Thursday, 13 October 2016

TANGAN KEBAS,APA PUNCANYA?

TANGAN KEBAS,APA PUNCANYA?



Kebas pada jari dan sekitar tangan adalah perkara biasa yang boleh berlaku terutama ketika cuaca sejuk atau posisi tangan tidak betul ketika tidur. Kebiasannya ia berlaku seketika dan pulih secara sendiri. Namun, ia juga boleh disebabkan pelbagai masalah kesihatan lain jika simptom berterusan.
Cetusan rasa kebas itu digambarkan seperti tusukan jarum pada hujung jari. Lama-kelamaan cetusan rasa kebas itu menjadi sakit dan tidak selesa.

Menurut Perunding Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Beacon Dr Terence Tay Khai Wei, antara masalah kesihatan yang dikenal pasti ialah sindrom Terowong Carpal atau lebih dikenali Carpal Tunnel Syndrome (CTS).


“CTS ialah penyakit berkaitan saraf dan apabila saraf terganggu atau tidak berada dalam keadaan sewajarnya tangan khususnya pergelangan dan jari berasa kebas serta tidak selesa.

“Terletak di bahagian nadi pada pergelangan tangan manusia, ada bahagian yang membentuk seolah-olah terowong atau lebih dikenali sebagai Terowong Carpal.

“Di dalam terowong ini, banyak beberapa tisu penting yang melaluinya termasuk saraf. Dalam keadaan tertentu, saraf ini akan terhimpit menyebabkan kebas terutama pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.

“Kawasan itu yang dikawal saraf di dalam terowong terbabit. Kesakitan akan berlaku disebabkan kawasan terowong yang menjadi sempit berikutan tisu sekeliling mengembang lalu menghimpit saraf berkenaan.

“Ia juga boleh berlaku pada kedua-dua tangan dan bukan hanya pada tangan yang dominan,” katanya.

Masalah obesiti, diabetes, penyakit artritis, mereka yang pernah mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan wanita hamil adalah antara peratus golongan tertinggi mengalami CTS ini.
(sumber: Harian Metro)

Apa yang boleh anda lakukan?

1)Memakai sarung khas untuk stabilkan pergelangan tangan
-anda boleh dapatkan sarung tangan khas ini di farmasi-farmasi. Sarung tangan ini mengekalkan kedudukan pergelangan tangan dalam keadaan paling neutral dimana terowong tadi tidak menyempit dan menekan saraf dan salur darah, lalu mengurangkan simptom kebas dan sakit.

2)Rendam tangan dengan air suam+garam bukit
-rendaman air suam membantu mengurangkan kesakitan

3)Menggenggam bola khas untuk senaman tangan
-bola khas ini boleh didapati di farmasi dan kedai senaman. Dengan membuat senaman ini, anda membantu memperbaiki perjalanan darah ke tangan sekaligus mengurangkan symptom kebas.

4)Mengambil suplemen untuk kesihatan saraf, otot dan serat
 
(kredit:akudoktormuslim.blogspot)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ATASI KEBAS TANGAN DENGAN VITAMIN SHAKLEE



Omega Guard

Antara punca kesakitan dan kebas pada tangan adalah keradangan. Omega Guard mempunyai kesan anti radang yang bagus. Pengambilan yang berterusan memberi kesan signifikan kepada pengurangan simptom kebas.

OsteMatrix

Ostematrix sangat perlu untuk kesihatan otot, tulang dan serat dalam badan. Ostematrix membantu mengurangkan kesakitan dan kebas pada otot yang terlibat dalam masalah ini, juga memberi kesihatan tubuh keseluruhannya.

Vitamin B Complex

Ramai yang tahu vitamin ini meningkatkan selera makan. Tapi ramai tidak tahu vitamin B Complex berkesan sebagai antistress dan juga memberi nutrisi kepada saraf. Pengambilan Vitamin B Complex yang berterusan membantu memberi kesihatan pada saraf dan salur darah terutamanya yang cedera akibat tekanan.


Untuk pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya: 012-5932706


0 comments: