TIPS
HILANGKAN KEGATALAN PADA KULIT
Anda menghadapi maslah kegatalan pada kulit? Saya kongsikan 4 tips untuk mengatasinya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
1. Daun Salam
Tentu ramai yang tahu, daun salam
yang digunakan sebagai penambah rasa kesedapan masakan ternyata boleh juga
digunakan untuk merawat gatal pada kulit. Caranya mudah sahaja, hancurkan
beberapa helai daun salam yang sudah dicuci bersih. Kemudian tempelkan pada
mana-mana bahagian kulit yang gatal, tiga kali sehari.
2. Minyak Masak Dan Garam
Minyak masak dan garam juga boleh
menghilangkan rasa gatal kulit. Anda hanya perlu campurkan minyak masak dengan
sedikit garam halus. Selepas itu, sapukan pada kulit yang gatal.
3. Kunyit Dan Daun Hempedu Bumi
Khasiat kunyit memang luar biasa,
dipercayai mampu mengatasi pelbagai jenis masalah pada kulit. Untuk merawat
gatal pada kulit, ambil kunyit hidup yang sudah tua dan beberapa helai daun
Hempedu Bumi.Bersihkan terlebih dahulu kunyit dan daun Hempedu Bumi, tumbuk
atau giling sampai lumat. Setelah itu, sapukan ramuan tersebut pada bahagian
tubuh yang gatal
(kredit:
harian wanita)
4.
Krim herbal blend Shaklee
Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan
seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Tumbuhan-tumbuhan ini telah
digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat
banyak kegunaannya.
TESTIMONIAL HERBAL BLEND HAPUSKAN RUAM-RUAM GATAL
Assalamualaikum. Nama saya Haziq. Saya berkerja
sebagai pereka grafik di sebuah syarikat swasta di Shah Alam dan kini menetap
di Subang bersama isteri saya.
Saya ingin bercerita mengenai kisah saya
menggunakan produk Shaklee iaitu Herbal Blend. Pada bulan lepas, ketika bercuti
di kampung, saya dan abang pergi memancing ‘jenggo’ atau udang galah dengan
menaiki bot.
Bila dah naik bot ni faham-faham lah, kena lah
turun naik sauh kalau tak bot kita akan hanyut dibawa arus sungai. Saya
ditugaskan menjaga sauh manakala abang pula sebagai ‘driver’ bot. Ini
menyebabkan tangan dan keseluruhan badan saya basah lenjun setiap kali kami nak
bertukar lubuk.
Pada mulanya saya tak jangka akan berlaku apa-apa
pada tangan saya. Tapi setelah seharian memancing, tangan saya mula dijangkiti
bintik-bintik ruam yang berair dan gatal.
Apabila pulang ke rumah, selepas mandi dan mencuci
tangan, ruam-ruam di tangan tidak juga hilang malahan semakin gatal dan pedih.
Isteri saya menyarankan saya menggunakan Herbal Blend untuk menghapuskan
ruam-ruam tersebut. Saya tanpa ragu-ragu terus menyapu Herbal Blend pada tangan
saya kerana saya sendiri pernah mengedit dan membaca ribuan testimoni power
produk-produk Shaklee melalui Buku Himpunan Testimoni Supermom Shaklee Story
yang pertama.
Setelah 2 hari menggunakan Herbal Blend, ruam-ruam
di tangan saya terus mengecut dan mengering. Alhamdulillah, terima kasih
Shaklee!
PERTANYAAN ATAU PESANAN?
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.
1 comments:
menarik...guna bay leaf utk kegatalan kulit.
Post a Comment