Wednesday, 6 April 2016

TIPS SEMBUHKAN VERTIGO





Vertigo adalah suatu perasaan berputar. Jika anda mempunyai rasa pening, anda mungkin merasa seperti anda berputar atau dunia di sekeliling anda berputar.


Apa penyebab berlaku vertigo?



·        - Masalah Telinga - radangan, jangkitan atau mendapan serta pembentukan kalsium(otolith) di saluran semisirkular yang boleh menyebakan masalah dalam sistem vestibular. Sistem Vestibular ini meliputi telinga dan sistem saraf yang mengawal keseimbangan.
·         
-  -Ada 3 jenis VERTIGO yang disebabkan oleh masalah telinga iaitu 'Benign Paroxysmal Postional Vertigo'aka BPPV, penyakit meniere seperti telinga berdegung, perasaan rasa macam berputar-putar dan radang urat saraf vestibular.

·        - BPPV  disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga yang dipanggil otolith yang termendap dibahagian yang tidak sepatutnya disaluran semisirkular.

·      -   Penyakit Meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala vertigo,kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga (tinnitus).

· -Radang urat saraf vestibular disebabkan oleh virus yang boleh mengakibatkan kebengkakan atau keradangan sekeliling saraf.

·         -Vertigo yang berlaku boleh berlanjutan beberapa minit ke beberapa jam. Ia kemungkinan disebabkan oleh pembentukan cecair dalam koklea telinga.
·        malah mereka yang diserang Vertigo yang teruk boleh mengakibatkan loya, muntah dan kesukaran berjalan atau berdiri sehinggakan boleh mengalami kurang pendengaran pada sebelah telinga.

Apa punca berlaku vertigo?

· -Kecederaan kepala akibat dari kemalangan,trauma atau selepas pembedahan bahagian kepala yang boleh menjejaskan sistem vestibular.
·        - Kesan dari ubat-ubatan, namun ianya jarang-jarang berlaku.
·        - Migrain dimana ianya dipanggil migrain vestibular.
·       - Strok atau TIA (serangan iskemia sementara), pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis.


Faktor Pencetus Vertigo

Secara umum serangan vertigo adalah disebabkan oleh gangguan sistem peredaran darah dan keadaan tubuh yang tak mampu menjaga keseimbangan.
Hakikatnya, perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengaruh berikut iaitu;
  • Pola makan yang tidak sihat (tinggi kolesterol, gula, dan lemak) serta tabiat buruk merokok.
  • Migrain akibat perubahan tekanan darah (hipertensi) akibat kurang tidur dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
  • Gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah menuju otak. Ini menyebabkan oksigen yang tak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Akhirnya sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
  • Terjadinya radang dan jangkitan telinga oleh bakteria sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Lalu akibatnya tubuh tidak dapat keseimbangan.
  • Gangguan saraf di sekitar mata. Ini menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.
  • Mungkin terjadi akibat mabuk darat atau mabuk laut. Pergerakan persekitaran yang mengganggu keseimbangan tubuh.
  • Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf. Perlu segera berjumpa doktor untuk memastikannya.

GEJALA VERTIGO

👉 Anda merasakan ruang atau diri anda berpusing-pusing atau bergoyang.
👉 Anda merasakan hilang keseimbangan. Ianya boleh berlaku dalam sesaat,seminit, sejam atau sehari. Perasaan ketidakseimbangan itu boleh datang dan pergi.
👉 Anda menjadi seorang yang sensitif pada cahaya, bunyi serta merasa sakit kepala.
👉 Anda merasakan penglihatan anda bertindih-tindih
👉 Anda merasakan kesukaran bernafas, berpeluh dan pergerakan jantung yang cepat.
👉 Anda tetiba mempunyai masalah untuk menelan dan bercakap serta merasa lemah.

Jangan tunggu lagi, segera dapatkan rawatan dan pengesahan dari doktor pakar iaitu Pakar Telinga, hidung dan tekak (ENT).


Menghadapi Serangan Vertigo

Pertama sekali. Tidak perlu panik. Anda boleh lakukan perkara berikut:
  • Bertenang, baring dan berehat. Pejamkan mata sambil ambil nafas dalam-dalam. Cari posisi yang selesa untuk berehat sama ada duduk atau berbaring.
  • Cuba lihat sekeliling anda dan segera minta pertolongan sesiapa yang berdekatan. Bila terasa mual dan ingin muntah, teruskan sahaja.
  • Sekiranya dengan berbaring atau pun duduk dapat memberikan anda keselesaan untuk berehat dan menenangkan diri ketika diserang vertigo, teruskan sahaja sehingga ia menghilang. Jangan kerap melakukan gerakan secara tiba-tiba. Cuba berehat sepenuhnya.
  • Buka mata perlahan-lahan dan dalam gerakkan kepala dengan perlahan. Sekiranya masih lagi berasa pusing, berehat kembali pejamkan mata dan minta pertolongan untuk ke klinik.


TESTIMONIAL VIVIX SHAKLEE DAN VERTIGO




Alhamdulillah, ibu puan faedzah beransur sembuh daripada vertigo dengan pengambilan vivix. Bulan April 2016 masih lagi berlangsung promosi twin pack vivix Shaklee.. untuk more info boleh KLIK SINI.

Sebarang pertanyaan/pesanan boleh hubungi saya; ruzanna di talian 012-5932706

0 comments: