang masa bukan sekejap-sekejap sahaj ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. saya doakan perniagaan anda maju jaya insyaallah..
2 comments:
Tq for d tips
terimakasih banyak atas informasinya jangan lupa kunjungi kami di www.rahma-store.com
Post a Comment