Saturday, 13 May 2017

RESEPI AYAM MERAH ALA KOREA


Assalamualaikum hai semua

korang masak apa hari ni? hari ni saya masak ayam merah resepi share di fb. lupa dah nama empunya resepi ni.. tapi serious nk bgtau memang senang nak masaknye. saya share kan resepi dekat sini. yang dalam gambar tu tgh proses nak masak. tapi tu pic lama, yang hari ni punya tak sempat nak snap tadi hehe.


Bahan-bahan:

-ayam seekor
-cabai kering(kisar-agak-agak untuk 5 sudu)
-bawang putih (kisar-agak-agak untuk 3 sudu)
-halia (kisar-agak-agak untuk 3 sudu)
-sedikit minyak
-daun kari 3 tangkai
-tomato-potong dadu
-hirusan bawang merah dan putih untuk menumis (sebiji bawang merah 3 ulas bawang putih)
-garam
-kunyit
-bunga lawang, kukit kayu manis dan buah pelaga

cara-cara:

1.perap ayam dengan garam dan kunyit
2.masukkan bawang putih, halia dan cabai kisar. saya perap dalm 10 ke 15 minit
3.dalam kuali maukkan sedikit minyak. tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. dah naik bau masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. tumis seketika sampai layu.
4. lepas tu masukkan pula daun kari dan tomato.. kacau sebati.
5.lepas tu masukkan perapan ayam. masak hingga kering sedikit dan sehingga yam masak. kalo tawar baru tambah garam ye. 


resepi ni mudah aje kan.. selamat mencuba 

0 comments: